Rumah tangga yang bahagia bila mana pasangan saling membantu dan bekerjasama dalam apa jua kerja. Lebih-lebih lagi jika si isteri juga bekerja.Usah meletakkan semua urusan di bahu isteri, ringan-ringanlah membantu mana yang patut.
Apa gunanya kalau berkahwin hanya seorang yang menguruskan segalanya. Kena ada ‘give and take’, barulah sesebuah rumah tangga itu penuh dengan kasih sayang. Nasihat dari saudara Firdaus Shakirin nampak biasa namun mendalam maknanya.
“Kalau nak jadi suami, maka tanya diri sendiri, dah bersediakah kita JIKA…”
Ads
Kita balik setelah seharian bekerja, buka pintu umah tp isteri tak sempat nk masak sebab anak buat perangai, anak merap, nak melekat berdukung ja dgn isteri smpai dia tak bleh nk buat keje…baju bertimbun, rumah bersepah, anak-anak yg lain tak mandi lagi…
Adakah kita mampu mempamerkan senyuman lalu terus ke dapur utk memasak atau keluar membeli & membungkus makanan?
Ads
Adakah kita akan menyinsing lengan baju kita lalu memandikan anak2 kita? Adakah kita akan mengemas rumah, mengutip satu persatu mainan anak2 kita dan meletakkan ditempat yg sepatutnya? Adakah kita akan membasuh baju dan menggantungkannya di ampaian? Adakah kita akan melipat pakaian2 yg telah siap dicuci?
Atau kita biarkan sahaja dgn menganggap bahawa itu kerja isteri? Atau nanti dia dah free, baru dia buat? Atau kita tanya,
Ads
“Kenapa tak masak lagi, kenapa tak kemas rumah, kenapa baju tak basuh lagi, kenapa anak2 tak mandi lagi, apa yg awk buat kat rumah?”
Jika kita tidak bersedia utk bersama2 “berperang” menguruskan rumahtangga, menguruskan anak2, maka JANGAN KAWIN LAGI…sbb hnya org yg tahu apa itu tanggungjawab, apa itu tolak ansur, apa itu keperluan utk saling memahami dan melengkapi sahaja yg layak utk MENDIRIKAN RUMAHTANGGA dan rumahtangga yg didirikan akan bahagia…
Yg set dlm otak, itu ini keje isteri, itu dia kena buat sendiri, segala serbi letak atas isteri, biar dia tanggung dan hadap sorang2, maka TOLONG KEKAL MEMBUJANG…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang bangga bila ada ibu bapa share anak mereka pada usia empat dan lima tahun dah pandai membaca. Siapa yang tak bangga kan. Namun, berlainan pula pandangan Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Azlina Johari atau dikenali sebagai Teacher Ina yang beranggapan, ibu bapa tak perlu jadi panik jika anak masih belum menguasai kemahiran membaca. Baginya nak ajar membaca kena dahulukan sensory. Nak tahu kenapa. Baca perkongsiannya.
Dah akhir-akhir tahun, saya banyak dapat soalan tentang anak tak membaca lagi. Panik button is on..
Pembelajaran adalah PROSES. Nak belajar baca bukan bermula dengan bukak buku dan kenal ABC. Bermula dengan sensory. Anak tu dah boleh galloping ke. Kemudian Dah boleh motor skill halus ke?.. Sensory motor.. Lepastu perceptual motor… Boleh urus diri ke.. Maksudnya boleh ke toilet sendiri bila nak buang air…
Eh apa kaitannya? Salah satu sensory yg jarang disebut interoception.. Sensory ke 8..rasa dalaman.. Jadi bila kanak-kanak dah mula alert dgn apa yg patut dia buat.. Maksudnya daily living skil anak tu dah bule buat..
Then baru anak tu bersedia nak baca ke kira ke tanpa kita perlu risau akan terjadi gangguan emosi.. Drilling membaca sebelum otak sedia menerima.. Mcm keluarkan kek dari oven sblm dia masak.. Dia akan mendap dan sgt susah nak betulkan.. Sbb sgt fragile.
Emosi sesuatu yg kita susah nak nmpak dan nilai tapi plg mempengaruhi dlm kejayaan hidup akan dtg.. Jgn kata ‘takpe, nanti dah besar oklah emosinya’ sbb semakin besar semakin kecelaruan emosi tu berat. Mcmana mereka nak menjdi remaja yg empathy kalau sifat empathy mmg xde dlm diri mereka..
PROCESS mengenali empati tu xterjadi.. Sbb tulah kdg2 kita musykil, mcmana terdpt sebilangan individu yg tanpa rasa bersalah bunuh kucing sbb kita xkan tergamak.. Apa yg kita rasa individu tu xrasa kerana mereka tak lalui proses sama mcm kita…
Ia adalah PROSES wahai mami dadi cikgu sekelian.
Ye sy boleh bg tips nak baca. Tapi PROCESS nya yg menjadikan anak anda menjadi ‘pembaca yang sihat’ atau ‘pembaca yang kecelaruan perkembangan’.. Tiada short cut.. PROSESS adalah sesuatu yang WAJIB mereka lalui..
Jika anda memilih utk beri peluang anak bermain/explore/no gadget/tidak overprotective /no drilling/2way communication.. Insyallah mereka akan jd ‘pembaca yang sihat mental’..
PROCESS is the word.. Peka terhadap PROSES apa yg kita dedahkan kpd anak2 kita… Mslh atau kelebihan adalah dari PROSES itu.
Teacher INA Tfa playschool founder Tfa playgroup sensory park founder
Berfikir dahulu sebelum bertindak. Itu yang dilakukan oleh wanita yang bergelar doktor ini bila mana keretanya dihalang oleh kenderaan lain.
Tidak mengambil keputusan melulu, sebaliknya invidu yang dikenali sebagai Dr Aniah Azmi bertindak meninggalkan sekeping nota untuk pemilik kenderaan tersebut.
Tindakan doktor ini harus menjadi contoh buat kita semua. Beliau yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain.
Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Doktor Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.
“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”
“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”
“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”
Nota yang ditinggalkan bertulis:
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.
“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.
“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”
“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya.
“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:
“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”
“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”
Kisah yang dikongsikan ini cukup baik untuk dijadikan teladan supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru. Sebaliknya berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Dr Aniah Azmi | Says via AllHeboh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebelakangan ini jika diperhatikan ramai pula selebriti atau pempengaruh yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung.
Sedar akan perubahan ini, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih menerusi satu hantaran di laman Instagram, yang mengakui dia tidak layak untuk menilai kehidupan seseorang tetapi sekadar saling memberikan pesanan mengenai kebenaran.
“Bukan tugas kakak untuk menilai, kakak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik..nak jadi macam yang itu, yang ini.
“Sebolehnya hati kena kental adik, kalau tidak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih jugak sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, Noorkhiriah dilihat menitipkan nasihat kepada umum dan tidak menyebut nama sebarang individu dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, pelakon drama bersiri Nur itu menyatakan dia hanya mampu berdoa selain berharap individu berkenaan akan terbuka hati semula untuk menutup aurat pada satu hari nanti.
“Kakak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak ‘dikepok-kepok’ lagi.
“Cuma pesan kakak bila dah puas ‘kepok-kepokkan’ cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah Allah yang pernah dapat dulu. Sebab tak semua Allah campakkan.
“Maaf andai tulisan akak mengguris, tapi akak sebagai saudara seIslam itu tanggungjawab kakak supaya bila ditanya Allah nanti sekurang Allah tahu kakak dah pesan kat sini. Maaf sekali lagi ya,” katanya.
Tambahnya, setiap manusia diuji dengan cara berbeza dan semua pesanan itu adalah peringatan buat dirinya sendiri serta umat Islam yang lain.
“Berpesan-pesanlah kepada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik. Kita masing-masing sedang diuji, cuma ujian itu berbeza-beza.
“Ingatan tulus daripada akak buat semua saudara seIslam termasuk diri akak sendiri,” tambahnya lagi.
Terdahulu, pelakon Alya Iman dan isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea tampil tidak bertudung sejak April lalu manakala penyanyi Masya Masyitah turut mengikut jejak langkah yang sama baru-baru ini.
Sumber: Instagram Noorkhiriah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.