[su_quote]Sepatutnya bila hujung minggu adalah hari berehat untuk ibu-ibu yang bekerja. Namun hakikatnya, hujung minggu adalah merupakan hari untuk menyingsing lengan. [/su_quote]
Begitulah kebiasaannya, pada hari Sabtu dan Ahad adalah hari di mana seorang ibu akan mengemas rumah, membasuh dan melipat kain, memasak dan pelbagai lagi tugas lain dilakukan dari awal subuh hingga malam hari. Tidak siap-siap kerja yang dilakukannya. Ada sahaja yang harus dibuat.
Bagi meringankan beban kerja di hujung minggu, sebenarnya ada caranya. Nak tahu bagaimana? Buatlah jadual kerja harian untuk seminggu.Cara ini pastinya hujung minggu anda akan menjadi lebih relaks dan membahagiakan!
Isnin
Hanya buat pembersihan major untuk tandas sahaja. Jika waktu pagi tidak sempat pastikan anda lakukan sebelum tidur.
Selasa
Ads
Jadikan hari membersihkan habuk, peruntukkan sekurang-kurangnya 15-30 minit untuk melakukan tugas-tugas ini.
Rabu
Hari ini pula dikhaskan untuk melakukan tugas vacuum. Sebaiknya buatlah awal pagi sebelum anda mandi. Tidak memakan masa yang lama pun.
Ads
Khamis
Kali ini buat tugas mop lantai. Sama juga sebaiknya lakukan awal pagi sebelum mandi untuk bersiap ke tempat kerja.
Ads
Jumaat
Bersihkan ruang dapur sambil-sambil itu bolehlah buat sarapan ringkas untuk di bawa ke pejabat.
Sabtu & Ahad
Tidak perlulah tumpukan sepenuhnya pada tugas-tugas membersihkan rumah. Mungkin hanya berikan sedikit tumpuan pada ruang bilik dan melipat pakaian sahaja. Selebihnya anda ada banyak masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyampai radio , Shiera membuktikan penceraian tidak membuatkan hubungan antara dia dan bekas suami terputus begitu sahaja.
Umum mengetahui, dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya hasil perkahwinan terdahulu bersama vokalis kumpulan lagenda, Black Dog Bone, Jatt Ali.
Namun hubungan mereka masih kekal baik daripada dulu sehingga kini. Bahkan pernah sebelum ini,shiera memuatnaik gambar bekas suaminya datang berkunjung ke rumahnya.
Terbaru, ibu kepada lima cahaya mata ini berkongsi gambar-gambar dan video ketika berlangsungnya majlis merisik anak sulungnya itu menerusi Instastory Shiera.
Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Jatt dan isterinya dikenali sebagai Ree. Yang pasti, insan paling sibuk adalah shiera memandangkan dia ibu bakal pengantin sementelah ini adalah majlis pertama dalam keluarga mereka.
Dalam meraikan majlis anak sulungnya, Sempat lagi Jatt jamming bersama Airra dan Airell .
Malah menurut Shiera, anak-anaknya bila bergabung dengan Papa Jatt, memang gamat jadinya. Seronok tengok hubungan baik yang terjalin antara mereka.
Tak lama lagi bakal mendapat menantu sulung, pasti tak sabar Kan. Bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru tak lama lagi. Moga semuanya berjalan lancar.
Jambangan bunga di majlis konvokesyen begitu sinonim, bahkan tidak lengkap kiranya jika tidak menerima jambangan bunga di majlis konvo daripada keluarga tercinta untuk dijadikan kenangan manis. Pun begitu, sedikit berbeza kisah yang dilalui oleh Nur Shima Sahimi 24, graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di hari konvokesyennya baru-baru ini.
Siapa sangka ibunya memberikan nanas sebagai pemberian ‘Bunga Konvo’. Pastinya menambah kenangan manis buat Nur Shima apabila menerima hadiah buah nanas daripadanya ibunya selepas majlis konvokesyennya berakhir pada Isnin. Nur Shima kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta menyatakan, kejutan dari ibunya itu walaupun melucukan tetapi menggembirakan hatinya kerana pemberian buah nanas tersebut sesuatu yang istimewa baginya selain bunga konvokesyen yang diterima.
“Buah nanas ini pada awalnya emak belikan untuk diberikan kepada kakak saya sebagai menu bahan masakan. Tapi kakak tak jadi gunakan buah nanas ini sebab masak menu yang lain. Tak mahu membazir, emak bawa buah nanas ini bersama ke majlis konvokesyen saya pada semalam (Isnin)”
“Selesai majlis di dalam dewan, emak minta saya ambilkan buah nanas tersebut dalam kereta dan berikan kepada saya. Sebagai kenangan, kakak yang turut bersama ambilkan gambar saya bersama buah nanas pemberian emak. Masa emak cakap nak beri buah nanas tu saya gelak sahaja ingatkan emak bergurau”
“Alhamdulillah, dapat juga dan rakan-rakan lain berkonvokesyen walaupuan tiada majlis seperti kebiasaannya. Saya rasa okay sahaja pelaksanaan majlis konvokesyen secara janji temu ini kerana ibu-bapa tidak perlu menunggu lama dan pelaksanaan setiap sidang tidak mengambil masa yang lama. Proses pengambilan gambar graduan menggunakan skrin hijau juga cepat dan tidak perlu bersesak-sesak” tambahnya.
Akibat penularan pandemik COVOD-19 pada tahun lalu, USIM menangguhkan pelaksanaan majlis konvokesyen yang kebiasaannya dilaksanakan pada bulan November ke tahun ini. Majlis Konvokesyen USIM dilaksanakan bermula 6 April sehingga 18 April yang lalu melibatkan 23 sidang secara keseluruhannya.
Seorang ayah, jerih payah dan pengorbanannya dalam memberikan penghidupan yang baik untuk keluarga dan anak-anak diakui tiada taranya. Ayah sanggup lakukan apa sahaja tanpa mengenal lelah dan mengeluh, apatah lagi dalam situasi berdepan ujian perlu menjaga anak yang disahkan mengidap penyakit leukemia.
Nekad Berhenti Kerja
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanannya. Begitulah ujian hidup yang dilalui oleh seorang bapa ini, demi kasih kepada anak tunggalnya yang bergelut dengan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) Muhd Iqbal Zamani Md Noor, 45, terpaksa berhenti kerja demi memberi tumpuan terhadap rawatan anaknya.
Difahamkan sebelum ini dia bekerja sebagai pengurus pengeluaran di sebuah kilang, ini sebagaimana memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro. Dikatakan anaknya Nur Insyirah, 15, telah disahkan mengidap penyakit tersebut pada Mac lalu selepas mengalami gejala demam, ruam dan pendarahan hidung sebelum dirujuk ke Hospital Kangar, Perlis dan Hospital Pulau Pinang (HPP).
Bahkan sepanjang tempoh itu, anak beranak ini terpaksa berulang alik dari Perlis ke Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan susulan dan kemoterapi untuk anak tunggalnya itu.
“Semua rawatan dan kemoterapi itu berlangsung dengan baik dan keadaan Nur Insyirah juga semakin pulih sehinggalah pada Oktober lalu doktor mengesahkan kanser kembali menyerang.
“Baru sahaja kami menaruh harapan bahawa kesihatannya akan pulih, tetapi barah itu kembali semula, ” katanya sebak.
“Wang Simpanan Kami Juga Hampir Habis”
Muhd Iqbal Zamani berkata, Nur Insyirah dimasukkan ke wad di HPP sejak 8 November lalu bagi menjalani semula rawatan sekali gus dia dan isteri, Nur Sakina Azmee, 25, terpaksa bergilir-gilir menemani anaknya di hospital.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Berikutan tidak bekerja, Muhd Iqbal Zamani hanya bergantung kepada pendapatan isterinya sebagai tukang jahit selain mengambil upah bekerja di kedai makan sekiranya ada masa terluang.
“Pelbagai kerja saya lakukan seperti cuci pinggan di kedai makan, bakar sate dan lain-lain lagi bagi mencari wang untuk kegunaan Nur Insyirah.
“Wang simpanan kami juga hampir habis dan ibu saya turut membantu dengan memberi wang pencen miliknya untuk kegunaan Nur Insyirah.
“Namun kini ibu saya dimasukkan ke Hospital Kangar berikutan penyakit berkaitan buah pinggang yang dihidapi dan isteri saya pula yang menjaganya,” katanya.
Terima Rawatan Psikiatri Akibat Kemurungan
Muhd Iqbal Zamani berkata, dia bersyukur dan terharu dengan insan di sekelilingnya yang sering menghulur bantuan.
Katanya, ada dalam kalangan rakannya yang menawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai makan pada bila-bila masa sekiranya tidak membawa Nur Insyirah melakukan rawatan.
Nur Insyirah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan, Kangar sering bertanya mengenai persekolahan yang sudah lama ditinggalkan.
“Dia kini terpaksa menjalani rawatan psikiatri akibat kemurungan dan rasa cemas (anxiety) susulan penyakitnya.
“Memang impian saya untuk kembali bekerja namun pada masa ini bimbang tidak dapat beri perhatian kepada Nur Insyirah,” katanya yang mahir dan memiliki sijil dalam pembuatan perabot.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Muhamad Iqbal Zamani di talian 017-4461131.