[su_quote]Sepatutnya bila hujung minggu adalah hari berehat untuk ibu-ibu yang bekerja. Namun hakikatnya, hujung minggu adalah merupakan hari untuk menyingsing lengan. [/su_quote]
Begitulah kebiasaannya, pada hari Sabtu dan Ahad adalah hari di mana seorang ibu akan mengemas rumah, membasuh dan melipat kain, memasak dan pelbagai lagi tugas lain dilakukan dari awal subuh hingga malam hari. Tidak siap-siap kerja yang dilakukannya. Ada sahaja yang harus dibuat.
Bagi meringankan beban kerja di hujung minggu, sebenarnya ada caranya. Nak tahu bagaimana? Buatlah jadual kerja harian untuk seminggu.Cara ini pastinya hujung minggu anda akan menjadi lebih relaks dan membahagiakan!
Isnin
Hanya buat pembersihan major untuk tandas sahaja. Jika waktu pagi tidak sempat pastikan anda lakukan sebelum tidur.
Selasa
Ads
Jadikan hari membersihkan habuk, peruntukkan sekurang-kurangnya 15-30 minit untuk melakukan tugas-tugas ini.
Rabu
Hari ini pula dikhaskan untuk melakukan tugas vacuum. Sebaiknya buatlah awal pagi sebelum anda mandi. Tidak memakan masa yang lama pun.
Ads
Khamis
Kali ini buat tugas mop lantai. Sama juga sebaiknya lakukan awal pagi sebelum mandi untuk bersiap ke tempat kerja.
Bersihkan ruang dapur sambil-sambil itu bolehlah buat sarapan ringkas untuk di bawa ke pejabat.
Sabtu & Ahad
Tidak perlulah tumpukan sepenuhnya pada tugas-tugas membersihkan rumah. Mungkin hanya berikan sedikit tumpuan pada ruang bilik dan melipat pakaian sahaja. Selebihnya anda ada banyak masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada ungkapan yang lebih bermakna buat pelakon Fasha Sandha dari lafaz syukur serta terharu melihat hasil titik peluh selama bekerja sudah tersergam indah di hadapan mata.
Biarpun mungkin tidak segah kediaman orang lain namun bagi ibu kepada tiga cahaya mata ini apa yang diperoleh sangat membuatkan dia terharu dan sebak.
“Perasaan syukur, sebak, bercampur, 😢
“Rumah pertama yang dibeli ketika usia 21, dapat dikemaskan mengikut kreativiti sendiri tanpa Interior designer 😭
Berkongsi kegembiraan rumah nya kini siap dengan dekorasi yang ringkas namun tetap mewah..lebih membanggakan itu adalah hasil kreativiti dan ideanya sendiri tanpa bantuan pihak lain.
“Deco pun buat sendiri .. nak jimat cost 😊
Demikian luahan hati isteri kesayangan pelakon Aidil Aziz menerusi laman Instagramnya.
Turut dimuatnaik video majlis doa selamat yang diadakan dikediamannya.
Turut hadir, keluarga Sheila Rusly serta ahli keluarga Fasha Sandha dan juga keluarga mentuanya.
Dalam usianya 16 Tahun, Zaki Yamani bangga kerana impiannya untuk memiliki perniagaan makanan dan minuman akhirnya tercapai.
Anak kepada penyanyi pop Datuk Jamal Abdillah ini mengakui semuanya bermula kerana mahu membantu ibu menjana pendapatan keluarga.
Menurut Zaki, 16, gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop yang beroperasi sejak dua bulan lalu itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.
“Idea nak berniaga ini datang dari saya dan ibu saya. Memandangkan ibu pun dah tak kerja lagi dan saya pun tak boleh mengharapkan duit show semata-mata, jadi kenalah cari pendapatan sampingan untuk kami berdua.
“Sewa rumah nak kena bayar, saya pun masih bersekolah jadi semuanya memerlukan pembelanjaan. Kami rasa membuka gerai menjual makanan dan minuman ini merupakan salah satu cara untuk jana pendapatan. Alhamdulillah sambutan baik daripada pelanggan.
“Boleh dikatakan setiap hari saya turun ke kedai selepas sesi persekolahan, hujung minggu memang kawasan ni penuh, mujurlah kami ada tiga pekerja yang membantu menguruskan kedai ini,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi mStar.
Zaki Dalam pada itu turut merancang menambah cawangan dan kios di beberapa kawasan lain, selain meneroka perniagaan baharu.
“Alhamdulillah saya berbangga sangat di usia 16 tahun saya sudah memiliki perniagaan sendiri dan dapat bantu ibu jana pendapatan untuk keluarga.
“Selain di Kajang, kita juga ada kios di Setapak, Kuala Lumpur… di sana pun kami jual pelbagai jenis minuman berkopi dan perisa buah-buahan. Perancangan selepas ini nak buka satu lagi cawangan di Shah Alam.
“InsyaAllah selepas ini saya akan keluarkan produk kosmetik dan pencuci wajah jenama saya sendiri,” ujarnya lagi.
Akui Zaki lagi, selain membantu menjana pendapatan, is juga memberi peluang kepadanya untuk mempelajari selok belok perniagaan. Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Slow Mo ini juga berkata ini juga dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai.
“Kalau dalam pelajaran saya minat bidang kejuruteraan, tapi perniagaan pun salah satu benda yang saya suka.
“Saya seronok bila dapat layan pelanggan. Kalau di gerai ini saya juga jadi barista yang buat air, memang dapat jumpa macam-macam perangai pelanggan.
“Secara tak langsung saya dapat belajar cara macam mana nak perbaiki percakapan apabila berhadapan dengan orang ramai,” ungkap Zaki lagi.
Wanita campak bayi baru lahir dari tingkap apartmen, menangis teresak-esak di mahkamah. Keputusan akhir melibatkan seorang wanita muda yang mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan membunuh bayi perempuannya lima tahun lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Hakim Rofiah Mohamad menetapkan 8 Ogos ini sebagai tarikh baharu untuk menyampaikan keputusan, bagi memberi ruang kepada mahkamah meneliti secara menyeluruh laporan sosial tertuduh, hujahan daripada pihak pendakwaan serta rayuan oleh barisan peguam bela.
“Selepas mendengar rayuan, laporan sosial tertuduh serta hujah daripada pihak pendakwaan, mahkamah mendapati adalah amat susah untuk membuat keputusan terhadap kes ini.
“Oleh demikian, mahkamah memerlukan masa untuk meneliti kesemuanya iaitu laporan sosial, rayuan dan hujah pendakwaan sebelum membuat keputusan terhadap kes ini.
“Maka, saya menetapkan mahkamah akan bersidang semula pada 8 Ogos ini untuk keputusan akhir kes,” kata beliau ketika prosiding berlangsung pada Jumaat.
SESI MAHKAMAH PADA AWALNYA DITANGGUHKAN SEKETIKA APABILA TERTUDUH, M SANTHIEA, 23, TIDAK DAPAT MENAHAN PERASAAN SEJURUS GAMBAR BAYI DAN BARANG-BARANG BUKTI DIKEMUKAKAN. DIA KELIHATAN MENANGIS TERESAK-ESAK DAN DITENANGKAN OLEH PEGUAMNYA, RSN RAYER, SERTA IBUNYA SEBELUM PROSIDING DISAMBUNG SEMULA.
Dalam pembelaannya, Rayer memohon agar mahkamah mempertimbangkan latar belakang tertuduh yang ketika kejadian baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di sebuah kolej swasta.
“Tertuduh telah ditahan reman selama empat bulan di penjara dan hukuman itu telah memberi satu pengajaran kepada tertuduh dan keluarga.
“Selain itu, ketika kejadian, tertuduh cuba membunuh diri selepas melahirkan bayinya kerana takut untuk menghadapi keluarganya terutama ibu bapa.
“Oleh itu, saya mohon mahkamah menggantikan hukuman penjara kepada bon berkelakuan baik berikutan tertuduh merupakan seorang pesalah muda dan telah menghadapi ‘living in hell’ akibat perbuatannya itu,” hujah Rayer.
Namun begitu, pihak pendakwaan berpendirian bahawa kepentingan awam tidak boleh diketepikan dalam kes ini, memandangkan ia melibatkan kematian seorang bayi yang baru dilahirkan.
“Bayi tersebut disahkan masih hidup sewaktu dilahirkan. Dalam mempertimbangkan kes ini, pihak pendakwaan ingin menegaskan bahawa faktor kepentingan awam perlu diberi keutamaan, memandangkan mangsa ialah seorang bayi yang tidak mampu bersuara atau mempertahankan diri.
“Sehubungan itu, hukuman yang dijatuhkan mesti mencerminkan betapa seriusnya kesalahan ini, agar menjadi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat serta pencegahan kepada mana-mana pihak daripada mengulangi kesalahan yang sama.
“MAHKAMAH TELAH DIARAHKAN UNTUK MENELITI SEBAB KEMATIAN BAYI SERTA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KES INI. TERTUDUH DIDAPATI TELAH MEMBUANG BAYI TERSEBUT DENGAN CARA YANG TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN, MELEMPARKAN BAYI MELALUI TINGKAT BANGUNAN. SEKIRANYA BAYI TERSEBUT DIBIARKAN HIDUP, DIA KINI BERUSIA LIMA TAHUN,” KATA TIMBALAN PENDAKWA RAYA, NURUL KHAIRIAH DAHALAAN.
Kes ini berpunca daripada kejadian pada 10 Julai 2020, apabila tertuduh didakwa membuang bayi perempuannya dari tingkap sebuah unit kediaman di Apartmen Sri Ivory, Bandar Baru Air Itam, sekitar jam 8.25 pagi. Ketika itu, dia baru sahaja melahirkan anak dan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat komplikasi serta kehilangan darah serius.
Pada awalnya, M Santhiea didakwa mengikut pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun pertuduhan itu digugurkan dan diganti dengan Seksyen 309A Kanun Keseksaan yang merangkumi kesalahan infantisid iaitu membunuh anak yang baru dilahirkan ketika mengalami gangguan fikiran akibat perubahan hormon selepas bersalin.
Jika disabit kesalahan di bawah seksyen ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Sepanjang tempoh siasatan, tertuduh ditahan reman selama empat bulan kerana tidak dibenarkan ikat jamin. Namun selepas permohonan dibawa ke Mahkamah Rayuan, dia dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM90,000 serta tertakluk kepada beberapa syarat ketat seperti larangan meninggalkan negeri dan perintah berkurung selama 12 jam setiap hari.
Mahkamah akan menyambung semula prosiding bagi keputusan muktamad pada 8 Ogos ini.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.