Jodoh tak panjang. Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dan Nina Ismail memaklumkan kepada ramai yang mereka telah pun berpisah pada Ogos lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Melalui Instagramnya, Jovian berkongsi kisah duka itu selepas bersama-sama melakukan siaran langsung produk mereka di Tik Tok.
Pun begitu kata Jovian, dia dan Nina namun tetap bersahabat baik untuk kesejahteraan dan kasih sayang tak berbelah bagi buat anak mereka, Jeanelle.
“Kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami, dan setakat ini, kami telah melakukan yang terbaik, Alhamdulillah.
“Kasih sayang kita terhadap ibu bapa dan keluarga juga tak berubah. Kita yakin dengan perancangan Allah, kerana Dia adalah perancang yang paling hebat,” ujarnya.
Ads
Tambahnya lagi, sokongan dari semua yang sentiasa memberikan sokongan buatnya dan Nina sepanjang 10 tahun berkahwin menjadi suatu perkara yang cukup berharga dan akan terus diingati oleh mereka.
“Sepanjang sedekad yang lalu, ramai daripada anda telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Kami akan sentiasa menyimpan tahun-tahun ini di hati kami.
“Sokongan anda untuk #Jovianina sangat berharga, dan kami berharap anda akan terus menyokong dan menyayangi kami seperti yang anda lakukan,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, Jovian dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Umurnya baru 8 bulan. Namun si kecil ini menerima dugaan yang cukup berat. Sejak lahir ada ketumbuhan di dalam mulut si kecil bernama Ainul Mardiah Binti Ahmad Safiuddin ini. Dan kini ketumbuhan itu sudah merebak. Doktor mengesahkan Ainul menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.
Berat Ainul makin susut sejak beberapa hari ini, dia sudah pun menjalani rawatan kimoterapi di HKL. Namun yang menyedihkan sekarang ketumbuhan ni sudah merebak dan keluar terus dari mulutnya.
Ibu bapanya tidak berputus asa dan mencari jalan untuk menampung kos rawatan dengan ubat-ubatan Ainul sehinggakan si ayah terpaksa melakukan beberapa kerja termasuklah menjual popcorn.
Ibu bapa mana yang tak sayang anak kan. Berat kita yang memandang..berat lagi si ayah dan ibu yang memikul.
“Doakan semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya. Sebagai ibu bapanya, kami sentiasa mengharapkan anak sulung kami ini akan sembuh,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24,
Katanya, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan isterinya, Nurul Erwani Zaidi tujuh bulan dan si kecil lahir dengan keadaan sudah diserang kanser berkenaan.
Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.
Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat
Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi
Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya
Baik. Ini kisah Ainul.
Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya. Selesai bab itu.
Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat )
Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul.
Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.
Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.
Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.
Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.
Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.
Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengan batu. Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.
Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.
Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.
Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.
Dan, Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.
Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan
Ainil tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kuatkan ainul…
Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!
Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul
Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.
Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada AinuL
Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.
Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.
Begini lah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital
Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye. Dan saya minta maaf jika saya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah cukup sumbangan orang ramai beri hari ini
Sungguh, bukan saya mahu menolak rezeki Ainul. Tapi saya sebagai bapa masih ada kudrat dan tenaga untuk kerja lebih keras untuk biayai Ainul dan saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Yang sudah hulurkan sumbangan, tiada kata lain saya boleh ungkapkan selain jutaan terima kasih. Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, hanya Allah swt sahaja yang mampu apa yang manusia tidak mampu!
Jarang-Jarang Share Gambar Anak, Sekali Tangan ‘Michelin’ Bilal Jadi Perhatian
Biarpun wajah anak kesayangan pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd telah diketahui umum.
Namun selebriti ini jarang berkongsi gambar anak sulungnya itu di media sosial. Lantaran itu, setiap kali perkongsian mengenai anaknya, pastinya menarik perhatian.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Muat naik perkongsian terbaru, membuatkan para peminat serta rakan artis teruja. Mana taknya, kecomelan Bilal membuatkan ramai yang ‘geram’.
Gambar terbaru Neelofa bersama Bilal, membuatkan ramai yang terkejut apabila lengan Bilal berketak-ketak bagaikan ”michelin’.
COPY PASTE MUKA NEELOFA
Sementelaah itu, Neelofa juga berkongsi gambarnya ketika masih kecil. Rata-rata berpendapat wajahnya sama dengan wajah Bilal. Bagaikan copy paste dengan anaknya. Betul lah, memang nampak sama!
Bahagia itu bukan sekadar wang ringgit atau emas permata tetapi berasa daaimai hidup bersama pasangan tersayang. Biarpun hidup secara sederhana, bahagia tetap ada. Pasangan yang tidak meminta akan terima seadanya pasangan.
Setiap pasangan ada cara tersendiri untuk buat diri dan keluarganya bahagia. Begitulah yang dilakukan oleh isteri lelaki ini. Bukan tidak menghargai pemberian suami, namun sikap kebanyakkan wanita untuk memberikan bahagia buat keluarga.
Sebagaimana perkongsian ini.
Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Tapi rezeki PKP ni, saya ada lebihan duit sikit. Time tu dan-dan je lalu pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’ Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
BERI HADIAH
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit. Lepas tu bini bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’ Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset.
BELI UNTUK KELUARGA
Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document. Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya. Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag. Dia kata banyak nak kena edit document masa PKP ni nak bagi kat anak-anak murid dia. Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakkan perempuan pun macam isteri saya.
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri. Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur. Pendek kata semua yang dorang beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga. Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang dorang beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga. Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special. Hehehehe(digelak)
Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri? Sharelah bagi suami baca. Bagitau suami sangat tak rugi beli emas sebab sekurangnya ada la jugak ‘getah gelang’ boleh menunjuk sap, sap, angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Hehe Emas, kalau takde duit atau masa susah boleh letak kat Ar-Rahnu. Mana tau bila share tau-tau nanti suami ter, diulangi ter.. beli pulut dakap ke, pulut durian d88 ke. Tak salah tabur umpan, mana tahu mengena. Tambah-tambah mora ada lagi ni