Andai ditanya bagaimana tahap kewangan keluarga kita pada masa ini, adakah stabil atau sebaliknya? Tentu ada yang sekadar mengagak dan tidak tahu cara mengukurnya yang sebenar.
Diharap melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini dapat memberi pencerahan dan sekali gus kita sedar dimana tahap kesihatan kewangan kita.
Jom Semak Tahap Kesihatan Kewangan
Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya?
Macam mana nak kira?
Contohnya si A ada;
Ads
Pinjaman Peribadi: RM330
Ansuran kereta: RM560
Gaji bersih: RM1850
Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:
Ads
RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%
Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi.
Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Status OKU bukan penghalang untuk wanita ini mengejar kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Perkongsian wanita bernama Zeeda Aziz cukup berinspirasi dan wajar dicontohi.
Dia tak punya masa untuk meratap selepas kakinya terpaksa dibuang, kecacatan fizikal itu membuatkan dirinya lebih kuat dan mencabar diri untuk mengorak langkah.
Sebelum saya menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang yg sayangkan saya menangis.
Menangis membayangkan kecacatan saya nanti menyusahkan. Agaknya mereka fikir..habis lah saya lepas ni. Tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dsb. Saya pula pada waktu tu, entah..saya tak rasa sedih pun. Nangis pun tidak. Perasaan tu lebih kepada..”Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yg dua kaki buat!”
Takpa lah kalau kawan takda. It’s fine kalau suami decide utk angkat kaki (Thank God we are still happily married 😅). Saya faham jika takda majikan nak menggajikan saya. Pandai²lah saya nak survive nanti.
HENDAK SERIBU DAYA.
Permulaan saya di Shopee agak sendu. Sales bulan pertama cuma 1 order sahaja. Nilai jualan, RM30. Sales bulan ke-2, dapat 7 order. Ada peningkatan. Tapi nilai jualan cuma RM254.55.
Dua bulan pertama di Shopee, hidup segan mati tak mahu. Masuk bulan ke-3, naik sikit bilangan order. 8 orang beli. Tapi nilai jualan lebih kurang je. Malah lagi kurang dari bulan sebelumnya
Aduhai..sayu hati tengok apa yg terjual. Tak boleh jadi ni. Jadi, saya ambil masa sebulan untuk mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye..Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Tak salah tulis.
Kemudian saya belajar lagi. Fahamkan lagi apa yg boleh saya perbaiki. Saya kena tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi 😅. Jadi akal yg masih berfungsi ni, guna secukup²nya.
Alhamdulillah, sekarang saya dah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu urusan membungkus barang dan penghantaran ke courier. Sales kini 4 angka setiap hari, Alhamdulillah. (LHDN..hangpa sabaq sat na, cheq nega tak sampai setahun lagi ni 😅).
CABAR DIRI SENDIRI Bayangkan dalam kesulitan saya melangkah dgn topang di ketiak, kesana kemari saya mencari barang untuk dijual. Waktu hujan kan lantai licin, langkah perlahan². Jangan sampai tergelincir jatuh. Nanti bertambah kecacatan pulak 😅. Barang berat angkatlah masuk ke kereta. Pandai² lah imbang badan supaya tak salah bearing.
Setiap hari masa mula² nak gerakkan Shopee, berikut adalah jadual harian saya: – Pagi mencari stok. – Tengahari membungkus. – Petang buat product photoshoot. – Malam buat editing/marketing. – Tengah malam membungkus lagi. Effort 300%. (tak termasuk effort menjaga 4 orang anak yg masih kecil dan bersekolah).
Sekarang saya masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini. Supaya bisnes kecil saya ni mampu memberikan saya modal utk dapat rehat yg baik bila dah tua nanti.
Penutup: Usahlah marah dengan takdir. Takdir tertulis di Lauh Mahfudz. Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.
Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya. Kaki ku hanya tinggal satu Ya Allah, tapi berilah kelajuan nya bergerak 4 kali ganda dari masa ada dua kaki. 🤲 Ameen…
Kesibukan mengurus keluarga jangan pula menyebabkan kulit wajah kita hilang serinya dan lebih parah lagi menyebabkan timbulnya jerwat, bintik-bintik hitam, jeragat dan sebagainya. Bimbang semua ini terjadi, disarankan kepada ibu-ibu walau sesibuk mana sekali pun, penjagaan kecantikan jangan diabaikan. Inilah esen kita sebagai wanita yang perlu dijaga.
Untuk itu, apa kata kita amalkan beberapa petua orang lama dalam memastikan wajah terjaga dan nampak berseri-seri mengikut jenis dan masalah kulit yang berbeza-beza. Jom semak.
Kulit Berminyak
Jika kulit anda daripada jenis berminyak, biasanya masalah yang sering dihadapi adalah kulit mudah berjerawat. Oleh itu, jika ingin dirawat dengan cara alami, ambil daun sirih dan daun jambu. Kemudian diramas di dalam semangkuk air. Sapukan air itu kepada kulit wajah dan biarkan sehingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Lap lembut wajah dengan tuala. Sebaiknya amalkan selalu untuk melihat kesannya.
Menyegarkan Kulit Wajah
Jika wajah terlihat kusam, ambil teh dan rendam semalaman. Kemudian air tersebut dibuat sebagai air basuhan muka. Cara ini secara tidak langsung akan menjadikan kulit wajah nampak berseri-seri.
Caranya mudah sahaja. Sebelum cuci wajah dengan sabun, basuhkan dengan air lebihan teh tersebut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan setiap pagi.
Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam
Jika ternampak kulit wajah sudah ada bintik-bintik hitam jangan dibiarkan, segera lakukan amalan ini iaitu dengan merendam daun mambu, beras dan kunyit hidup. Kemudian ditumbuk halus dan disapukan pda wajah. Lakukan rawatan ini dua kali sehari sehingga kulit kelihatan licin dan sihat.
Daun mambu juga diketahui sangat bagus untuk membantu menghilangkan bintik hitam pada sel-sel kulit yang sudah mati. Ia juga baik untuk merawat penyakit campak dan kudis kering.
Licinkan Kulit Wajah
Kekalkan kulit bersih serta licin dengan menggunakan beras. Fungsi beras ini sama seperti scrub untuk melicinkan wajah. Caranya mudah, dengan membasuh beras dan direndam selama beberapa jam, kemudian dikisar bersama kunyit hidup. Sapukan campuran beras dengan kunyit pada seluruh wajah dengan lembut.
Hilangkan Kotoran Pada Kulit Wajah
Perahkan limau dan ditapis jusnya kemudian sapu pada keseluruhan wajah boleh bertindak sebagai penyegar dan sekali gus menghilangkan kotoran jauh ke dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya tidur membantu pertumbuhan tubuh kanak-kanak. Sewaktu kanak-kanak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Kanak-kanak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stress keluarga.
Ibu bapa akan berasa stress apabila terpaksa menunggu melayani anak yang sukar tidur. Keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti dan tidak ada salah betulnya jika anda mencuba menyelesaikan masalah kanak-kanak lewat tidur. Cara penyelesaian setiap kanak-kanak adalah berbeza dengan kanak-kanak lain. Ibu bapa hendaklah peka dengan sifat anak-anaknya. Ibu bapa dan keluarga seisi rumah hendaklah memberi kerjasama dalam membantu anak yang selalu tidur lewat.
1.Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 8:00 malam. Jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
2. Tidak ikut permintaan anak
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur. Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. Kurangkan interaksi dengan anak anda. Jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. Jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
4.Beri pujian
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Beritahu kepada anak anda tentang persiapan ke tadika memerlukan tidur awal. Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di tadika.
5. Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita. Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang mengembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
6. Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.