Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Namun, resepi kali ini adalah gandingan puding karamel dengan kek coklat. Rasa ideal puding yang berlemak dan kek yang gebu membuatkan, penggemarkan akan makan berulang kali.
Perkongsian oleh Shafiqah Muhamad menarik perhatian ramai dengan resepinya. Apa lagi, boleh cuba resepi viral legend ini.
Resepinya mudah sahaja untuk puding gula hangus guna loyang saiz 7×7.
Ads
CARA PENYEDIAAN
cairkan hanguskan gula 4sdb. Kemudian biar sejuk. Kacau sebati 4 biji telur, satu cawan susu cair satu cwn susu pekat , 1sdt esen vanila.
Selepas itu, masuk dalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 30 minit. Masuk adunan kek coklat macam biasa.
Kemudian ayak 1cwn tpg gandum, 1sdt baking powder, 1/2sdt baking soda dan pukul 3biji telur, esen vanila.
Campur sikit-sikit ketiga-tiga bahan smpai sebati. Baru masuk dalam loyang puding. Kukus 35 minit smpai masak terbalik sejukkan. Sedapnya menjamu selera dengan keluarga.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak tahu cara untuk simpan bunga kantan agar tahan berbulan-bulan? Maklumlah, ada masa bunga kantan memang susah nak dapat. Jadi alang-alang sudah ada, elok dibeli kerana Ada teknik penyimpanannya untuk pastikan kekal segar.
Jom ketahui cara yang dipraktiskan oleh Puan Qiha Fareesya.
Ini cara saya untuk bagi bunga kantan tahan lama.Buat macam aiskrim ye sahabat.
Kalau simpan tanpa isi air lama-lama akan jadi hitam di dalam.. Tapi buat cara macam ni InshaaAllah tahan lama. Saya pernah simpan sampai 6 bulan.
1.Bunga kantan tengok saiz ye.. Besar belah 4..kecik belah 2..kira muat masuk dalam plastik aiskrim tu dalam keadaan bersilang untuk jimat kan plastik.
2.Isi air masak dalam plastik yang dah di isi bunga kantan tadi.. Air mesti tertutup seluruh bunga kantan tu
3.Simpul kemas-kemas..
4.Bekukan macam kita buat aiskrim tu
5.pesan dan bagitaw anak-anak. Ini bukan aiskrim ye takot terjadi macam saya aritu anak-anak ingat aiskrim.
Bau dan rasa tetap fresh
Done
Selamat mencuba
Sumber :Pn Qiha Fareesya via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sosej Antara makanan ringan yang digemari kanak-kanak. Buat ibu-ibu semua yang kekeringan idea untuk menyediakan hidangan minum petang, apa kata cuba Sosej Cheese Crispy ini.
Resipi ini dikongsikan oleh seorang anak muda bernama Hanafi Abdul Hayyyang kini sedang melanjutkan pengajian di Mesir. Caranya cukup mudah dan pasti dapat memancing selera anak-anak nanti.
Rahsia keenakan menu ini adalah lapisan kulitnya yang rangup dan keju pun tak cair. Untuk mendapatkan hasil sedemikian, ibu-ibu kena menggoreng menggunakan api yang perlahan sahaja. Lebih baik lagi jika menggunakan sosej homemade yang lebih sihat dan dari air tangan sendiri. Jom ibu-ibu cuba resipi ini!
Bahan-bahan
3 gelas Tepung gandum
1 sudu besar Tepung jagung
3 biji Telur
1 sudu teh Serbuk lada hitam
Garam secubit
Gaul sebati
Kepingan Keju secukupnya
Lidi sate sesukupnya
Sosej
Serbuk roti
Cara membuat:
4. Apabila siap, masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 15 minit bagi memastikan keju benar-benar melekat pada sosej tadi.
5. Setelah itu, celupkan sosej ke dalam adunan tepung tadi dan celupkan pula pada serbuk roti.
6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga ia menjadi kuning keemasan.
Resipi Nasi Ayam yang viral secara tiba-tiba di media sosial dua tahun lalu sebenarnya banyak membantu ibu-ibu untuk menghasilkan nasi ayam yang sedap untuk keluarga.
Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Sempena bulan Syawal ini, anda pastinya menerima kunjungan tetamu setiap minggu. Tidak salah jika anda mengeluarkan semula resipi hebat ini, khusus untuk tetamu istimewa anda. Anak-anak dan seisi keluarga juga boleh sekali tumpang merasa.
Tahun lalu, perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham, berkongsi langkah demi langkah kepada semua. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
2. Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
3. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
5. Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
6. Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
1. Masak air hingga mendidih.
2. Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
4. Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.