Wanita kalau dah bersuami jangan malas usahakan pelbagai cara untuk kekal cantik. Bukan cantik sahaja tetapi paling penting kita kena jaga kesihatan dalaman untuk diri kita sendiri.
Rutin wajib yang semua wanita kena amalkan salah satunya adalah mengamalkan jus detoks. Jus detoks rahim pula adalah bonus untuk wanita.
Suami pun tumpang sekali gembira. Mana taknya, selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan jus detoks ringkas ni.
Cuba amalkan resepi homemade yang ringkas ini setiap kali lepas haid. Tak sukar nak buatnya, campakkan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih sahaja. Senang!
Bahan-bahan:
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Ads
Caranya:
1. Rebus semua herba dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning.
2. Tambahkan air asam jawa dan gula merah.
3. Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya.
Ads
4. Biarkan air rebusan menjadi suam dan terus diminum.
Lebihannya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan takut untuk amalkan jus ini kerana rasanya tidak pahit malah baunya juga harum disebabkan ada serai dan daun pandan.
Mahu lebih hebat lagi, anda juga disyorkan untuk tambahkan daun sireh atau daun kencur. Bagi ibu yang menyusu pula, boleh tambahkan sedikit halba atau habbatus sauda. Selamat mencuba!
Rupanya tidak susah pun untuk menanam cendawan di rumah dengan syarat boleh ikuti sepertimana yang dikongsikan oleh Syafiq Baharin.
Alhamdulillah dah mula keluar hasil cendawan ni. Ingatkan susah, senang je rupanya.
1. Beli bongkah kat Shopee, RM2.50 gitu per bongkah.
Tips : Cari seller yang jual bongkah yang dah matang, so tak perlu tunggu lama untuk keluar hasil. Kalau tak lama juga nak tunggu bongkah tu matang. Ni hasil lepas 4 hari je.
Tips 2 : Nak tahu dah matang or belum, tengok bawah tapak bongkah ni. Kalau dah putih kat bawah tu, dah matang lah tu.
2. Kain balut tu optional je, cendawan ni suka suhu yang lembab & sejuk sikit. Jadi bila balut kain tu, kita siram je air kat kain tu 2 kali sehari. Kalau rajin 3 kali. Bila ada kain tu, lama la sikit tahan lembab dia tu.
3. Tak perlu tempat gelap pun. Dulu ingat wajib gelap. Rupanya cukup teduh, tak panas dan ada udara yang cukup.
4. Bila sampai bongkah tu, yang saya beli ni tak perlu korek pun lepas buka penutup tu. Balut & siram dengan air je kat kain tu. Janji air tak masuk kat dalam ‘pintu’ bongkah tu. Siram air kat atas je.
Jangan pi rajin masuk jari dalam tu, jari kita banyak bakteria. Ganggu pertumbuhan cendawan.
5. Done. Tunggu hasil je insyaAllah.
6. Nak tuai, just tarik je sambil goyang-goyangkan sampai tercabut habis semua akar dia. Jangan pi gunting pulak ye. Kena bagi keluar habis sampai akar.
7. Then ambil lah sudu kecik ke, kasi rendam dalam air panas dulu ke, biar sudu tu takda bakteria jahat. Lepas tu korek sikit saki baki akar putih yg melekat lepas dari baru tuai tu.
8. Lepas tu tutup semula bongkah tu. Rehatkan dalam seminggu tanpa siram.
9. Buka semula penutup dan mula siram semula kain tu. insyaAllah cendawan akan keluar semula.
10. Boleh 4 ke 6 kali tuai, ikut tahap jagaan kita. InsyaAllah.
Manakala melihat di ruangan komen, ramai juga berkongsi info dan pengalaman.
Norhayati Mohd Zaini : Saya tambah sikit dari tips di atas berdasarkn pengalaman sy. Kalau penjagaan baik, bongkah boleh dituai beberapa bulan.. Bongkah yg baik, tiada kulat hijau di dalam bongkah atau bongkah menjadi keras dan kering. Pastikan bongkah tidak dimasuki serangga seperti lipas dan semut. Cendawan boleh dituai sebelum keliling cendawan menjadi kerinting atau tua. Bila tua (lupa tuai), spora putih akan bertaburan di sekeliling bongkah.
Fatin Farhana : Yg penting kena open air.. jgn letak benda ni dlm bilik tido
Isma Laily : klu nk bnyk cendawan lg bolehla tebuk dkt belakang tu. nanti cendawan akan keluar depan belakang
Ummi Lin :Saya pun Ada cendawan ni. Memang jimat. Skrg nk cari lagi bongkah, yang aritu dah bbrpa kali tuai, kecik dh cendawannya.
Sumber : Syafiq Bajarin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Aduhh! Nak luruskan kaki pun sakit bila kejang otot ni. Memang nak gerak pun sakit. Kena urut-urut dulu hingga rasa kejang tu kembali normal.”
Sudah tentu ada antara kita pernah mengalami rasa kejang otot waktu pagi terutama waktu bangun tidur atau pun ketika bersukan.
Walau nampak biasa aje kejang otot ni tapi jika dibiarkan ia akan menyebabkan akan menjadi serius. Ikuti penjelas Dr Zubaidi Ahmad perkara ini.
Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari.
Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini.
Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60% orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia.
Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.
LIMA GEJALA KENA AMBIL TAHU
Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan pemeriksaan kesihatan segera:
1. Kejang otot yang berlaku dalam tempoh panjang.
Kekejangan yang berlaku dalam tempoh singkat boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang, apatah lagi jika ia berlangsung dalam tempoh lama. Andai kejang menjejaskan fungsi harian anda, sebaik-baiknya dapatkan bantuan.
Kekejangan yang berlangsung dalam tempoh yang panjang boleh menjadi petanda gejala penyakit lebih serius. Selain dari itu, gejala kejang yang terlalu lama juga boleh disebabkan kolesterol tinggi selain gangguan saraf.
2. Kejang otot disertai bengkak, kemerahan dan perubahan warna pada bahagian terjejas.
Pengambilan ubat tertentu selain sering terbabit dengan perjalanan panjang contohnya duduk terlalu lama (sama ada di atas kenderaan atau di tempat kerja) boleh memungkinkan anda mengalami gejala kejang otot disertai kemerahan.
Kalau ada simptom lain termasuk bengkak dan perubahan warna pada kulit, itu menandakan ada gumpalan darah dalam tubuh. Pada awalnya gumpalan darah itu tidak bahaya, namun risiko boleh meningkat apabila berlaku saluran darah pecah dan menyumbang kepada serangan jantung atau strok. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan anda berada pada tahap berkenaan.
3. Otot kaki yang kejang pada jarak sama ketika melakukan aktiviti olahraga.
Ini satu petanda bagi atlet yang gemar melakukan aktiviti larian jauh. Biasanya anda akan menghadapi saat otot betis seolah-olah ‘mengeras’.
Jika keadaan itu berlaku secara konsisten pada jarak hampir sama, ia mungkin gejala sindrom kompatmen. Ia merujuk kepada bahagian otot kaki mengembang sehingga memberi tekanan kepada bahagian lain. Kes terburuk membabitkan penyakit ialah saluran darah mahupun saraf tercedera dan terjejas akibat masalah berkenaan. Dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan larian.
4. Kekejangan yang disusuli rasa mual, demam dan muntah.
Kejang otot yang disertai rasa mual, demam dan berakhir dengan muntah menandakan masalah dalam badan. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh masalah dehidrasi.
Sebaik-baiknya ambil air mencukupi untuk mengembalikan elektrolit dalam badan. Namun dapatkan nasihat doktor jika gejala itu berlarutan.
5. Disertai rasa panas dan kebas di bahagian otot mengalami kejang.
Apabila kejang otot turut disertai rasa panas dan kebas, ia merujuk kepada gejala dipanggil hernia cakera. Setiap tulang belakang dilengkapi dengan cakera pertengahan, bertindak sebagai penyerap kejutan dan pautan. Apabila seseorang berjalan atau berdiri, cakera ini menyokong beban yang menegak ketika pergerakan.
Namun bagi yang mengalami masalah ini, biasanya saraf akan ditekan dan akhirnya menyebabkan kesakitan. Biasanya pesakit akan rasa pijar di bahagian tubuh bawah terutama kaki.
Bagi melegakan gejala terbabit, biasanya terapi panas digunakan untuk menghilangkan rasa sakit. Namun, sebaik-baiknya temui doktor untuk tahu tahap kesakitan serta rawatan sesuai
Setiap kali ulang tahun kelahiran benda pertama nak periksa semestinya kad lesen memandu! Mana tidaknya, kalau dah luput silap haribulan boleh kena saman kalau tak perasan!
Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ada memaklumkan pengguna jalan raya kini boleh memperbaharui lesen untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini, berkuat kuasa 8 Mei 2023.
Syaratnya, lesen memandu yang diperbaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah dalam tempoh sah laku tidak lebih setahun.
“Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus,”
“Bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30,”
katanya.
Cara renew lesen memandu
Kini korang sudah boleh memperbaharui lesen memandu secara online tanpa perlu ke pejabat JPJ lagi. Klik laman web rasmi MySikap.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.