Selesema sering berlaku kepada seseorang adalah kerana kurangnya daya ketahanan badan terhadap virus. Andai salah seorang ahli keluarga terkena jangkitan virus tentunya keadaan tersebut mengundang rasa tidak selesa, apatah lagi jika anak kecil yang kurang sihat. Bukan sahaja mereka akan seharian meragam dan merengek malah kita sebagai ibu ayah juga tidak senang duduk dibuatnya dek kerana risau tahap kesihatan mereka.
Memetik artikel yang dipaparkan di page Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan selesema penyebab flu adalah oleh Virus Influenza kumpulan A,B dan C. Influenza selalunya menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang iaitu hidung, tekak dan paru-paru. Jenis virus influenza yang menyebabkan selesema mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Ianya merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak setiap tahun. Jangkitan boleh merebak kepada orang lain melalui udara yang dicemari oleh batuk, bersin dan bercakap dengan pengidapnya.
Oleh itu, bagi mengurangkan risiko daripada keluarga kita terkena jangkitan selesema dan penyakit, kita juga sedia maklum ianya dapat dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya:
- Utamakan kebersihan diri
- Kerap cuci tangan
- Jika selesema atau batuk perlu pakai penutup mulut
- Hadkan berada di kawasan tumpuan ramai
- Ambil makanan berkhasiat untuk tingkatkan sistem imun tubuh
Apabila bercakap tentang meningkatkan ketahanan imun tubuh, salah satu cara yang boleh dipraktikkan adalah dengan minum jus oren Sunkist Pure yang tinggi dengan vitamin C.
Apa yang lebih istimewa tentang Sunkist Pure ini adalah setiap botol jus bersaiz 1 L mengandungi perahan jus lebih enam biji oren di dalamnya. Diproses dengan Teknologi Pengisian Dingin Aseptik tanpa dicampur bahan perasa tiruan dan tidak pun ditambah pengawet bagi menjamin keaslian rasa dan tinggi nilai nutrisinya.
Bahkan, tahukah anda dengan minum secawan jus oren Sunkist Pure ianya memenuhi sekurang-kurangnya 25% keperluan Vitamin C harian tubuh badan. Sunkist Pure ini bukan sahaja kaya dengan vitamin C malah tinggi kandungan vitamin A dan E.
Pemilihan Sunkist Pure ini sebagai minuman harian keluarga, nyata cukup mudah. Apa tidaknya, Sunkist Pure telah tersedia di dalam botol untuk dinikmati pada bila-bila masa. Lagipun dengan sistem Pengisian Dingin Aseptik, botol yang digunakan adalah lebih mesra alam kerana ia menggunakan 40% kurang plastik. Maka dengan itu, ibu tidak perlu lagi melakukan pelbagai proses penyediaan jus di dapur. Hal ini pastinya membuatkan ibu boleh tersenyum lebar dengan adanya Sunkist Pure.
Sesetengah antara kita ada juga suka menikmati minuman kegemaran bersama-sama seisi keluarga. Cara ini dilihat sebagai salah satu cara mencipta bonding time lebih bermakna dengan cara yang tersendiri. Walau apa pun tujuannya, Sunkist Pure pasti akan menceriakan hari anda sekeluarga dengan minuman yang enak dan menyihatkan.
Untuk mengetahui lebih khasiat dan promosi yang dijalankan, dapatkan maklumat lanjut di Sunkist Juice Malaysia, www.facebook.com/SunkistJuiceMalaysia/