Mencipta bonding time dalam institusi kekeluargaan dilihat cukup penting dalam membentuk hubungan yang erat di antara ahli keluarga. Namun senario hari ini tidak dinafikan, ramai antara kita melalui kehidupan yang sibuk yang menyebabkan waktu untuk sentiasa bersama keluarga adalah terhad.
Apa tidaknya, ibu ayah sibuk dengan urusan kerja daripada siang hari hingga membawa ke malam, manakala anak pula padat jadual hariannya dengan pelbagai aktiviti di sekolah. Bila pulang ke rumah letih dan tertidur awal.
Justeru, masa yang terbatas ini membuatkan komunikasi dalam keluarga turut terhad waktunya. Namun usah jadikan ia alasan hingga menjadikan hubungan kekeluargaan semakin renggang dan sebaiknya anda sekeluarga boleh gunakan alat komunikasi yang canggih seperti HUAWEI Nova 7i ini untuk kekal berhubung setiap waktu.
Ini memandangkan antara ciri istimewa telefon ini adalah kerana baterinya 4200mAh yang tahan lama. Selain itu, dengan adanya 40W HUAWEI SuperCharge ini, ia boleh mengecas hingga ke 70% hanya dalam masa 30 minit sahaja. Cas pantas ini juga telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland bagi memastikan keselematan dan kelajuannya.
Jadi tidak hairanlah bila memiliki HUAWEI Nova 7i ini, pada bila-bila masa dan walau di mana jua seorang ibu, anak, suami dan pasangan berada, semuanya boleh berkomunikasi tanpa batasan.
Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 7i ini hadir dengan AI Algorithms untuk efek Beauty yang nyata! Ia lengkap dengan stiker AR, Beauty Selfie Video yang berikan efek slim pada tubuh dan juga mod malam super untuk berswafoto. Ciri-ciri istimewa ini akan memberi rasa keterujaan untuk anak-anak yang suka bergambar mahu pun merakam video untuk merasai pengalaman istimewa tersebut.
Bahkan buat ahli keluarga yang gemar mengedit video pula, tidak perlu bersusah payah menggunakan telefon lain kerana HUAWEI nova 7i ada AI Video Editor yang membuatkan proses edit menjadi lebih mudah. Anda boleh menambah muzik latar dan memotong rakaman tanpa melalui proses yang merumitkan bagaikan seorang profesional. Banyak transisi dan efek yang anda boleh pilih dengan hanya satu ‘tap’ sahaja! Hebat bukan?
Tidak dengan itu, memiliki HUAWEI nova 7i membuatkan pemiliknya akan berpuas hati dengan tahap kualiti panggilan video yang tinggi yang dipanggil MEETime. HUAWEI nova 7i ini mempunyai MEETime yang mempunyai revolusi 180p panggilan video yang mana memberikan kualiti imej yang hebat dengan menggunakan data Internet yang sedikit berbanding dengan telefon lain.
Ads
Jadi tunggu apa lagi, tempahlah segera telefon HUAWEI 7i bermula pada 14 – 21 Februari ini untuk dijadikan hadiah buat keluarga tersayang dan anda akan menerima HUAWEI Band 4 secara percuma!*. Lebih hebat lagi, telefon ini didatangkan dalam tiga warna yang memukau iaitu Sakura Pink, Hitam dan Crush Green dengan harga RM1,099 SAHAJA.
Sekarang, HUAWEI sedang menawarkan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE sehingga 12 bulan pada harga serendah RM4.87 sehari* dengan 0% kadar faedah dan 0% yuran pemprosesan. Untuk maklumat lanjut, sila layarihttps://huaweitogether2020.3ex.com.my
Ads
Anda juga boleh mendapatkan prodok-produk HUAWEI sempena kempen All For Love mulai 11 hingga 14 Februari ini pada harga serendah RM2.14 (pada tarikh tertentu dan kuantiti stok terhad sahaja) di sini.
Kredit: HUAWEI
Ads
Bila anda beli produk HUAWEI nanti, jangan lupa rebutkan peluang memenangi 3 pasang baucar melancong ke Maldives yang bernilai sehingga RM36,000!
Anda hanya perlu imbas kod QR, jawab soalan yang ada, dan isikan maklumat peribadi serta lampirkan resit pembelian korang untuk menyertai peraduan ni. Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI pada 14 Mac 2020. Tertakluk terma dan syarat.
HUAWEI nova 7i akan dilancar pada 22 Feb yang dijual pada harga RM1,099 sahaja. Untuk peranti terbaru yang lain pula boleh didapati mulai 14 Feb. Pra-pesan sekarang untuk mendapatkan lebih banyak promosi. Antara peranti terbaru termasuklah:
RM1,399 nova 5T warna terbaru Crush Green
RM679 Freebud 3 berwarna merah
RM899 Watch GT 42mm Rose Gold
RM699 Huawei Y7p Budget Phone Terbaik
RM2,299 MateBook D 15 versi terbaru 8GB + 256 GB
Untuk info lanjut tentang promo HUAWEI yang terkini, layari di sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cabutan WOW! Tentu sahaja ramai yang ternanti-nanti saban waktu berkenaan promosi hebat yang ditawarkan oleh PTPTN melalui Kempen Cabutan WOW! yang begitu istimewa dan sinonim dengan Simpan SSPN Plus sejak poduk ini diperkenalkan pada tahun 2015 hingga kini. Istimewa tahun ini, Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN sempena sambutan jubli perak perbadanan itu.
Umumnya ada pepatah Melayu mengatakan, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah jika ingin diibaratkan bagi setiap pendeposit Simpan SSPN, setiap pendeposit mempunyai peluang yang sama dan jika sudah rezeki, pendeposit akan berjaya memiliki hadiah yang bukan calang-calang hebatnya daripada Simpan SSPN.
Apa yang pasti Cabutan WOW! ini diadakan bagi menggalakkan ibu ayah untuk lebih mengutamakan tabungan pendidikan anak-anak di samping membuat simpanan secara konsisten. Usaha dan pengorbanan ibu ayah membuat tabungan dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan utama untuk anak-anak, tidak dibiarkan begitu sahaja. Bahkan sebagai tanda penghargaan, Simpan SSPN ‘raikan’ dalam bentuk memberi hadiah yang cukup luar biasa.
Semarak Sambutan Jubli Perak
Apatah lagi bagi memeriahkan sambutan 25 tahun penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), setiap pendeposit sama ada Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime berpeluang memenangi hadiah yang cukup istimewa dengan mengangkat angka ‘25’ sebagai simbolik sambutan Jubli Perak yang julung-julung kalinya diadakan.
Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN memperkenala tiga (3) kategori iaitu Cabutan Siri, Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan. Simpan SSPN mencari 250 orang bayi yang lahir pada tahun ini dan telah pun membuka akaun SSPN Prime bagi memenangi Cabutan Khas Babyku Simpan.
Pendeposit hendaklah membuka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus dalam tempoh kempen bagi penerima manfaat yang dilahirkan pada tahun 2022 dan kelahiran didaftarkan pada tahun 2022.
Siapa sangka rezeki anak, dengan menabung ibu ayah berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM1,000. Memang Wow!
Hanya Untuk Pendeposit
Rebut Peluang
Bagi Cabutan Siri, ganjaran yang ditawarkan cukup mengujakan pendeposit dengan menawarkan hadiah bernilai RM2,525 untuk 25 pemenang bermula 1 April hingga 31 Disember 2022 untuk setiap siri
Itu belum lagi jika dilihat hadiah yang ditawarkan untuk Cabutan Tahunan Jubli Perak yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022, memang WOW!
Pendeposit berpeluang memenangi hadiah utama iaitu berupa Kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line, manakala untuk pemenang tempat ke dua layak menerima wang tunai bernilai RM100,000, sementara tempat ketiga pula akan menerima RM50,000 dan seramai 22 pemenang akan membawa pulang Motosikal Honda Dash 125 sebagai hadiah saguhati.
Nyata sekali, hadiah yang ditawarkan cukup hebat dan besar nilainya. Rugi kiranya jika ibu ayah lepaskan begitu sahaja. Mana tahu dengan tawaran hampir RM1 juta ini akan menjadi sebahagian rezeki buat keluarga anda.
Untuk itu, bagi ibu ayah yang ingin dapatkan info lebih lanjut boleh layari www.lovesspn.com atau muat turun aplikasi myPTPTN.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada antara ahli keluarga kita tentu suka akan rasa telur pindang. Namun untuk menikmatinya hanya pada masa-masa tertentu terutamanya bila ada kenduri kendara.
Pun begitu, tidak salah kiranya anda mencuba menu yang dikongsikan ini di mana uniknya bukan sahaja menggunakan pelbagai daun herba malah menggunakan bunga talang untuk memberi warna menarik pada telur pindang yang dimasak.
Hal ini menjadikan telur pindang nampak cantik.warnanya dan keenakan rasanya tidak dinafikan digemari ramai.
Untuk itu, jom kita semak cara penyediaannya.
TELUR PINDANG BUNGA TELANG
Setelah bertahun-tahun simpan hajat nak cuba masak telur Pindang sendiri.. akhirnya hari ni… berjaya memasak buat kali pertama.
Terima kasih encik suami sanggup masuk semak untuk kutip daun jambu. Proses menyediakan sekejap sahaja tetapi proses mereneh telur sehingga 8 jam.
Kalau ikutkan resepi asal harus direbus sehingga 3 Hari 3 malam. Sendiri buat sendiri makan, Kita buat cara cepat dimakan… Tambahan bunga telang didalam ramuan tidak mengubah Rasa hanya memberikan warna berbeza untuk telur-telur yang retak semasa proses merebus
**media[101164]**
Resepi
20 biji telur ayam
5 helai daun pandan
5 helai daun mengkudu
5 helai daun jambu
5 helai daun manggis
5 helai daun kunyit
10 helai daun salam
10 helai daun limau purut
10 helai daun senduduk
5 batang serai bersama daun
2 inci lengkuas
2 inci halia
Segengam kulit bawang merah
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh bunga cengkih
1 sudu besar garam
1 sudu cuka
¼ cawan gula pasir
30 kuntum bunga telang kering
CARA MASAK
1. Lapiskan periuk dengan separuh dari daun yang telah dibersihkan
**media[101156]**
2. Susun telur dan masukkan rempah serta gula garam dan cuka
**media[101162]**
3. Tutup bahagian atas telur dengan daun-daun yang selebihnya.
4. Renih selama 8 jam dengan API perlahan ataupun guna peiuk slow cooker.
sumber : Zle`q Kh`a Na`wi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali kita memasak pasti kita akan terus membersihkan dapur yang berkecah teruk. Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.
Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.