Semuanya boleh berlaku sekelip mata sahaja, hari ini kita sihat mungkin esok lusa boleh diuji dengan masalah kesihatan yang boleh membataskan aktiviti harian.
Ini sebagaimana yang menimpa penyanyi terkenal Justin Bieber, baru-baru ini mendedahkan beliau mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.
Disebabkan itu, penyanyi berusia 28 tahun ini mengumumkan untuk membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya.
Bintang pop berusia 28 tahun itu yang pernah mempopularkan lagu ‘Baby’, berkata demikian melalui akaun Instagramnya pada Jumaat dengan berkongsi video tentang keadaan kesihatannya selama tiga minit.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, menurut Mayo Clinic, kehilangan pendengaran dan kelumpuhan muka yang dikaitkan dengan sindrom Ramsay Hunt berlaku buat sementara namun ia boleh menjadi kekal.
Ads
Mata kanan Bieber tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak semasa dia muncul dalam video tersebut.
“Hai semua Justin (Bieber) di sini, saya ingin memaklumkan anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali seperti yang anda boleh lihat wajah saya.
“Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya menerusi akaun Instagram. – Agensi
Sumber : Sinar Harian & IG @justinbieber
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini tular di media sosial mengenai kisah yang menyentuh hati di mana seorang food rider yang terpaksa mengendong anaknya menaiki motor bersama setiap kali menghantar pesanan makanan.
Melihat kepayahan itu sudah membuatkan kita tersentuh hati dengan pengorbanan yang dilakukan seorang ibu untuk mencari sesuap nasi.
Namun siapa menyangka rupanya ibu ini cukup luar biasa ketabahannya dalam menempuh ujian hidup bila mana anak yang dikendong itu adalah merupakan anak syurga.
Difahamkan anaknya tidak pernah meragam setiap kali dia menghantar makanan, namun sebaliknya dia juga kerap dimarahi oleh pelanggan kerana membawa anak meredah hujan panas untuk menghantar makanan.
Pernah juga ibu ini cuba untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh, namun sayangnya anaknya pula menjadi mangsa dengan kesan bengkak di tubuh. Tidak mahu kejadian sebegitu berulang, ibu ini tidak percaya lagi untuk meninggalkan anak syurganya di rumah pengasuh. Biarlah susah senang dirinya bersama anaknya itu.
Sejak video yang dikongsikan di media sosial tular, ramai yang tersentuh hati dan ingin cuba membantu.
Turut terpanggil adalah Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang tidak bernasib baik.
Melalui pertemuan tersebut Ustaz Ebit Lew berkongsi kisahnya di akaun fbnya. Ini perkongsiannya.
“Katanya dah lama ingin minta jumpa….”-Ebit Lew
Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang oku cacat penglihatan. Pergi kemana-mana ambil order dan hantar dengan anak kecilnya. Katanya dah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan. Kakak ni mohon rumah ppr belum rezeki katanya. Motor pun masih berhutang.
Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan. Belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais mesin basuh dan rice cooker. Begitu juga dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur Allah beri rezeki begini padanya.
Anaknya aktif dan manja dengan maknya. Rapat berdua. Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya. Kena bawa bekerja kesana sini. Semoga Allah bantu kakak ini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menyentuh tentang MC atau surat sakit untuk anak-anak, jangan tidak percaya ada sahaja kisah disebaliknya. Dan hal ini dikongsikan panjang lebar oleh doktor ini.
Ada macam-macam kes dan alasan yang tersendiri. Sama-sama kita ambil pengajarannya agar dalam hal mc ini juga dalam tidak sedar kita sebagai ibu ayah sedang mendidik dan membentuk pemikiran generasi akan datang.
Jom baca perkongsian penuh doktor ini.
Sebelum saya mula, saya nak mohon maaf dahulu kepada pihak yang saya nak tegur, iaitu ibubapa pelajar, dan pihak sekolah. Tiada niat selain mahukan yang terbaik untuk pada pelajar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, saya lihat pihak sekolah semakin tegas dalam memastikan para pelajar hadir ke sekolah. Itu perkara yang saya harus puji. Kita perlukan ketegasan untuk mendidik.
Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar, bahawa pihak sekolah akan pohon penjelasan daripada ibubapa pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kematian, kelahiran, atau keuzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi.
Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit.
Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap.
Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibubapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu.
Lebih sukar bagi saya jika ibubapa itu meminta sijil cuti sakit untuk anaknya, dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik. Kadang-kadang tarikh dua hari awal.
Kenapa saya sibuk nak ketengahkan perkara ini?
Begini. Perilaku ibubapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibubapa dia paksa doktor beri sijil cuti sakit, tawar duit untuk sijil cuti sakit, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit.
Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. Sebahagian besar mereka akan praktikkan juga amalan ni bila mereka dah bekerja kelak.
Andai saya tolak permintaan ibubapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti sakit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul(carry over) pelajar akan di tolak, atau pelajar akan didenda.
Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibubapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibubapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar.
Sungguhpun begitu, jika ia benar, saya rasa ia ketegasan yang agak berlebihan. Jika keuzuran ringan, dan pelajar tidak hadir satu hari, pada pendapat saya, cukuplah surat makluman daripada ibubapa.
Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibubapa dapatkan cuti sakit.
Akhirnya, ponteng kelas membawa kepada, sikap manipulatif, pemalsuan keuzuran dan sijil cuti sakit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi.
Kita(semua pihak, termasuk saya, ibubapa, dan pihak sekolah) perlu sama-sama perlu faham bahawa pelajar tidak ke sekolah bukan hanya atas faktor kesihatan semata-mata.
Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti sakit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah. Kalau cuti yang dirancang, hantar permohonan cuti awal-awal.
Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munasabah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan.
Di alam pekerjaan nanti, ini juga prosedurnya. Pupuklah amalan ini dari bangku persekolahan lagi. Cadangan saya, lagi elok jika surat mohon cuti itu ditulis oleh pelajar, dan disahkan oleh ibubapa.
Jika memang pelajar tak hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh, maka ibubapa tak perlu cuba melindungi kesalahan itu. Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.
Sebelum tamatkan omelan ini, saya mohon maaf sekali lagi daripada pihak-pihak yang terlibat andainya ada hal yang ditulis ini tidak tepat. Saya terbuka untuk diperbetulkan.
Kepetahannya bercakap ditambah gelagatnya yang cheeky membuatkan ramai geram melihatnya. Apatah lagi, dia juga sangat gemar menyakat baik abangnya mahupun ibu bapanya sendiri.
Itulah perangai Alisa Aisyah, buah hati kedua pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Puteri kesayangan pasangan ini yang juga adik kepada Yusuf Iskandar ini baru menyambut ulang tahun yang ke 2 tahun semalam.
Paling mencuri tumpuan wajah comelnya nampak cute apabila si kecil yang cukup dikenali dengan tagline Si Tada Girl ini menarik muncung mulutnya seolah-olah mahu mencium kek hari jadinya.
Memandangkan sekarang dalam fasa PKP, jadi tiada majlis sambutan hari jadi, sebaliknya keluarga bahagia ini hanya menyambut secara kecil-kecilan bersama di rumah.
Tampil manis dalam persalinan gaun ditambah reben rona hitam menyerlahkan kecomelan anak dara Hairul Azreen ini.
Cukup simple kek yang disediakan dengan hiasan belon kecil ditambah nama Alisa di atasnya.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik Hanis, dia bersyukur dengan kurniaan cahaya mata seperti Alisa. Akuinya, Alisa seorang anak yang cheeky, suka mengusik tapi sering menghiburkan hati ramai.
Perkongsian Hanis mendapat perhatian ramai, ramai selebriti dan pengikutnya berkongsi ucapan hari lahir buat Alisa.
Berkongsi perasaan yang sama, Hairul turut memuat naik gambar Alisa serta beberapa keping gambar sambutan hari lahir anak perempaunnya itu di laman instagramnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.