Buat penggemar kacang kuda yang direbus biasanya kalau pergi ke pasar malam, mesti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli sebungkus dua. Rasanya yang empuk membuatkan hingga leka untuk menjamahnya.
Pun begitu, tidak dinafikan jika dibeli jumlahnya tidaklah banyak hingga menyebabkan kita rasa tidak puas menjamahnya. Jadi lebih baik dibuat sendiri. Modal tak sampai beberapa ringgit, bukan sahaja kita sendiri boleh makan malah dapat dinikmati bersama seisi keluarga.
Resipi Kacang Kuda
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan) – BELI DI SINI
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.
Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
P/s: Lebih sedap kalau dah masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.
Oh ye, ada jugak yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Saya buat sesimple mungkin je. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Sumber : Atiqah Zaki
Ads
Manakala meninjau perkongsian daripada Ani Zam rupa-rupanya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan kacang kuda yang direbus cepat empuk.
Bahkan bukan itu sahaja, dikatakan dengan menggunakan teknik yang dikongsikan olehnya hasilnya rebusan kacang kuda lebih empuk dan cantik kejadiannya.
“Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat di masak , empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan ogos haritu 😀😀😀” Tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Caranya:
Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman , kemudian paginya cuci bersih , toskan …lalu masukkan ke dalam rice cooker ..tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
On kan suis…kalau tak on kang tak masak pulk kacang kudanya😅😅😅 masukkan setengah sudu teh serbuk bikarbonat of soda ( untuk mempercepatkan kacang empuk ) …bila telah mendidih masukkan garam gula dan serbuk kunyit ..masak hingga kacang empuk.
Bila kacang telah empuk Offkan suis periuk , angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan… Sedia untuk di nikmati.
Buat keluarga yang jenis sekali sekala teringin menikmati air milo, horlick atau pun kopi mesti memerlukan masa yang lama untuk dihabiskan. Silap haribulan boleh keras pula jadinya walau tersimpan elok di dalam balang. Kejadian seperti itu, mesti ramai antara kita melaluinya.
Jadi untuk tidak mahu membazir disebabkan milo menjadi keras, wanita ini berkongsi cara yang dilakukan olehnya kepada umum dan nyata mendapat respond daripada warganet.
Jadi buat anda yang masih belum mengetahui cara untuk pastikan milo yang disimpan tidak mengeras, ayuh baca perkongsian ini.
Ni cara saya tak nak bagi milo, nescafe, horlick, kopi, susu atau apa-apa serbuk daripada jadi keras. beli kat kedai kuih.
Masukkan silica gel ke dalam bekas milo.
Setakat ni saya guna dari bulan puasa tahun lepas, yang tak habis letak dalam balang kuih, saya refill milo tak buang bende tu guna balik tapi kalau tukar untuk balang lain saya tak pasti, kalau was was tukar je sebab murah je rm7 utk 50pcs ada kedai jual murah lagi.
Sumber : Lola Lolieta
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang kecur liur dibuatnya.
Bahkan bila hidangan ini ada di depan mata, bukan sepinggan nasi dijamah tetapi pasti makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, jantung pisang ini selain enak dibuat ulam enak juga dibuat kerabu sebagaimana yang dikongsikan resipinya oleh Mazliza Ahmad . Menurutnya menu Kerabu Jantung Pantai Timur Style ini cukup enak dan menyelerakan.
Bahan:
1 biji jantung pisang-rebus empuk
1 biji bawang besar-hiris nipis
10 tangkai cili padi-hiris
1 ekor ikan kembung-rebus /bakar dan amil isinya
100 ml santan kotak(1/2 kotak santan kecil)
*1 biji bawang besar
*1 sudu makan lada hitam
Garam dan perasa
1 biji limau nipis
1 sudu makan kerisik
Cara:
1. Hiris jantung yang sudah empuk tadi.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat, masukkan isi ikan dan tumbuk sekali
3. Campurkan bahan tumbuk,bawang hiris dan cili potong, garam dan perasa, kerisik dan juga santan.
4. Akhir sekali perahkan limau nipis
Ekstra tip : Untuk elak dari cepat basi, boleh didihkan sekejap dalam kuali.
Pun begitu, bagi yang lebih gemarkan makan ulam jantung pisang yang direbus begitu sahaja, tidak semua antara kita ‘hebat’ menyediakannya terutama untuk pastikan ulam jantung pisang kekal terlihat putih bersih warnanya.
Memandangkan apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 6 cara mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam
Minyak masakMasukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
2. Jangan dibelah duaPastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
3. Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
4. Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
5. Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
Khasiat Jantung Pisang
Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat?
Rupanya ada bahan rahsia yang boleh buat kita ketagih nak makan . Jom ikut petua dan resipi yang disediakan oleh Puan Afy AL Habibi. Selamat mencuba!
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Inilagh bahan rahsia itu
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Cuba tau kawan-kawan MAHN. Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.