Melepaskan orang yang kita sayang memang perit. Tapi ketahuilah, kita akan dapat bahagia yang tak disangka-sangka. Bukan itu sahaja, hati pun lapang.

Pernah dengar kan ungkapan, ‘A happy wife is a happy family.’ Jadi, jika isteri kita tak gembira macam mana kita nak miliki keluarga yang bahagia. Sayang macam mana sekali pun tetapi hati terseksa, diri tak bahagia tidak bermakna. Akhirnya yang tanggung derita adalah diri sendiri.

Setiap daripada kita ni ada hak buat pilihan yang terbaik untuk hidup sendiri. Kalau rasa orang tu tak sehaluan dengan kita, untuk apa lagi kita menunggu.  Tinggalkan jelah dari melayan emosi dan perasaan yang tak berkesudahan.

Sebab orang ni lah yang akan buat hidup kita tak bahagia. Saudara Afnan Rosli berkongsi pandangan mengenai hal ini. 


Belajar untuk melepaskan. Bila saya dengar Bella nak move on dah dari Toxic relationship beliau, saya rasa lega dan syukur. Tahniah! Kesian tengok Bella being strong for too long.

Kadang-kadang, kita terlalu banyak berkorban, tapi orang tak hargai. Terlalu banyak simpan, akhirnya makan diri.

Sometimes perlu hormat diri kita. Hargai diri kita. Saya selalu ajar orang supaya sayang diri sendiri. Jadi gembira, jadi tenang, jadi bahagia. Then baru kita boleh nak Bahagia kan orang sekeliling.

Hanya orang yang ada sahaja boleh memberi. Mana mungkin kita tidak Bahagia tapi nak memberi Bahagia? Mustahil. Tapi itu lah yang ramai kita buat. Kita sacrifice bahagia kita, dengan harapan orang yang kita sayang akan bahagia.

Tak. Its the other way around. Kita dulu kena bahagia, then automatic orang sekeliling kita jadi bahagia. Bila salah faham macamni yang masyarakat rosak. Sebab kita rasa, aku korban jiwa raga demi anak-anak. Aku seksa, aku sakit takpe, janji anak isteri bahagia. End up, diorang pun jadi tak bahagia. Kenapa? Sebab kita harap kita dapat memberi dari tempat yang kita tak ada.

Jadi, pastikan kita bahagia, then seluruh orang keliling kita automatic akan bahagia tanpa di paksa. Student saya dah ramai gila dah jumpa Magic dalam life bila mereka faham konsep ni.

Antara tanda kita hormat diri kita, dan respect kebahagiaan kita ialah kita cut out toxic people out of our life.

Ini ciri-ciri toxic people :

1. Those yang selalu buat kita rasa down. Tak kira apa pun kita buat, ada saja cara nak bagi kita rasa down. Ni toxic people.

2. Those yang tak reti menghargai value kita. These are energy vampires. Hanya spend energy kita pada orang yang menghargai.

3. Those yang sentiasa buat kita rasa terseksa. Doesn’t matter wather its kawan baik, kekasih or what ever. Whats the point Kalau sepanjang hidup terasa seksa? Let go.

4. Those who don’t support you. Orang-orang yang tak menyokong impian, cita-cita anda, kurangkan bergaul dengan mereka. Banyak bergaul dengan like minded people. Orang yang satu fikiran dengan kita.

5. Negative people. Orang yang sentiasa nampak negative dalam semua perkara. Ini jangan duduk dekat langsung. Lama-lama negative dia jangkit kat kita.

Letting go doesn’t mean that you don’t care about someone anymore. It’s just realising that the only person you have control over, is yourself.

Don’t dwell on what went wrong. Instead focus on what to do next. Spend your energies on moving forward towards finding the answers.

Love yourself first. Then you can give love to others. Hanya orang yang mempunyai, boleh memberi.

Saya doakan yang terbaik buat Bella InsyaAllah.

-Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Tinggalkan Komen