Pernahkah anda lalui situasi tersepit dalam kehidupan kerana kekurangan wang? Kisah kali ini mengenai sebuah keluarga yang dilanda kesusahan yang tidak dapat dielak kecuali dengan bantuan orang ramai. Kisah sebuah keluarga yang mengalami ziro wang.
Keluarga Nurie
Tersebutlah kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Nurie Azzarina Noor Abdullah.
Nurie seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak. Bekalan makanan dan kewangan kini terputus habis.
“Dulu suami memang bekerja dan suami start tidak dapat kerja dari tahun 2020 sebab dia kerap masuk hospital. Dulu dia bekerja sendiri macam ambik order dari bank untuk tarik kereta orang yang tidak bayar. Gaji suami masa tu dalam RM800” kata Nurie
Suami Nurie tidak mampu bekerja sekarang oleh sebab penyakit yang dialaminya dan kekerapan mendapat rawatan di hospital.
Keadaan suaminya tidak bertambah baik malah semakin teruk disebabkan ususnya yang bocor bercampuran dengan najis dan air kencingnya sendiri.
Suaminya hanya bergantung kepada ubat untuk teruskan kehidupan dan adakalanya suami tidak dapat mengambil ubat kerana tiada wang.
Anak-anak Nurie pula yang berumur 13 tahun dan 14 tahun terpaksa ponteng sekolah berulang kali kerana kehabisan wang.
IKLAN
Bukan setakat duit belanja sekolah yang tidak mampu diberi, duit minyak untuk menghantar mereka ke sekolah pun tidak mencukupi.
Dimanakah saudara-mara keluarga Nurie?
Pada asalnya, keluarga Nurie dapat hidup dengan menggunakan pencen bapa mertua tetapi sudah habis sekarang.
Keluarga mertua tinggal di bawah bumbung yang sama bersama keluarga Nurie.
Bil api dan air keluarga Nurie dibayar oleh adik iparnya.
Jika anda tertanya-tanya kenapa saudara-mara keluarga Nurie tidak memberi bantuan yang lebih, bukan kerana sikap kedekut, tetapi saudara-maranya juga merupakan golongan yang susah.
Jadi keluarga Nurie pun tidak boleh meminta lebih kerana saudara-maranya perlu mengutamakan keluarga mereka sendiri.
IKLAN
“Kadang saya terpaksa tebalkan muka untuk berhutang demi membeli beras, makanan basah buat masak” kata Nurie
Bagaimanakah kami boleh bantu keluarga Nurie?
Kita sebagai rakyat boleh membantu keluarga Nurie dengan sumbangan.
Kalau anda tidak mampu beri sumbangan dalam bentuk wang, anda boleh menjalankan tanggungjawab anda sebagai netizen yang prihatin dengan mengongsikan kisah keluarga Nurie di platform media sosial anda.
“Saya mencuba nasib mohon bantuan dekat Marhaen saja dan andai bukan rezeki saya pun saya faham sebab situasi saya masih boleh ditanggung oleh pihak mertua biar pun hanya ala-ala kadar sahaja. Semoga ada Hamba Allah yang sudi merenungkan nasib saya dan keluarga dan saya doakan agar penderma-penderma sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah” kata Nurie
“Kuncinya, kena rajin sebab semuanya kena menggunakan tenaga, kebersihan dan kemasan dalam proses penyimpanan bahan basah dalam peti sejuk beku. tapi apabila ianya siap, kerja memasak anda lebih mudah dan cepat. In sha allah. Yang baik itu datang dari Allah. Yang kurang itu datang dari saya sendirI.
Itu antara tip yang dikongsikan oleh ibu kepada 3 cahaya mata ini. Menurut Siti Khairul Afira Binti Suria, 28 atau mesra dengan panggilan Fieya, dia datang dari keluarga yang susah.
Ibunya berstatus ibu tunggal yang sendirian membesarkan anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Anak-anak menjadi saksi pengorbanan ibu mereka.
Demi menjimatkan duit, setiap minggu ibunya akan membeli ikan, ayam berdekatan pasar jumaat. Menurut Fieya selain murah, ikan yang dijual juga masih elok dan murah.
“Masa tu boleh beli banyak, jimat belanja dan masa. Cuma masa tu mak banyak beli ikan. daging jarang sekali kami dapat makan. apatah lagi udang, sotong atau ketam. Dapat makan setahun sekali pun bersyukur sangat dah masa tu.
“Peti ais pun kecik, mak biasa beli ikan sardin, ikan kembung, ayam dan sayur-sayur yang murah-murah. Selepas beli, mak akan siang ikan tersebut, basuh elok-elok. Kemudian mak akan bunjut dalam plastik sebab nak jimat ruang dan simpan dalam tempat beku peti ais.
“Jadi, sepanjang tempoh saya berkahwin selama 6 tahun ini, itulah kaedah yang saya buat. Cuma rezeki saya, peti ais lebih besar. Jadi saya lebih suka beli untuk tiga minggu hingga sebulan punya barang basah. Kebetulan di tempat saya Butterworth, penang. Untuk mendapatkan ikan segar dan murah ada banyak tempat. Contohnya di pasar tani Kepala Batas. Pasar Malam Sg Dua. Pasar Bisik.
“Tapi sejak 2 3 tahun ni saya lebih suka berbelanja di Pasar Besar Bukit Mertajam setiap bulan. Sebab disana, saya boleh mendapatkan barang basah pada harga yang lebih murah. Setiap bulan saya hanya peruntukkan RM200 sahaja untuk pelbagai jenis ikan, ayam, daging, udang, sotong dan juga sayur,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata Wardah Wardina Haniz, 5 tahun, Aminul Malikullah Haniz 4 Tahun dan Wardhia Safieya Haniz 10 bulan.
Idea sendiri dan tip dari penjual
Idea menyimpan barang basah yang dilakukan anak kelahiran Kuala Kangsar ini pernah tular di media sosial sebelum ini. Fieya mengakui, itu adalah hasil ideanya sendiri.
“Banyak saya cuba dan lihat hasilnya. Dulu ada jenis ikan yang saya tak pandai cara simpan. Contohnya macam isi ikan tenggiri. Isi ikan pari. Isi ikan merah. Ikan tongkol. Isi ikan yu. Semua jenis ikan ni mudah rosak dengan cepat dan mudah hancur dan hilang manis ikannya. Jadi, saya cuba pelbagai cara akhirnya saya dapat cara dengan lapiskan isi ikan dengan lapisan plastik sebelum menindih isi ikan dengan isi ikan yang lain.
“Ada juga tips yang diberi oleh penjual udang untuk mengekalkan rasa manis udang. Pertama, kalau udang Laut yang warna putih, nak simpan lama, perlu buang kepala dan kulitnya. Simpan dalam bekas atau plastik seal kemudian masukkan air tapis ke dalam bekas berisi isi udang. Tutup kemas dan simpan dalam tempat beku.
“Kalau udang hitam/udang ternak. Jangan buang kulit. Buang bahagian tajam di kepala dan ekor. Kemudian cungkil bahagian hujung e8kor udang untuk keluarkan kotoran ditengah belakang udang tanpa perlu membuang kulit udang. Letak air sehingga memenuhi bekas simpanan. Dan simpan dalam bahagian beku.
“Dengan tips ini biasanya saya boleh simpan udang lebih dari sebulan dalam peti sejuk. Dan masih ada rasa manis udang. Teknik nak mencairkan simpanan beku juga perlu ada. Elakkan merendam barang basah yang sudah beku terus ke dalam air. Kalau mahu cairkan ais dengan cepat bolwh rendam dengan bekasnya sekali dalam air atau keluarkan dari bahagian beku lebih awal. Contohnya, nak masak untuk tengah hari esok. Malam sebelum tidur turunkan bekas bahan basah yang mana ingin dimasak keesokan hari terlebih dahulu.
Buat perbandingan harga
Mengakui dirinya sangat mudah berinteraksi dengan orang, itu antara kelebihan yang membuatkan dia tak malu-malu untuk berbual dengan penjual.
“Jenis saya pula, kalau saya dah biasa beli pada seorang penjual biasanya saya setia pada satu penjual sahaja. Jadi setiap bulan memang saya sudah tahu. Daging beli kat penjual mana yang elok. Ayam beli kat penjual mana yang bersih. Itik penjual mana yang Halal. Bukan apa, bila kita setia. Penjual mula ingat muka kita bila kita membeli.
“Macam saya. Kalau beli apa-apa mesti dapat lebih. Dapat kurang harga. Sebab setia dengan satu penjual. Melainkan kalau dia tak meniaga, atau kualiti barang yang dia jual berubah. Baru saya cari penjual lain. Dalam pasar besar banyak peniaga. Jadi kita kena pandai bandingkan harga. Elakkan ditipu dan buat pilihan yang baik. Tu sebab setiap bulan kalau saya ke pasar besar. Lebih kurang 2 jam saya berada dalam pasar untuk memilih barang basah sahaja,”jelasnya.
Bajet ikut kemampuan
Tambah Fieya lagi, waktu mula-mula kahwin gaji suaminya lebih kurang Rm1+++ je sebulan. ditambah pula dia hanya suri rumah sepenuh masa.
“Jadi kami sangat berjimat cermat ketika berbelanja. semuanya mesti digunakan mengikut bajet yang ditetapkan agar kami mampu membuat simpanan kecemasan untuk keluarga kami. Sekarang anak dah tiga. Gaji pun sudah tiga kali ganda dari gaji awal perkahwinan tapi kami dah terbiasa peruntukkan RM200 setiap bulan untuk barang basah.
“Ada lebihan gaji buat beberapa tabungan. Contohnya tabungan persekolahan anak-anak, tabung kecemasan jika sakit, dan simpanan kekal untuk misi membeli sesuatu keperluan secara tunai tanpa perlu berhutang.
“Selain itu, dengan cara menyimpan barang basah begini saya sangat kurang tekanan. Sebelum tidur biasanya sudah ada menu untuk dimasak esok. sama ada dicadangkan oleh suami dan anak-anak atau terlintas sendiri dalam kepala hendak masak apa keesokan harinya selepas meneliti barang basah apa yang tinggal dalam peti sejuk.
“Rutin harian saya lebih teratur, tak perlu nak kepasar setiap hari, berasak dengan ramai orang bersama baby kecil saya yang baru 10 bulan. semunya sudah ada tersedia. siap cuci bersih dah. tinggal nak masak dengan penuh kasih sayang sahaja untuk keluarga tercinta. Tambahan pula sekarang saya makin aktif menjual makanan baby secara online dan offline.
“Jadi jadual saya lebih teratur dan lebh mudah menyempurnakan tugas harian saya. yang lebih saya suka setiap barang basah yang disimpan dalam kuantiti yang cukup untuk sekeluarga makan tanpa ada pembasiran. setiap satu bekas barang basah yang saya simpan cukup untuk makan tengah hari dan makan malam kami lima beranak. mudah. kemas. menjimatkan masa. menjimatkankan tenaga dan lebih teratur,” ujar isteri kesayangan Mohamad Zafril Haniz Bin Mohamad Azlan.
Setiap tempat harga tak sama
Selain itu, dia juga rajin berkongsi resepi gambar makanan yang dimasak dan beberapa tips di laman facebooknya Fieya Badar serta Instagram izliyahkitchen_fieyabadar.
“Saya selalu kongsi macam mana kehidupan seharian saya, menu masakan, tips selaian turut mengambil tempahan memasak sekitar Butterworth dan Sungai Dua. Sebenarnya, ketika ini belanja dapur sebenarnya semakin mahal. Macam saya, RM200 itu hanya peruntukan barang basah sebulan.
“Belum termasuk barang kering, beras dan sebagainya. Semua orang sebenarnya mahu berjimat cermat. Bertuahnya saya sebab tinggal di Penang sangat dekat dengan laut. Dulu waktu saya bujang dan tinggal di Kuala Lumpur, biasanya saya dan rakan serumah akan terjah ke pasar pudu awal pagi untuk dpatkan bahan basah dengan harga berpatutan.
“Setiap tempat harganya tak sama. jadi, jika tak boleh mengikut harga seperti yang saya dapat. Gunakanlah teknik menyimpan barang yang pernah saya kongsikan di facebook sebelum ini. sekurang-kurangnya dapat membantu anda menjimatkan masa dan tenaga. Mana yang tak bersetuju dengan cara saya.
“Saya terima dengan fikiran yang terbuka. Ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Sudah 6 tahun lebih buat perkara yang sama dalam bajet bulanan kami dan rasa dan cara masakan saya masih dipuji anak dan suami tak berubah rasa pun walau disimpan lama.
Indahnya menyambut kelahiran di bulan Ramadan. Nyata pelakon cantik jelita, Tasha Shilla bertuah bersalin di bulan Ramadan ini. Khabar berita gembira ini dikongsinya menerusi posting terbaru di laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anak sulung lelaki. Lebih manis lagi pada hari Ramadan ke-12.
Pelakon ini juga mengucapkan terima kasih yang membantunya dalam proses bersalin. Juga menghargai suaminya, Atiq Idris sentiasa berada disisi memberi semangat.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa.
Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much. ❤️
“Allahumma-la’ quluba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah.”
Arti lafaz di atas:
“Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya serta hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang layak menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan umat ini melalui mereka.”
Setiap kali ada ahli keluarga yang mengalami masalah hidung berdarah, baik suami atau anak-anak, pasti kita rasa cemas. Semakin dikesat, darah semakin mengalir dengan banyaknya.
Panik dan tidak tahu cara terbaik untuk menghentikannya. Ada ibu-ibu yang biasanya mencuci hidung bagi mengurangkan pendarahan. Mungkin anda merasakan hal ini betul tetapi sebenarnya tindakan ini salah.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan kepada anda apa yang perlu dibuat dan sebaiknya dielakkan bila ada ahli keluarga alami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI
1. Jangan dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir masuk ke saluran pernafasan.
2. Jangan masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
3. Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja! Lakukan sesuatu.
Apa yang perlu dilakukan?
CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.
2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.
3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.
4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.
5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.
Jika pendarahan masih lagi berterusan selepas 30 minit, ada baiknya anda segera berjumpa doktor.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ibu-ibu ambillah ilmu ini sebagai tip bila suami, ahli keluarga atau anak-anak mengalami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Ramai yang mengalami masalah masalah kulit badan sepeti kulit kusam, parut gelap, kerak-kerak hitam dan berdaki. Daki adalah apabila kotoran yang sudah bercampur peluh dan sel kulit mati bergabung, melekat pada permukaan kulit.