Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu LGBT. Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim, 28 tahun kini bertugas sebagai pendakwah bebas.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak. Selepas pulang dari bersenam, anak-anak sudah bangun, jadi saya habiskan masa dengan melayan mereka. Saya mengajak mereka bermain. Sama ada melukis, main bola dan sebagainya.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu. Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang. Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Ads
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri. Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak. Sekarang ini dia bakal menyambung pengajian dalam bidang pendidikan untuk mendapat taraf tetap dalam kerajaan.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
Ads
Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju. Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
Ads
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah,. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah terserbut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia,”tegas PU Amin sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melalui perkongsian daripada Putra Bugis Temasik, menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk memasak sambal agar rasanya enak.
Boleh ikut tip mudah ini, memandangkan ia mudah dilakukan. Jom semak.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yang lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
1. Sambal bilis
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
Apabila dah masak baru masuk air asam gula garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit
2. Sambal sotong
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yang perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
4. Sambal telur
Masukkan sikit bilis sebagai perencah.
Sumber : Siti Wan Mahani via Resepi Pilihan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mood open house Raya belum berakhir lagi dan jika ada yang teringin nak menjamu tetamu atau merasa lemang buatan sendiri boleh sahaja menyediakannya. Apatah lagi bila ada cara dan teknik memasak lemang yang cukup ringkas dan rasanya juga sedap berlemak.
Resipi ini dikongsi oleh Puan Zuhida dan semoga bermanfaat untuk anda yang ingin mencuba!
“Disebabkan tak dan nak pi cari lemang utk jamuan raya soo nak mudah dan cepat kita buat lemang + ketupat DIY.1kg beras pulut dapat dalam 20-23 batang. Sedap + lembut + lemak,”-Zuhida Zul
Cara buat :
1. Rendam beras pulut kira-kira 5 jam kerana beras pulut Thai. Kalau guna beras pulut susu, rendam hanya sekejap sahaja. Masukkan bersama garam secubit, asam keping dan daun pandan. (tak letak pun tak pe)
2. Better klu nak ikat atas tu ikat atas sikit ja dari paras beras tu. Sebab nanti kalau ikat atas sangat kejap lagi rebus dia tak betul-betul padat pastu2 kali kerja pulak kita nak ejas kebawah nak bagi padat pulut tu.
3. Cucukan plastic dgn garpu nak bagi air santan serap masuk.
4. Nie sekali rebus letak dalam 8 batang. Kalau ricecooker besar nak letak lebih pun
tak pa.
5. Ni dah siap rebus ,kalau saya biar semalam untuk bagi dia betul2 sejuk baru mudah nak potong.
sumber : Zahida Zul Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun bahannya sedikit dan cukup mudah nak buat, tetapi rasanya cukup sedap. Kerana itu, biskut ini antara yang wajib ada dalam setiap juadah raya di rumah.
Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Mazola terlajak mudah ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Layla Hashim
Selamat mencuba!
Kuih raya lajen mak ajo buat mas kecik2 dulu…dah tua-tua ni baru lah ada keberanian nak buat,tahun ni tahun ke 2 buat sendiri biskut mazola ni…saya sertakan resepi..