“Be Strong Mummy”- Kak Ton Operation. Anak Mohon Doakan Ibu Cepat Sembuh

Share

Anak mana yang tidak risau bila ibu tercinta terpaksa menjalani pembedahan dek kerana masalah kesihatan  yang dialami.

Cemas dan bimbang, itu pasti dan hanya padaNya kita memanjatkan doa dan harapan agar ibu insan yang disayangi kembali sihat dan sembuh sepenuhnya

Begitulah kini yang dilalui oleh Harris, anak kepada usahawan popular Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.

Difahamkan daripada perkongsian di akaun Harris, bahawa ibunya telah dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan.

Lantaran itu, Harris memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan ibunya cepat pulih dan kembali sihat seperti sediakala.

“Doakan kesihatan ibu saya ye!harini mummy terpaksa operate demi kesihatan mummy.

“Sedih sebab aboy tak dapat nak teman mummy hingga ke operation theatre sebab shooting.

“Thank you kakya temankan mummy! @nadiaannuar

!

“Be strong mummy @lagendakakton aboy loves you!! cepat cepat sihat ye mummy,” tulisnya.

Pun begitu, Harris tidak mengulas lanjut mengenai penyakit yang dihidapi oleh ibunya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan dan memberikan kata semangat kepada Harris.

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

 

 

IKLAN