Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Bagi paangan yang sudah mendirikan rumah tangga, takkan dapat lari dari berselisih faham. Ada sahaja benda yang tidak sependapat. Namun kena bijak untuk menanganinya supaya tidak menjejaskan hubungan suami isteri.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau punya cara tersendiri dalam menangani sebarang isu yang melibatkan hubungan bersama isteri. Akuinya, semua masalah diselesaikan sebelum tidur.
Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. “Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam bersama isteri. “Malah tidur dalam keadaan marah akan menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Ads
Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan. “Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan. Bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk sebaliknya kami akan berikan ruang kepada satu sama lain. “Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Ads
Ads
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Orang selalu cakap bila dah dapat anak nanti ibu tak boleh tidur nyenyak lagi terutama waktu malam.
Biasanya sebelum mempunyai anak, ramai yang macam tak percaya kata-kata tersebut. Tetapi bila sudah melalui pengalaman tersebut barulah ramai mengakui tak cukup tidur itu adalah realiti.
Rupa-rupanya selebriti terkenal tanahair, Neelofa juga mempunyai tanggapan yang sama. Ummi Muhammad Bilal ini mengakui hal tersebut semasa temubual dalam program Nona terbitan TV3 baru-baru ini.
Video perkongsian Neelofa tentang pengalaman selepas bergelar ibu dikongsi oleh peminatnya di akaun TikTok @seorangnur
Ya Allah itu sangat betul ye. I ingat dulu I cakap, propa je orang cakap tidur tak cukup. Pandai-pandailah kena train anak tu.Tapi tidak.
Masalahnya anak ni bukan macam robot yang kita boleh set. Sebab dia macam kena go with flow juga pembesaran anak.
Anak ada fasa-fasa berbeza pembesaran. Masa 1st two month memang tidur bertukar. Lepas tu baru boleh tidur malam dan siang kurang tidur.
Neelofa yang dilihat gemar membaca buku perkembangan bayi ini turut berkongsi ilmu tentang perubahan tumbesaran si comel.
Menurutnya, bayi akan mudah meragam apabila mereka melalui perubahan bulan atau hendak tumbuh gigi.
Jadi, sebagai ibu sememangnya semua itu di luar kawalan dan perlu bersedia untuk melaluinya dengan sabar.
Kalau dia nak tumbuh gigi akan cranky at night. Kalau nak bertukar bulan pun cranky. Kita tak boleh nak control benda tu. Kita kena hadap dengan sabar & tabah sebenarnya.
Ramai pengikut Neelofa meninggalkan komen yang mengakui dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Kebanyakannya sudah melalui pengalaman yang sama memberitahu itu antara sebab kenapa orang tua-tua pesan masa mengandung tidurlah sepuas-puasnya kerana bila dah dapat anak, ibu kena ucapkan selamat tinggal pada tidur nyenyak.
Nak dapatkan info & ilmu persediaan bergelar ibu? Jom join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Bukan selalu dapat menikmati Nasi Tomato kan. Kalau dulu pergi rumah kenduri tak sah kalau tak ada menu yang satu ni. jadi, kalau ibu-ibu nak cuba tukar hidangan seisi keluarga yang lebih istimewa, apa kata cuba buat sendiri Nasi Tomato.
Lengkap dengan Ayam Masak Merah dan juga Dalca. Jadi jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali.
Resepi Nasi Tomato Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng
Caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau…masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air…dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye…
## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan… Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan
caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn
api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis. Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur
300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan
sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis
Bukan mudah nak bergelar pendidik, pelbagai kerenah anak murid yang ramai.
Bukan itu sahaja, para guru mengendali anak murid yang berbeza peringkat umur dan berbeza personaliti.
Seorang guru berkongsi tip cara mengendalikan anak murid. Para guru lain boleh cuba tip ini.
DOA DAN TIP MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID DALAM KELAS, CUBALAH.
Kerana permintaan daripada sahabat saya coretkan di sini. Semoga ia bermanfaat.
Rasulullah SAW pernah ditanya,
Apakah sikap orang islam yang paling baik?
Jawab Baginda “Orang yang menjaga lidahnya daripada menyakiti orang lain”
Baginda ditanya lagi,
Apakah amalan hati ( Iman ) yang paling utama?
Jawab Baginda, “Iaitu orang yang sabar dan pemaaf”
Siapakah mukmin yang paling sempurna imannya?
Jawab Baginda: “Mukmin yang paling baik akhlaknya”
Hadamkanlah hadith ini dan praktik di hadapan murid. Sunnah yang di amalkan memiliki keistimewaan yang kita sendiripun tak sangka.
Perkara yang pertama saya beritahu murid apabila memulakan sesi pengajaran ialah hadith di atas. Yakin dan percayalah mereka boleh jadi baik dan boleh mengawal tingkah laku dengan sebab perbuatan itu Allah dan Rasulullah SAW suka.
Langkah seterusnya ialah:
1. Volum Suara
Saya tak nafikan ramai cikgu mempunyai peti suara yang istimewa, kadang-kadang tak perlu pembesar suarapun untuk memberi arahan dalam dewan perhimpunan. Sebab hari-hari diasah menggunakan nada yang tinggi, akhirnya menjadi kebiasaan. Tapi yakinlah suara yang sederhana lebih menyerap dalam hati murid. Cakap dengan suara yang kuat itu memenatkan jadi biasakan diri dengan nada suara yang sederhana kerana itulah sunnah Nabi. Tugas guru ialah menyampaikan ilmu. Menyampaikan adalah sinonim dengan bil hikmah. Didik hati untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal.
1. Jentik hati
Percaya atau tidak, senyuman itu terapi, menyebarkan aura positif kepada orang yang memandangnya, senyuman guru kepada murid mampu mengetuk pintu hati. Rasulullah SAW mengetuk pintu hati para sahabat dengan ucapan-ucapan kasih sayang dan ucapan berbentuk keperihatinan seperti “ Ya Muaz, demi Allah! Sesungguhnya aku mengasihi engkau”
“ Cikgu sayang anak-anak semua”, “ Apa khabar”, “ Hari ini sarapan apa?” cikgu akan dapat perhatian daripada murid dengan ucapan-ucapan ini.
2. Cikgu yang bacakan doa
Biasanya murid akan baca doa bersama-sama dalam kelas setiap kali sesi pengajaran. Murid kurang menghayatinya kerana amalan ini sudah menjadi rutin bagi mereka, jadi saya keluar dari kebiasaan. Saya yang bacakan doa murid aminkan. Kesannya subhanallah…kadang-kadang ada murid yang menangis apabila doa di bacakan, Allah sahajalah yang tahu apa yang mereka rasakan. Mungkin doa seorang guru amat diharapkan oleh anak-anak ini. Jika murid menadah tangan pastikan tangannya separas bahu, itulah adab, lambang kesungguhan dan menghormati guru yang sedang mendoakan mereka.
Doanya ialah:
Mulakan dengan salawat ke atas junjungan Nabi SAW
Baca ayat 40 surah Ibrahim ( saya wajibkan diri saya membacanya)
Kemudian sambung..
Ya Allah…
Ampunilah dosa kami
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
Ampunilah dosa guru-guru kami ( wajibkan juga, latih murid ingat guru setiap kali berdoa)
Ya Allah berkatilah ilmu yang kami dapat,
Kami redha dengan guru-guru kami, jadi redhailah kami sebagaimana kami redha terhadap mereka.
Ya Allah perindahkanlah akhlak kami,
Perindahkanlah tutur bicara kami,
Perindahkanlah hati kami,
Perindahkanlah akal dan pemikiran kami,
Perindahkanlah tindakan kami,
Kurniakanlah akal yang kuat, bijak, pandai dan matang
Jadikanlah kami orang yang Berjaya dalam pelajaran..berjaya di dunia dan akhirat
Jagalah kami sebagaimana Engkau menjaga hambaMu yang Soleh dan Solehah.
Akhiri dengan selawat.
3. Arahan yang jelas
Sebelum cikgu menyampaikan ilmu, sampaikan arahan dengan jelas supaya murid dapat bertindak mengikut kehendak guru. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan susun ayat dengan teratur terutamanya bila berdepan dengan murid tahun 1.
4. Sampaikan objektif
Penting, berkongsi rasa dan cita-cita itu perlu, ia memberi ruang kepada murid untuk menetapkan matlamat dan hala tuju terhadap kemahiran yang diajar oleh guru.
5. Jangan pernah lelah,bisiklah pada Allah SWT
Hati, fikiran dan perasaan anak didik adalah milik Allah SWT, sekalipun murid kita adalah non muslim jangan lupa bergantung harap kepada Allah SWT, Allah pasti menyebarkan rahmat dan kasih sayangNYA kepada guru yang menumpahkan seluruh jiwa dan raganya pada amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Guru adalah adalah idola murid, apa yang guru lakukan semuanya akan ditiru dan disebarkan. Jadi lakukanlah yang baik-baik, sebutlah yang baik-baik, pakailah yang baik-baik in sha Allah jariahnya akan berpanjangan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.