Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menyatakan dirinya sudah bersedia untuk timang cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya, Ana Nayla sekarang sudah berusia dua tahun.
Menurut Ayda, dia tidak mahu anaknya mempunyai jarak usia yang jauh, namun akur dengan keputusan suaminya, Nabil Mahir yang ingin dia sembuh sepenuhnya.
“Kalau boleh kami tak mahu jarak usia Nayla dan anak kedua jauh, lebih lagi, Nayla akan menjengah dua tahun dalam tiga bulan lagi.
Sumber foto: Instagram Ayda Jebat
“Sebenarnya saya sudah lama bersedia, tetapi Nabil takut saya belum cukup sembuh, namun Nayla berusia dua tahun, rasanya sudah sesuai.
“Sekiranya diizinkan, saya ingin sepasang anak, jadi boleh merasa perbezaan menjaga anak lelaki dan anak perempuan,” katanya.
Memetik laporan BH Online, Ayda juga menyatakan kini setiap hasil titik peluh yang mereka perolehi pasti akan diketepikan terlebih dahulu untuk keperluan anaknya, Nayla.
“Sebenarnya, apa yang saya dan suami, Nabil Mahir buat adalah untuk Nayla. Sebab dahulu dapat duit kami belanjakan untuk diri sendiri.
Ads
“Sekarang berbeza, bila dapat duit kami tolak tepi untuk anak. Kami tidak tahu apa akan jadi masa hadapan nanti, jadi perlu membuat simpanan.
“Misalnya, kami menjayakan iklan komersial membabitkan Nayla, kami juga akan mengetepikan duit untuknya.
“Alhamdulillah, semoga apa yang kami lakukan dapat memberi manfaat pada Nayla pada kemudian hari,” jelasnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini juga sempat menasihatkan orang ramai untuk tidak terus mendesak atau menghakimi seseorang artis yang sudah berkahwin tentang zuriat.
Ads
Bagi Ayda, isu tersebut merupakan isu yang sensitf bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin memandangkan mereka tidak tahu situasi yang dialaminya.
“Walaupun tidak melalui situasi itu, tetapi kebanyakkan ahli keluarga dan kawan termasuk adik saya mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk dikurniakan anak, dan sepupu saya juga empat lima tahun.
“Bagi saya, peminat atau netizen tidak patut mempersoalkan zuriat seseorang kerana ia adalah perkara yang sangta sensitif bagi pasangan yang dah berkahwin.
“Kita tidak tahu situasi orang, mungkin ada orang belum bersedia kerana ada perancangan atau ada yang menunggu kestabilan ekonomi.
Ads
“Disebabkan itu, kalau boleh janganlah bertanya sebab bila anda tidak berada dalam situasi ini. Kita tidak Nampak kesedihan yang dilalui terutamanya mereka yang sudah bersedia, tetapi belum dikurniakan anak lagi,” katanya.
Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa melakukan ibadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang berkaitan pembahagian daging korban.
Umumnya pada hari penyembelihan bintang korban, ramai yang ingin membantu. Ada yang memotong dan melapah daging untuk melancarkan urusan pembahagian daging tersebut. Usaha ini sekali gus dapat juga menambah pahala dengan melakukan kebaikan di hari Raya Korban.
Namun jangan terkejut, perkara yang kita nampak baik untuk kita lakukan tapi tanpa sedar boleh juga mengundang dosa andai anda melakukan perkara-perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin di akaun fbnya.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
2. Ambil daging korban atas dasar upah kerja
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Apapun kerja di dunia ini, selagi memberi rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga pun dah mencukupi tanpa perlu memilih.
Baru-baru ini, tular satu video di mana sebuah keluarga sanggup menunggu ketua keluarga mereka yang merupakan pemandu lori treler di atas jejantas untuk berjumpa walaupun hanya seketika.
Paling menyayat hati dalam video tersebut apabila anak-anak berlari ke ayah mereka kemudian memeluknya, diikuti yang paling kecil sehingga si ayah perlu ke arahnya kemudian didukung bayi itu.
“rindu seorang pemandu lori pada anak isteri nya.. maafkan ayah nak, ayah jarang balik.. 🥲” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memetik laporan harian Metro, berkongsi kisah itu, Muhammad Ghaffar Ilham berkata, video berkenaan dibuat untuk mengenang memori mereka ketika tinggal berasingan dua tahun lalu apabila dia hanya pulang ke rumah setiap dua minggu kerana tuntutan kerja.
Menurutnya, ketika itu keluarganya masih tinggal di Batu Pahat, manakala dia di Pasir Gudang dan memenuhi tempahan muatan di sekitar Johor Bahru sebelum membawa keluarga berpindah ke Kota Masai, di sini, sejak dua tahun lalu.
“Sekarang kami tinggal bersama, cuma masa bersama keluarga masih kurang kadang-kadang dua hari sekali baru balik, tetapi saya usaha untuk pulang ke rumah juga biarpun bila sampai anak sudah tidur,” katanya.
Justeru, katanya, video TikTok itu dibuat untuk kenangan dan mengamit memori zaman ‘berpisah’ berminggu-minggu sebelum ini supaya semua anaknya boleh melihat kembali memori itu apabila mereka besar.
“Kebetulan ketika itu isteri dan anak pulang ke kampung jadi kami curi masa berjumpa sekejap sebelum merakam video yang memang kisah sebenar keluarga kami sejak dulu.
“Saya terharu dan gembira baca komen di TikTok yang mendoakan keselamatan saya dan keluarga, malah ramai berkongsi pengalaman sama dalam pelbagai bidang kerja yang menuntut mereka tidak dapat pulang ke rumah selalu,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak melihat video keluarga ini dan mendoakan yang bak-baik buat mereka. Malah, ada juga yang mendakwa disebalik pengorbanan suami mencari rezeki, ada isteri di belakangnya sama-sama berkorban menjaga anak-anak.
Sebut nama Shah Rukh Khan (SRK), segenap lapisan umur mengenali pelakon bollywood pujaan ramai ni! Baru-baru ini, SRK mendedahkan dia pernah berasa ragu dan tidak percayakan isterinya, Gauri Khan.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, tetapi dia kurang yakin, adakah wanita itu mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Menerusi laporan Hindustan Times, SRK mengetahui bahawa Gauri bukanlah seorang wanita yang sukakan kanak-kanak ketika awal perkenalan mereka.
“Gauri tidak sukakan kanak-kanak. Jadi bagaimana dia akan melayan anak-anak kami nanti? Sebab itu saya pernah berasa ragu sama ada dia mampu menjadi seorang ibu yang baik atau tidak.” katanya.
Walau bagaimanapun, sangkaan pelakon itu salah apabila isterinya menunjukkan peranan yang baik sebagai ibu apabila menyayangi dan menjaga kesemua anak-anak mereka dengan baik.
“Saya sangat terkejut apabila Gauri sebenarnya seorang ibu yang luar biasa. Dia adalah contoh ibu yang baik untuk anak-anak saya.” tambahnya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.