Dalam bahagia hidup berpasangan, pasti akan ada satu masa berdepan dengan konflik. Cumanya, kita mampu atau tidak sahaja untuk menghadapi ujian itu. Bagi yang kuat, pasti mampu untuk menangani dan berbaik semula. Namun ada juga disebaliknya.
Tapi… Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah perumpamaan yang sesuai buat pasangan veteren ini yang kembali bersatu setelah berpisah lebih enam dekad!
Pasangan ini disatukan semula 16 Oktober lalu di mana video momen majlis mereka telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Khai_nisa91.
Mengenakan baju songket biru, pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor dikatakan pernah berkahwin pada 1958, namun berpisah setahun kemudiannya.
Ads
Ujar cucu pengantin viral ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah pada tahun 1959 kerana lelaki berusia 84 tahun itu berhijrah ke Pahang manakala isterinya berada di Kelantan.
“Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.
Ads
“Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah malah menyokong keputusan itu.” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin ini. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber : khai_nisa91, Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Innalillahiwainnalillahirajiun.. perginya tatkala dia sedang mencurahkan bakti membantu mereka yang ditimpa bencana.
Demikian perkongsian mengenai Allahyarham Ahmad Zaki bin Mahbar dilaporkan meninggal dunia saat bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang.
Ketua Kor Jabatan Amal Pusat merangkap Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri.
Berita mengejutkan itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Amal Negeri Johor.
“Dukacita dimaklumkan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor kehilangan sebutir permata.
“Salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki bin Mahbar diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.
“Allahyarham dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor merupakan Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.
Perkongsian tersebut mengejutkan ramai pihak, rata-rata melahirkan rasa sebak dan sedih dengan kehilangan insan berhati mulia itu termasuk Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pendakwah PU Ikhsan.
Berita hiba tersebut turut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah menerusi laman Facebooknya petang tadi.
KEMATIAN YG DICEMBURUI 😢
Tuan Zaki Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor meninggal dunia ketika bertugas dalam ‘ops banjir’ di Bukit Changgang Sepang.
Beliau pengean dan terus dibawa ke hospital daerah Banting. Diisytiharkan meninggal di sana.
Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama dengan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia lainnya dari seluruh negara.
Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran disisi Allah SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada.
إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.
Sebanyak mana air yg Allah kirimkan ujian buat kita semua, akan jd “rezeki” penyaksian buat beliau dihadapan Allah. doakan ya semoga kita juga diberikan kematian sebegini ❤️
Perasan tak apa yang berlaku pada diri seorang perempuan ketika dia penat mengurus hal rumah tangga dan mengadu pada suami untuk dapatkan rehat, namun dalam waktu dia sedang berehat itu masih juga dilihat aktif. Memang tidak boleh duduk diam.
Kenapa ini terjadi ya? Sepatutnya bila hendak berehat, perlulah dalam keadaan menenangkan. Tapi tidak, tetap juga ada sahaja yang ingin dibuatnya.
Menjawab tentang itu, Dr Taufik Razif berkongsi fakta berkenaan perbezaan gambar otak lelaki dan otak perempuan semasa kedua-duanya sedang merehat. Terbukti, cukup mengujakan.
Katanya, “Cuba tengok perbezaan gambar otak lelaki dan otak wanita semasa mereka sedang BEREHAT.”
Jelasnya, “Otak laki ni kalau tengah rehat, memang dia rehat habis. Kalau otak perempuan, kalau tengah rehat pun dia akan aktif.”
“Sebab tu wanita ni kalau tengah stress atau tengah penat, mulut akan makin laju bercakap. Kadang makin dia penat makin dia banyak menyembang.”
Laki pulak annoying. “Eh awak bukan kata nak rehat ke? ” terpinga pinga si isteri sebab memang itulah cara KEBANYAKAN WANITA berehat. Kebanyakan tau, bukan semua.
Jadi jangan marah isteri kita kalau lepas dia dah urus anak anak atau baru habis mengemas dapur tu dia duduk sebelah kita, dia bukak handphone sambil scroll Shopee tapi mulutnya terkumat kamit cerita bab zaman silam, zaman lampau, isu semasa, cerita muda mudi, cerita jiran sebelah dan bermacam lagi cerita.
Sebagai lelaki dan suami mithali, buat buatlah dengar sekalipun tak masuk otak pun apa yang dia sembangkan. Bagilah walau anggukan kecil sekalipuan tanda kita menghargai luahan hati si dia.
Sesungguhnya ianya akan sangat membantu si dia untuk berehat dan ‘release tension’ dia kerana mendengarkan perbualan dan luahan hati pasangan adalah sejenis Listening Therapy.
Ibu bapa adalah cerminan kepada anak-anak terutama dalam memberi pengaruh baik kepada keperibadian dan tingkah laku. Positif atau negatif pemikiran si anak juga bergantung kepada intonasi dan ekspresi wajah yang ditonjolkan oleh ibu bapa.
Jika selama ini kita anggap ibu lebih penting dalam sesebuah rumah tangga tetapi sebenarnya peranan si ayah cukup berpengaruh.
Justeru, bapa patut menunjukkan teladan yang baik. Hal ini dikongsikan oleh Taufiq Razif Pendidik Ilmu Parenting menerusi laman facebooknya. Jom baca ni ibu bapa sekalian!
Rupanya ramai yang tak tahu betapa dasyatnya efek seorang ayah kepada anaknya sendiri!
Mengikut kajian, ayah yang supportive, caring dan penyayang ni akan memberikan efek baik pada :
✅ Kognitif anak ✅ Akademik anak ✅ Emosi anak ✅ Rasa yakin diri anak ✅ Dan banyak lagi
Ada 7 cara untuk bagi bonding tu kuat antara anak kita dengan ayahnya :
1. Ajar suami kita tukar lampin bayi
▪ Nampak simple tapi benda ni akan menguatkan ikatan emosi antara si ayah dan baby yang baru lahir
▪ Kesusahan si ayah menukar lampin anaknya la nanti yang membuatkan si ayah lebih menghargai kelahiran anaknya sendiri
2. Sesekali bagi suami kita suap anak
▪ Suap anak sendiri mengajar suami kita erti empati
▪ Setiap anak mempunyai kemahuan yang berbeza. Ada yang nak suka disuap nasi kosong, ada yang suka disuap nasi dengan kicap, ada yang suka disuap nasi dalam kuantiti yang sedikit, ada juga yang suka dalam kuantiti yang banyak
▪ Semua benda ni membuatkan si ayah jadi lebih sensitif dengan kemahuan dan keperluan anak anaknya
3. Sesekali bagi suami kita tidurkan anak
▪ Setiap rengekan anak membawa maksud yang berbeza
▪ Ada rengekan lapar, ada rengekan tak selesa, ada rengekan kembung perut dan ada rengekan mengantuk
▪ Semua rengekan tu melatih si suami mengenal emosi dan komunikasi anaknya sendiri. Ayah yang mengenal baik anaknya sendiri pastilah akan mempunyai ikatan emosi yang lebih kuat nanti
4. Ajar suami berikan minimum 8 pelukan sehari kepada anaknya
▪ Nasihat daripada Family Therapist terkenal Virginia Satir, seorang anak perlukan 8 pelukan sehari untuk survive dan 12 pelukan sehari untuk berkembang dan membesar
5. Jauhkan smartphone bila berhadapan dengan anak
▪ Emosi anak mudah tercedera dan merasa dipinggirkan bila si ayah memilih screen-contact berbanding eye-contact bila berhadapan dengan anaknya
▪ Tabung emosi anak kita sangat mudah berkurang dan bocor bila kita larut dalam kesibukan harian, kurang ciuman dan pelukan, balik kerja dengan membawa stres dan bebanan dan suasana rumahtangga yang kaku dan penuh tekanan
▪ Padahal yang anak perlukan daripada seorang ayah adalah tatapan mata ( eye contact ), pelukan dan pujian daripada sosok seorang ayah untuk memenuhkan tabung emosinya supaya anak kita lebih stabil jiwa dan emosinya
▪ Mak ayah pun lebih kurang tekanan bila anak anak stabil emosi, jiwa dan perasaan
Yang saya perasan, ramai sangat tak tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu pada mak ayah ataupun pasangan yang belum tahu ye.
p/s : Minta tolong sangat join Telegram Channel saya ni kalau memang betul-betul rasa diri masih kurang ilmu mendidik anak-anak. Dalam tu ada lebih daripada 90 Ribu orang yang serius nak belajar cara nak didik anak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.