Innalillahiwainnalillahirajiun.. perginya tatkala dia sedang mencurahkan bakti membantu mereka yang ditimpa bencana.

Demikian perkongsian mengenai Allahyarham Ahmad Zaki bin Mahbar dilaporkan meninggal dunia saat bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang.

“Kematian Yang Dicemburui, Syahid Buatmu Sahabat.” Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Misi BanjirKetua Kor Jabatan Amal Pusat merangkap Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri.

Berita mengejutkan itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Amal Negeri Johor.

“Kematian Yang Dicemburui, Syahid Buatmu Sahabat.” Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Misi Banjir“Dukacita dimaklumkan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor kehilangan sebutir permata.

“Salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki bin Mahbar diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.

“Allahyarham dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor merupakan Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.

“Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Al-Fatihah,” titipnya.

“Kematian Yang Dicemburui, Syahid Buatmu Sahabat.” Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Misi BanjirPerkongsian tersebut mengejutkan ramai pihak, rata-rata  melahirkan rasa sebak dan sedih dengan kehilangan insan berhati mulia itu termasuk Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pendakwah PU Ikhsan.

IKLAN

Berita hiba tersebut turut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah menerusi laman Facebooknya petang tadi.

“Kematian Yang Dicemburui, Syahid Buatmu Sahabat.” Sukarelawan Meninggal Dunia Ketika Bantu Misi Banjir

KEMATIAN YG DICEMBURUI 😢

Tuan Zaki Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor meninggal dunia ketika bertugas dalam ‘ops banjir’ di Bukit Changgang Sepang. 

Beliau pengean dan terus dibawa ke hospital daerah Banting. Diisytiharkan meninggal di sana.

Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama dengan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia lainnya dari seluruh negara.

IKLAN

Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran disisi Allah SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada.

إنا لله وإنا إليه راجعون.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.

Sebanyak mana air yg Allah kirimkan ujian buat kita semua, akan jd “rezeki” penyaksian buat beliau dihadapan Allah. doakan ya semoga kita juga diberikan kematian sebegini ❤️

ALFatihah.

IKLAN