Memandangkan banyak berlaku lambakan durian yang telah dijual pada harga murah, inilah masanya buat tempoyak untuk simpanan.

Biasanya kalau ada durian yang kurang elok ramai yang suka buat tempoyak. Namun berbeza dengan cara wanita ini jika nak buat tempoyak. Beliau menggunakan isi durian yang masih elok untuk memastikan tempoyak tahan lama dan tak masam serta berbuih.

Ikuti perkongsian beliau.

Percaya tak kalau akak cakap ade tempoyak yang dibuat tapi dicampur ngn pisang..masa keje kedai mkn dulu tokey akak memang selalu beli tempoyak pisang tu nk jimat kat nye tapi rasa nye kurang sedap macam tempoyak durian saja tu.

Nak buat tempoyak yang sedap guna la durian yang elok jangan guna yang dah pecah-pecah nanti tempoyak nya mudah berair berbuih masam lain macam dan tak tahan lama…
Alhamdulillah setakat ni duk buat tempoyak memang tahan lama tak berair tak berbuih dan tak  masam sangat masih ade rasa manis-manis  durian tu.

Kalau Nak Buat Tempoyak Supaya Tahan Lama Dan Tak Berbuih Masam, Guna Cara Ini Pilih Durian Baru Rasa Lebih Sedap.

Cara penyediaan buat tempoyak

Isi durian yang dah di buang biji nye. Cili api lagi banyak lagi sedap. Garam scukup nye

1. Tumbuk cili api tak lumat sangat pun pe lepas tu masukkan ke dalam isi durian dan msukkan garam secukup nye gaul rata bagi betul-betul sebati
2. Boleh rasa klau x cukup garam boleh tambah lps tu masukkn dlm tabung, botol atau bekas yg sesuai dn masukkn dlm peti dn peram sehingga nmpk dh naik blh la nk mkn
3 Boleh juga peram kt luar satu hari lps tu baru masuk peti ais
4. Jangan isi penuh sangat dalam tabung @ botol nanti tak ada ruang untuk dia naik itu yang kadang boleh meletup sebab dah penuh sangat.
5. Tempoyak yang guna isi durian yang elok dan cukup garam nye In Shaa ALLAH tahan lama dan tak cepat rosak.

Kalau Nak Buat Tempoyak Supaya Tahan Lama Dan Tak Berbuih Masam, Guna Cara Ini Pilih Durian Baru Rasa Lebih Sedap.

Sumber: Ummi Hana

Kalau Nak Buat Tempoyak Supaya Tahan Lama Dan Tak Berbuih Masam, Guna Cara Ini Pilih Durian Baru Rasa Lebih Sedap.

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kalau Nak Buat Tempoyak Supaya Tahan Lama Dan Tak Berbuih Masam, Guna Cara Ini Pilih Durian Baru Rasa Lebih Sedap.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI