Pelakon, Ozlynn Wati yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan, memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan sebuah bilik yang dipenuhi dengan stok makanan dan pelbagai barangan keperluan.
Dalam perkongsian tersebut, ibu anak enam ini memberitahu, di dalam rumah mereka mempunyai ‘ruang rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.
Jika kenalan mahupun adik-beradik yang bertandang ke rumahnya dan ingin mengambil barangan tersebut, akan meminta mereka untuk doakan keluarganya terlebih dahulu.
“Siapa tahu bilik rahsia aku nih.. Memang dia orang selongkar… Ni baru setempat.. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam… Makanlah jangan hanya di pandang…
“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam-zam pun ada… Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia nih.. Beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada.
“Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi? Ada ruang khas dalam almari… Bagitahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis.. Senang…
“Siapa tersedak atau terdesak kengkawan atau adik-beradik.. Memang dia orang tahu nak selongkar mana.. Ni lah syurga aku…. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku nih… Nak shampoo ke pencuci baju ke… Hahaha memang mudah kena rembat..
“Yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku.. Yang ni memang aku paksa..
“Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni.. Aku doakan semoga kau orang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka… Paling penting bila ada rezeki jangan lupa “orang tepi”…. (emoji hati).”tulis Ozlynn panjang lebar dikapsyennya.
Melihat pelbagai jenis makanan dan barangan pada rak tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan kagum. Malah ada diantara mereka yang berseloroh mengatakan nampak seperti kedai runcit.
Ads
ariff_shahidi stail chinese kak @jozlynnhanania mcm abh saya kak kalau beli minyak 4 botol kicap sos segala mak nenek 5-6 botol gula susu 7-8 pack dia kata senang kalau apa apa jadi darurat ke apa ke tak gaduh berebut beli barang😂
farahelmanThieves cleaner tuuu 😍 Oh myyy. Your sharing is so inspiringggg 😘😘😘 Semoga sy direzekikan ada stor macam ni, pastu siapa datang berkenan nak apa boleh walk in ambil juga. Hehehe. Sekarang ni setakat ada bawang halia kunyit je. Semoga dimurahkan rezeki akak dan saya juga! ❤️ -Iklan. Siapa nak beli Thieves boleh roger sy 😛
misszikransBetul kak saya pun suka tgk stok brg susun bnyk mcm tu. Sy buat tp xada lah satu bilik, satu almari je mampu tu pun rasa seronok dah dpt macam kak ozlyn ni fuhhh betul syurgaaaa
Dalam usianya yang baru memasuki 9 tahun, kanak-kanak lelaki ini sudah diduga ujian berat apabila menghidapi penyakit Pseudocyst pankreas atau komplikasi pankreatitis. Penyakit ini dikatakan sering berlaku pada kanak-kanak berikutan trauma perut.
Kisah adik Muhammad Faris Bin Amir Rastam dimuat naik oleh saudari Nor Aniza baru-baru ini menerusi facebooknya.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua sahabat..
Mohon jasa baik semua membantu keluarga Pn. Mastura Mohamad dan yang mana anak lelakinya, Muhammad Faris bin Amir Rastam berusia 9 tahun mengidap penyakit Pancreatic Pseudocyst (koleksi bendalir yang kaya dengan enzim pankreas, darah, dan tisu nekrotik, biasanya terletak di kantung abdomen yang lebih rendah. Pseudocyst pankreas biasanya komplikasi pankreatitis, sering berlaku pada kanak-kanak berikutan trauma perut).
Sindrom ini menyebabkan pihak hospital terpaksa menghadkan jumlah kemasukan air & makanan dalam badan Muhammad Faris. Hal ini telah berlarutan sejak ogos yang lalu. Perkembangan terkini, adik Muhammad Faris telah mengalami perut buncit serta bengkak di bahagian kaki. Hal ini kerana tiada protein dalam badan serta pankreas telah pecah.
Ibu kepada 4 org anak ini hanya bekerja sebagai operator di kilang DRB Hicom manakala bekas suami hanya bekerja sebagai nelayan. Akan tetapi, Pn. Mastura telah bercuti tanpa gaji sejak Muhammad Faris di masukkan ke hospital semula 1 Oktober 2019. Namun demikian kos kemasukkan ke hospital telah ditanggung menggunakan GL bapa tiri Muhammad Faris.
Tetapi keluarga malang ini turut memerlukan bantuan bagi menampung pembelian ubat, pampers, susu serta peralatan khas untuk Muhammad Faris minum susu melalui leher.
Bagi sesiapa yang ingin dan sudi menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian melalui akaun seperti di bawah:
MAYBANK (IBU)
156235126387
(MASTURA MOHAMAD)
BANK MUAMALAT(IBU)
06030002254720
(MASTURA MOHAMAD)
Sebarang maklumat lanjut/pertanyaan, boleh menghubungi terus dengan Mastura Myra (014-8103027)
Bercuti dan makan bersama keluarga adalah momen yang mengembirakan semua orang.
Namun, situasi dikenakan ‘caj’ terlampau mahal hidangan yang ditempah untuk hidangan keluarga tentu memberikan ‘kejutan’.
Sebagaimana viral baru-baru ini sebuah restoran terapung di Langkawi yang mengenakan bayaran makanan sebuah keluarga pada harga lebih RM1000.00.
Rentetan daripada kisah itu, wanita ini turut berkongsi sebuah restoran terapung di Krabi, Thailand yang menawarkan hidangan makanan laut fresh termasuk ikan siakap. Malah harga juga berbaloi dengan menu yang hidangkan.
Ikuti perkongsian beliau.
Ini restoran kawan kita di Krabi. Restoran terapung juga. Terletak di Koh Klang. Nak ke sana kena naik bot. Ikan, ketam, udang semua segar- segar dan hidup lagi. Boleh pilih sendiri dari sangkar. Harga mampu milik.
Tak ada caj tersembunyi. Masakan sangat sedap dan setaraf hotel. Diorang pernah menang beberapa anugerah. Ramai pelancong asing mari ke sini sebab agen pelancongan suka bawa makan – makan di sini sambil melawat pulau Klang.
“Food presentation” dia pun macam di hotel. Yang sediakan makanan ni semua chef bertauliah, ada sijil kulinari. Tapi harga tetap mampu milik.
Kita suka mari sini setiap kali ke Krabi. Dah berpuluh kali ke sini. Kadang tu makan gratis je sebab kawan kita tak nak kita bayar. Bila lama tak jumpa, gitulah
Berdepan dengan krisis dunia hari ini akibat penularan Covid-19, nyata ia bukan sekadar mencari solusi mengatasi virus semata-mata oleh pihak profesional.
Malah terpikul tanggungjawab untuk setiap antara kita dalam memastikan rantaian covid-19 dapat dihentikan secepat mungkin melalui arahan kerajaan dengan #stayathome seiring Perintah Kawalan Pergerakan.
Pun begitu, melihat kesan yang lebih mendalam melalui perkongsian Dr. Azizul Azli, seorang pakar dalam bidang hartanah, elok juga kita ambil perhatian. Ini perkongsiannya.
WABAK PENYAKIT ATAU WABAK EKONOMI?
Petang tadi (ketika artikel ini ditulis) kelihatan Perdana Menteri buat pengumuman sekali lagi.
Ada keletihan ketara diwajahnya.
Paling penting adalah pengeluaran RM500 sebulan selama 6 bulan.
Apa yang saya perasan kali ini, tak nampak bahawa tempoh perintah berkurung akan berakhir dalam waktu yang singkat.
Ya saya rasa akan dilanjutkan.
Indonesia mula ambil langkah lockdown selama 3 bulan.
Amerika sendiri percaya selepas setahun baru akan pulih.
Lebih penting jika kita rajin baca, kita akan jumpa banyak tulisan akan kejatuhan ekonomi akan jadi paling buruk dalam sejarah ketamadunan manusia.
Saya bukan nak takutkan, saya nak kita semua ada pemikiran ‘bersedia’.
Apa maksudnya?
Kita harus bersedia dibuang kerja, belanja simpanan yang ada dan urus ekonomi secara baik.
Saya perasan orang kita masih berbelanja seperti sedang bercuti selama 2 minggu.
Banyak jenis makanan sedang dicuba, malah sehari dua boleh viral kek dan buat kopi dalgona.
Kita tak risau dan kisah langsung bab makan dan kesihatan selama tempoh ini.
Kawan kawan yang baik,
Saya yakin bahawa kerajaan tak akan mampu menangung hidup kita lagi. Belanjawan kerajaan unjurkan pada harga minyak $60 setong, tapi hari ini dan berada dibawah $30 setong.
Kita sedang tak ada duit.
Kita bukan negara kaya yang boleh subsidikan semua penduduk dalam tempoh yang lama dan panjang.
Saya yakin akan ada pengurangan kepada penjawat awam, sektor utama seperti kesihatan sedang diutamakan sekarang.
Kerajaan perlu utamakan ekonomi negara terlebih dahulu.
Sebelum kerajaan umumkan langkah berkurung, saya sangat hati hati bab belanja.
Saya beli bihun plastik panjang macam orang berniaga, ia paling mudah nak masak dan selesa.
Kicap kami beli botol besar yang boleh isi semula sebagai stok. Kami jarang makan diluar sejak isteri saya jadi suri rumah sepenuh masa 3 tahun lepas.
Saya tingkatkan simpanan lebih hampir tiap bulan.
Apa yang saya nak sampaikan,
1.Didik keluarga kita dari sekarang, makan bukan untuk sedap tapi untuk kenyang.
2.Beli barang keperluan makanan yang asas, perkara ini kita perlu sampaikan buat keluarga kita semua.
3.Mungkin tak perlu ada udang, sotong dan ketam lagi.
Hari ini kita lebih nampak apa yang berlaku sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kita tak bersedia dengan gelombang wabak ekonomi.
Kesannya lebih besar.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 6 bulan kecemasan atau tidak? Jika tiada, saya sarankan mulakan catu atau jaga bahan makanan kita.
Manfaat duit RM500 KWSP untuk belian makanan dan perubatan keluarga kita dulu.
Saya bukan nak takutkan sesiapa, tetapi percayalah kita harus terima hakikat yang pahit ini.
Bersedia juga untuk terima hakikat hilang pekerjaan, memang ada jaminan kerajaan bahawa tiada pekerja akan dibuang. Tetapi kita tak boleh jangkaan apa akan berlaku sebulan kedepan.
Bersedia, kata kuncinya.
Saya agak lega bila masih selesa dengan kereta kecil viva saya kemana mana. Jimat dan mudahkan hidup saya.
Maklumkan kepada anak anak bahawa tahun ini tiada baju raya, tiada kuih raya dan kek raya, apatah lagi duit raya.
Bincang secara keluarga, ceritakan apa yang sedang berlaku didunia luar. Mereka kena sedia bukan hanya seronok bercuti dirumah sahaja.
Kenapa kita semua kena berjimat dan jaga keluarga serta belanja keluarga ini.
Kita bukan saja hadapi wabak, kita sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.
Kawan kawan yang mulia,
Jika kita makan KFC dan McD sebulan dua kali, kurangkan jadi dua bulan sekali.
Jika kita masih sambut harijadi dengan kek secret resipi, cukuplah buat kek sendiri dan raikan dengan kek sendiri.
Jika kita gaji selama ini T20 belajar hidup gaya M40, jika kita M40 belajar gaya hidup B40.
Belajar makan kicap, sos dan beras murah untuk hidup kita kini.
Ushakan ubah gaya hidup keluarga kita dengan belanja paling minimum mulai sekarang.
Hutang mana tak boleh uruskan, serah kembali pada bank. Kereta mahal kita, atau hartanah kita yang salah beli. Serahkan kembali.
Hidup sedehanalah mula sekarang kawan kawan.
Tulisan ini saya tulis lepas panggil dan buat perbincamgan keluarga.
Kami senaraikan apa yang kita tak akan belanja dan potong perbelanjaan kita, alhamdulilah anak anak faham.
Mohon maaf, saya bukan nak takutkan sesiapa. Saya juga bukan pakar.
Saya nak semua lihat, ini bukan wabak penyakit semata mata, ini juga wabak ekonomi terbesar yang kita sedang berjuang.
Moga Allah swt merahmati kita semua. Kekalkan hidup sederhana, berdoa dan sedekah untuk jaga ibadah kita.
Datuk Seri Vida menjadi perhatian selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Maybank Islamic menjual beberapa hartanah milik syarikatnya susulan kegagalan melunaskan pembiayaan Islam berjumlah RM15.5 juta.