Orang kata, apabila sudah duduk serumah tidur sebantal barulah kenal luar dan dalam pasangan kita. Kalau waktu bercinta, belum tentu dia menunjukkan sepenuhnya perangai sebenar. Jadi, jangan terkejut lepas berkahwin lain pula perangainya.
Sebab itu orang kata, hanya isteri yang lebih memahami perangai dan sikap suaminya. Baik buruk dan kelakuan kita, hanya isteri sahaja yang tahu.
Baca perkongsian Saudara Mohd Fhais kenapa suami kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !u Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini confirm!
Ads
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Ads
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Ads
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam,
Saya Mohd Fhais tak malu minta nasihat dari isteri tapi malu bila menyusahkan isteri dengan masalah yang kita cipta sendiri.
#notakekeluargaanfhais
Channel ➡️ t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Secara tiba-tiba, isu perubahan dalam isu moratarium menimbulkan panik dan kurang senang sejak semalam. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati bila mana isu ini ditimbulkan. Dalam satu laporan Berita Harian Online semalam, peminjam pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam kenyataannya berkata, pelanggan terbabit boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.
“Atau mereka boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.
“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan,” katanya.
ABM berkata, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.
“Justeru, pelanggan sewa beli perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal,” katanya.
Bagaimanapun, ABM berkata bank ahli tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih daripada 30 Jun 2020.
“Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru daripada Julai 2020 seterusnya,” katanya.
Justeru, pelbagai pihak tampil memberikan penjelasan ringkas berkenaan hal tersebut. Dalam satu perkongsian, Nor Zabetha yang merupakan seorang peguam turut berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
Dan tiba-tiba isu Moratorium Sewa Beli kenderaan ini timbul, baru ramai-ramai hendak menarik nafas lega sebab gaji kena potong dan tak mampu bayar kereta atau hendak simpan duit sikit kalau ekonomi masih belum pulih, sekurang-kurangnya ada simpanan.
Bila kita mula-mula paham A dan kemudian tiba-tiba jadi B. Itulah masalahnya. Tambah pula kita dah yakin pasti yang pilihan A itu mutlak, legalah sikit hati ni.
Masa pengumuman asal Moratorium ini, seingat saya termasuk pinjaman rumah dan sewa beli kenderaan. Tidak ada caj faedah dikenakan sekiranya kita pilih option Moratorium 6 bulan. Kan? Boleh google dan baca balik mengikut bank.
Sekarang pula, bagi pinjaman sewa beli dikatakan akan dikenakan faedah selepas Moratorium 6 bulan. Bermakna ada faedah lebih sebab tempoh 6 bulan yang terhenti tu. Bukan free ya.
Ini rumusan dalam berita The Star hari ini berkenaan Moratorium bagi pinjaman sewa beli kenderaan:
Ada 2 option bayaran, satu tiada pertambahan faedah dan satu lagi ada :
Option 1- Selepas tamat Moratorium pada Oktober, anda perlu bayar tunggakan yang 6 bulan terhenti secara sekaligus beserta dengan ansuran bulan Oktober. Kira bayar 7 bulanlah. Dengar pun mengigil.
Melainkan duit gaji yang kita patut bayar kereta tu, kita tolak tepi dan tak pakai. Kita jadikan duit ‘back up’, manalah tahu tak cukup hendak beli susu anak atau makan. Alhamdulillah, tak berusik pula sebab strategi kewangan kita bagus.
Memandangkan duit sepatutnya tak berusik itu, bolehlah buat bayar semula ansuran kereta 6 bulan beserta ansuran Oktober nanti. Kalau buat begini tiada faedah tambahan. Lebih untung pilihan ini.
Option 2-ambil Moratorium 6 bulan. Lepas 6 bulan bayar semula seperti biasa. Faedah yang terhenti 6 bulan tu berjalan dan dikira dalam jumlah hutang yang asal. Bermakna ada jumlah tambahan dari kiraan perjanjian asal kita.
Tempoh pinjaman juga, akan dilanjutkan selama 6 bulan kerana Moratorium yang terhenti. Bermakna kalau 5 tahun, akan jadi 5 tahun 6 bulan. Kalau 7 tahun akan jadi 7 tahun 6 bulan. Kalau 9 tahun akan jadi 9 tahun 6 bulan.
Sekarang siapa-siapa yang hendak memilih untuk penangguhan 6 bulan, perlu mengesahkan dengan bank masing-masing sekiranya menerima komunikasi dari pihak bank.
Komunikasi mungkin secara email, surat, maklumat di website atau SMS. Bab yang ini tolong hati-hati, takut ada yang ambil kesempatan menyamar dari bank, minta butiran peribadilah, TAC nomborlah, akaun banklah. Hati-hati. Scammer ramai.
Peminjam yang tidak mengesahkan ingin menggunakan Moratorium dengan bank melalui komunikasi dari bank, dianggap tidak berminat dan harus membayar pinjaman berdasarkan perjanjian asal.
Sekiranya anda tidak mengambil Moratorium dan anda tidak membayar bayaran bulanan bagi bulan April dan May, tiada caj faedah tambahan atau denda lewat bayar SEKIRANYA anda membayar tunggakan April, May dan Jun sebelum 30 Jun.
Denda lewat bayar hanya akan dikenakan pada Julai dan seterusnya.
Demikianlah setakat ini, ikut laporan berita. Berdoa semoga keputusan akhir tidak membebankan. Waktu PKP ini memang banyak keputusan yang berubah-ubah, banyak perlaksanaan yang bertukar-tukar. Kita tunggu dan lihat.
P/s: Yang tidak ambil Moratorium dan bayar seperti biasa. Anda tidak perlu pening-pening tentang pengumuman atau status terkini ini. Bayarlah seperti sediakala dan segala terma dan syarat perjanjian antara anda dan bank terpakai seperti sediakala.
Oleh: Nor Zabetha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam banyak-banyak sambal yang biasa kita sediakan untuk keluarga, mungkin sambal yang dibuat menggunakan buah mangga yang dicampur isi ikan ini tak ramai pernah merasanya.
Melainkan bagi keluarga orang Kelantan, Sambal Putik Pauh ni sudah maklum keenakan rasa dan pakar pula membuatnya.
Untuk itu, jom pelajari cara membuatnya untuk kita satu keluarga mencuba rasa.
CARA-CARA BUAT SAMBAL PUTIK PAUH KELATE
(Sambal Tumbuk Mangga Muda Ikan Bakar)
Orang kelantan memang familiar dengan sambal ni. Makan dengan nasi panas-panas… fuhhh tak pandang kiri kanan dah memang berselera.
Makan dengan bubur nasi pun sedap tak terkata. Sambal ni mesti rasa masam, pedas dan masin serta manis ikan..terangkatlah.
Nak buatnya pun simple je cuma kena tau caranya nak bagi sambal ni sedap. Ada yang nak resepi? Boleh tengok kat bawah ni
Bahan-bahan:
3 ekor ikan sardin fresh (bakar tawar)
2 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
1-2 biji mangga muda (paling sesuai mangga telor yang masam)
garam
Cara-cara
Tumbuk cili dengan garam sampai hancur pastu tumbuk mangga muda yang diracik biar mangga tu pecah-pecah dan sebati dengan garam dan cili.
Pastu masukan ikan dan tumbuk sampai sebati. Part ni jangan tumbuk lumat-lumat. tumbuk asal boleh sebati, kalau lumat nanti tak sedap.
Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu ayah mana tidak gembira apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berjaya dalam hidup. Lantaran itu, ibu ayah akan mendoakan anak tanpa henti demi memastikan anak-anak perjalanan hidup anak dipermudahkan.
Untuk mendoakan anak terdapat pelbagai cara ia termasuk membaca ayat tertentu, tiup di ubun-ubun anak, doa ketika makan dan doa untuk kesejahteraan. Pendek kata, ibu bapa tidak culas untuk berdoa buat anak.
Malah, doa juga menjadi asbab anak mudah mendengar kata dan berjaya dalam hidup. Bak kata orang lama-lama, ‘menjadi’ apabila cemerlang dalam pelajaran.
Tak salah mencuba dengan doa-doa ini, segalanya dengan izi-Nya. Jika sebaliknya ia sudah tertulis dan siapa kita untuk menidakkan takdir. Namun sekurang-kurangnya kita telah ikhtiar.
Moga panduan ini menjadi manfaat untuk ibu bapa dalam tempoh membesarkan anak-anak.
Ikuti perkongsian seorang Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi facebook miliknya.
Selalu baca doa ini dan tiup ubun-ubun anak, moga menjadi anak soleh dan solehah. 1. Almarhum ayah selalu buat pada saya dan adik beradik. Mulanya saya tak tahu kenapa orang tua selalu baca doa dan tiup ubun-ubun. Tapi bila ayah selalu buat macam tu kita rasa sangat disayangi, dilindungi dan erat hubungan. 2. Baca Surah al-Fatihah dan hembus ubun-ubun anak sebelum tidur. Niat sedekahkan kepada ruh, agar jiwa dan emosi anak sentiasa terisi dengan kebaikan, membesar bagai juara. 3. Doa untuk anak-anak sepertimana doa Rasulullah S.A.W. kepada Abdullah Ibnu Abbas: Bacakan doa ini kepada anak-anak di ubun kepala saat mereka sedang tidur atau doakan saat mereka bersama kita. “Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimhuttakweel.” “Ya Allah, berilah kefahaman tentang agama (Islam) kepadanya dan kurniakanlah ilmu tentang takwil (tafsiran dan pemahaman alQuran).” اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama dan ajarkanlah dia Takwil (menafsir Al-Quran).” [Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.] Atau menurut Ustaz Zahazan, boleh juga baca “Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)” 3. Doa ketika anak sedang makan Gosok lembut kepala anak, tekapkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepalanya dan baca doa; ” Ya Allah berkatilah setiap butir nasi yang masuk ke perut anakku ini, jadikanlah dia sebagai rezeki yang diberkati dan diredhai oleh MU. 4. Sejukkan hati dengan melihat mata anak-anak, senyuman mereka dan doakan; ” Ya Allah.. Peliharalah anakku sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang Soleh dan Solehah. Anak kita, akan hidup di dunia yang lagi mencabar. Santuni dan kasihi mereka hari ini agar ia membesar sebagai pemilik jiwa yang tenang.