Sungguh indah sebuah perkahwinan apabila pasangan sentiasa romantis walaupun sudah bergelar nenak atau tok wan. Kasih sayang yang utuh bukan sahaja kala diusia muda, namun masih segar sehingga ke akhir hayat.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Siti Suryani Yaakop dilaman facebooknya mengenai kisah romantis nenek dan arwah Tokwan begitu mendalam maknanya bagi mereka yang bergelar suami isteri. Malah sikap saling tolong menolong pun juga diterapkan dalam bagi menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Lebih menarik, teladan yang dipaparkan ini, diikuti oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Moga perkongsian ini bermanfaat bersama.
Bila ayah jadikan sang ibu seperti permaisuri,anak lelakinya akan jadikan isteri seorang puteri.
Arwah Tokwan saya ada satu sifat istimewa dalam mengistimewakan kedudukan nenek saya.
Arwah dulu kerja nelayan.2-3 hari dekat laut baru balik rumah.Bawa ikan besar-besar dan sedap-sedap.Ada ikan pari,ikan aji-aji,ikan merah.Paling sedap,ikan lumi.Berebut makan.Seronok!
Sebaik saja balik dari laut,Tokwan dan nenek duduk sama-sama selesaikan lauk di sinki.Kadang nenek halau Tokwan suruh mandi.Yelah.Kan baru je sampai.
Itu biasa. Ramai lelaki rajin urus lauk basah.
Yang ini bahagian yang luar biasanya!
Saya selalu perhati yang arwah Tokwan ni suka betul berkepit dengan nenek. Mana nenek duduk situlah Tokwan duduk.
Kalau nenek pergi angkat baju di ampai,Tokwan ikut. Sama-sama angkut baju masuk dalam rumah.
Masa nenek lipat baju,Tokwan akan duduk disebelah. Kadang beliau tolong lipat.Kalau tidak,saja-saja duduk layan nenek berbual.
Ads
Bila nenek nak masak,biasanya nenek bawa barang masak ke ruang tamu.Kat situlah nenek kupas bawang,sayur,cili kering.Kalau Tokwan rajin,dikupasnya bawang seketul dua.
Adakala Tokwan penat.Beliau nak baring-baring.Pun begitu,nanti diangkat bantal dan baringlah Tokwan disebelah nenek.
Ada masa nenek hilang dari pandangan. Kadang sedang mengutip limau dibelakang dapur.Tidak pun sedang sibuk bagi ayam makan di laman.Masa ni Tokwan akan memanggil…’Ah,awak kat mana?’
Ah tu panggilan manja untuk nenek.
Selagi tak jawab,selagi tu Tokwan akan panggil tanpa henti.
‘Saya kat sini.Kenapa?’ Kadang naik angin nenek dibuatnya. Tak boleh hilang kejap.
Ads
Tinggal pun bila nak ke laut,atau ke surau,atau atas urusan jemputan yang Tokwan perlu pergi sendirian.
Manis sekali…..
Begitulah saya tengok pakcik-pakcik saya diperturunkan sifat yang sama.
Dekat mana isteri lepak,situlah suami ada.Walau punya anak ramai pun (family kami memang besar),masih punya ruang dan masa berbaring di riba.
Bagaimana tidak lokeknya Tokwan memberi masa pada nenek,begitu saya lihat pada ayah dan pakcik-pakcik saya.
Balik dari pasar,terus ke dapur.Semua lauk siap dibersihkan,diselawat dan disimpan.
Ads
Setakat masuk dapur masak bila isteri sedang bekerja,out station atau saja kepenatan,tak jadi masalah.Selesai.
Kalau hari raya,ada lauk yang makcik masak,ada lauk yang pakcik masak.Kami anak saudara tukang order,tukang makan.
Apa saja urusan rumahtangga pun begitu.Tiada istilah itu kerja isteri,ini kerja suami.Mana yang tak siap,sama-sama bantu.
Sekarang sikap begitu jatuh pula pada sepupu sepapat lelaki saya.Yang dah kahwin masih macam orang bercinta.Selalu duduk berdua.
Yang kecil-kecil pula dah pandai masuk dapur.Setakat goreng ikan,telur,potong sayur,basuh pinggan…boleh diharap. Sebab dekat rumah,ayah-ayahnya rajin.
Rajin tolong. Rajin pesan juga,tolong mak!
Betul.Ibu boleh mendidik.
Tapi..bila sang ayah turut sama mengangkat darjat si isteri ditempat yang tinggi,impaknya lebih besar dan dalam.
Anak-anak memandang ibu seperti permaisuri.Arahannya perintah.Ia mesti dipatuhi.Tiada basa basi.
Dan akhirnya,selepas berkahwin,mereka melayan isteri dengan cara terhormat yang sama.Isterilah teman,isterilah suri.
Terima kasih Tokwan……. Kasih sayangmu berbekas sampai kini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika hidup suami isteri mahu bahagia, kedua-duanya perlu tahu menghargai dan terima pasangan seadanya. Bahagia itu kita sendiri boleh cari dan tentukan. Begitulah halnya dengan pasangan suami isteri ini, walau kedua-duanya diuji dengan penyakit kronik masing-masing berjuang dengan penyakit yang dialami, namun kekal boleh lalui kehidupan suami isteri dengan sweet dan bahagia.
Kehidupan rumahtangga pasangan ini turut dikongsi di laman Tik Tok yang menggunakan nama @aunimuthalib.
Begitulah kalau sudah jodoh. Bertahun tidak berhubung namun bila dialah yang ditentukan olehNya untuk kita, bertemu jua. Apa yang penting, pasangan ini menerima seadanya dan itulah kunci bahagia.
Banyak posting yang dibuat oleh seorang isteri ini di Tik Tok menceritakan keadaan mereka dan menjelaskan berkenaan penyakit kegagalan buah pinggang yang dihidapi olehnya manakala suaminya pula mengalami Muscular Dystrophy hingga menyebabkan otot menjadi lemah dan tulang belakangnya membengkok.
Pun begitu pasangan ini kekal sweet, bahagia dan sentiasa saling lengkap melengkapi untuk sama-sama merasakan bahagia hidup di alam rumah tangga. Semangat yang mereka miliki ini cukup luar biasa. Hal ini terlihat jelas menerusi perkongsian mereka yang ingin menyambut anneversery yang ke 7 tahun.
Semoga kisah pasangan ini dapat dijadikan inspirasi buat pasangan yang lain dalam membina rumah tangga bahagia. Dan diharapkan juga pasangan ini akan terus direzekikan dengan kesihatan yang baik dan bahagia hingga ke jannah.
Sungguh inspirasi pencapaian yang diperolehi oleh penyanyi, pelakon dan model jelita Dr Soo Wincci dinobatkan sekali lagi dalam Malaysia Book of Record (MBOR) setelah dinobatkan dalam dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.
Lebih mengkagumkan, dalam tempoh 15 tahun, bekas ratu cantik Malatysia telah mempunyai 5 pencapaian tertinggi bidang akademik iaitu memperolehi ijazah Sarjana Muda Undang-undang (2007), Sarjana Pengurusan Perniagaan (2008), Doktor Falsafah (PhD) dalam Perniagaan (2016), Sarjana Muzik (2018) dan terbaru ijazah Pasca Sarjana Fellowship dari Berklee Valencia, Sepanyol hari ini.
Nyata, gelaran sebagai Beauty with brain adalah tepat buat dirinya.
“Ini hanya satu permulaan, saya tidak dilahirkan cerdik atau memiliki nasib baik jadi perlulah sentiasa belajar.”
“Hari ini juga hari bersejarah buat saya, selain graduasi yang kelima di Sepanyol, saya juga berjaya mencipta single terbaru dalam empat bahasa (Melayu, Mandarin, Inggeris dan Sepanyol).
“Single ini akan dilancar serta diterbitkan bersama syarikat rakaman dan penerbit dari Taiwan dan China iaitu Ocean Butterflies, Taihe dan Touch Music.
“Selain itu, untuk projek graduasi, saya berjaya mencipta versi remix dalam 360 Audio dan Visual yang semuanya akan dilancarkan pada bulan ini dan Ogos depan,
Seterusnya ikuti perkongsian gambar muat naik di instagramnya setelah kejayaannya meraih pencapaian MBOR dan graduasinya yang lima di Sepanyol. Sungguh inspirasi!
Umum mengetahui penggunaan kad mesin juruwang automatic (ATM) mempunyai tempoh jangka hayatnya dan apabila tamat tempoh, kad tersebut perlu diperbaharui bagi membolehkan ia berfungsi.
Pun begitu, perkongsian seorang anak yang terpaksa membawa ibu lumpuh dan terlantar bagi melakukan prosedur tersebut menarik perhatian wargamaya.
Pengguna TikTok Nur Hatini Mahamud berkongsi video memaparkan keadaan ibunya yang lumpuh seluruh badan dan difahamkan perlu hadir ke bank demi untuk menukar kad yang akan tamat tempoh.
Menurutnya, sebelum itu dia sudah pun menghubungi bank untuk bertanya mengenai prosedur bagi pesakit lumpuh.
Namun jawapan yang diterimanya amat mengecewakan.
Mak: Dikni kad bank mak dah nak tarikh luput.
Me: Okay sat nak call bank tanya macam mana kalau untuk orang lumpuh seluruh badan nak renew kad bank.
Bank: Cik kena bawak jugak mak mai dengan bank.
Me: Selain pi bank ada kaedah lain untuk mak saya yang lumpuh ni?
Bank: Memang kita tak ada cara lain, cik kena bawak mak mai bank dan tolak makcik masuk ke dalam bank jugak.
Jelas wanita ini lagi, dia terpaksa menggunakan khidmat ambulans St John sebab tak mampu bawa ibu menggunakan kereta disebabkan keadaan ibunya yang tak boleh duduk.
Tambahnya, dia perlu mengeluarkan kos sendiri menyewa khidmat ambulans demi menukar kad di bank. Dia berasa sungguh kecewa dengan tindakan pihak bank yang seolah-olah tidak bertimbang rasa.
Menjelaskan dengan lanjut, ibunya adalah penerima pencen dan duit itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain bagi pesakit bedridden.
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya bersimpati dan berkongsi turut melalui situasi yang sama ketika berurusan dengan institusi kewangan yang lain.
-“Sama seperti arwah Datuk yang mengalami strok, kad bank beliau perlu renew. Pihak bank minta datang juga ke kaunter. Hendak sewa ambulans mahal, minta van jenazah ke sana,” titip pengguna TikTok @mascayah.
Dalam pada itu, ada dalam kalangan warganet yang berkongsi kebanyakan bank bertoleransi dalam mempermudahkan urusan pelanggan terlantar.
-“Dalam kes mak mertua saya, dia terbaring. Kami beritahu bank, mereka datang ke rumah tolong buatkan. Sepatutnya mereka datang ke rumah, bukan pelanggan ke bank.”
-“Saya bekas pekerja bank dan bekerja selama 21 tahun. Saya pernah dapat pelanggan begini tetapi kami sendiri pergi ke rumahnya.”
-“Ada surat doktor, staf kena berurusan dengan pengurus untuk membuat lawatan ke rumah pelanggan.”
-“Saya dahulu pernah kerja bank dan mengikuti rakan sekerja jumpa pelanggan yang terlantar. Pelanggan mahu keluarkan duit. Semua ini atas budi bicara.”
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.