Statistik menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, dan kadar ini telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019.
Sebagaimana menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan, beban masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dari kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding mereka yang berada di luar bandar.
Laporan Institut Kesihatan Umum itu, yang diterbitkan pada 2024, mendedahkan bahawa 46 peratus kanak-kanak mempunyai masalah dengan rakan sebaya, 25 peratus mempunyai masalah tingkah laku, 17 peratus mempunyai masalah emosi dan lapan peratus mempunyai masalah hiperaktif manakala lebih ramai kanak-kanak perempuan mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki.
Kajian itu membabitkan 2,400 kanak-kanak berumur lingkungan lima hingga 15 tahun dan maklumat dikumpul daripada ibu bapa atau penjaga responden.
Memetik laporan Bernama, Pensyarah Kanan merangkap Ahli Psikologi Klinikal Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hilwa Abdullah @ Mohd Nor berkata, impak pandemik Covid-19 yang memaksa masyarakat ‘berkurung’ di rumah memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ketika ini.
Ads
Beliau berkata, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terjejas dari segi emosi terutama apabila berdepan perubahan gaya hidup kerana mereka masih muda dan mempunyai batasan dalam aspek mengawal emosi serta tekanan.
“Imbas kembali ketika pandemik, kita mengalami perubahan gaya hidup yang drastik iaitu batasan pergerakan serta aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian termasuk sesi pembelajaran dan kanak-kanak ini perlu menghadapi cabaran dunia maya.
“Batasan itu menyebabkan mereka tidak boleh meluahkan emosi sehingga menyebabkan kemurungan yang cenderung mencederakan diri sendiri… fitrah kanak-kanak suka bermain dan melakukan aktiviti fizikal di luar tetapi apabila mereka terpaksa duduk di dalam rumah, sebagai contoh, main permainan dalam talian dan media sosial, ini antara faktor golongan ini semakin rapuh dari segi emosi dan mereka juga tidak tahan lasak,” katanya.
Dr Hilwa berkata, pengaruh media sosial juga memberikan impak besar dan tekanan kepada kanak-kanak antaranya mereka akan cenderung membuat perbandingan sosial, fenomena FOMO (perasaan takut apabila ketinggalan daripada perkembangan semasa) serta obsesif atau penatalan kompulsif.
Ads
GAJET BERLEBIHAN
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Intan Farahana Abdul Rani pula berkata, antara punca masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ialah penggunaan gajet secara berlebihan.
Beliau berkata, ini mengakibatkan mereka kurang berinteraksi secara sosial dan fizikal manakala faktor lain termasuk persekitaran pendidikan yang kompetitif dengan jangkaan penjaga terlalu tinggi terutama apabila kanak-kanak tidak diberi ruang bermain atau berehat.
Ads
Dalam pada itu, katanya lagi, persekitaran keluarga yang tidak stabil termasuk konflik antara ibu bapa, perceraian atau pengabaian emosi dan trauma awal kanak-kanak kerana menghadapi kes penderaan atau kemalangan juga antara faktor masalah kesihatan mental.
“Faktor-faktor ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak dalam jangka panjang,” katanya
Dr Intan Farahana berkata, pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani isu kesihatan mental kanak-kanak dan ibu bapa perlu peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku, emosi serta tabiat harian anak-anak.
Sebagai contoh, perubahan corak tidur, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, kerap menangis atau cepat marah boleh menjadi tanda-tanda awal.
Beliau berkata saringan bagi aspek perkembangan emosi itu boleh dilaksanakan melalui Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan dari NCDRC, UPSI yang mengumpulkan data golongan berkenaan serta diisi oleh pendidik membabitkan kanak-kanak di bawah usia empat tahun. – Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu ayah mana yang tidak syahdu dan pilu apabila anak tersayang pergi dijemput Sang Pencipta pada usia yang muda.
Dalam ajaran Islam, apabila seseorang menerima berita kematian kita harus reda dan terus bersabar dengan titipan takdir.
Kejadian nahas yang berdekatan dengan Terowong Menora, Perak semalam sungguhkan apabila lima pelajar yang rentung dalam nahas di Kilometer (KM) 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.
Namun siapa sangka, kematiannya itu dimuliakan dengan amalan mereka semasa hidup.
Memetik laporan Harian Metro, bahawa empat daripada lima mangsa nahas terowong menorah ini dikatakan sering kelihatan mengunjungi masjid termasuk melazimi iktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadan yang lalu.
Perkara itu diakui oleh Muhamad Akmal Norazli, 22, yang sering melihat Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, mengunjungi Masjid Raja Permaisuri Bainun di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.
Muhamad Akmal berkata, Iqbal Hasnun dan Muhammad Nasrun Aidol sememangnya rakan baiknya yang kedua-duanya disifatkan mudah membantu orang dalam kesusahan, manakala Muhammad Nabil Haikal dan Ahmad Akmal adalah jiran bilik di asrama penginapan.
Katanya lagi ketika ditemui selepas menunaikan solat jenazah di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, empat daripada mereka adalah jemaah tetap di masjid ini biarpun seorang daripada lima mangsa itu iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan kurang dikenali. Namun mungkin arwah juga kerap mengunjungi masjid bersama dengan empat kawan itu tanpa disedari.
“Apa saya pasti, empat daripada mereka memang kerap datang ke masjid walaupun sebelum memasuki bulan Ramadan yang lalu dan biarpun mereka tiada sebarang jawatan dalam pengurusan masjid. Apatah lagi, pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sebelum cuti Aidilfitri.
“Ketika itu saya sendiri nampak empat dari mereka turut sama menunaikan ibadat iktikaf dan Qiamullail dengan tidur di masjid ini,”
Solat jenazah Ahmad Naim Najmi dan Ahmad Akmal ditunaikan oleh ratusan jemaah terdiri daripada pelajar serta kakitangan USAS selepas selesai menjalani proses bedah siasat serta identiti dikenal pasti dengan tepat.
Solat selesai disempurnakan jam 9.05 malam tadi sebelum dua jenazah berkenaan dibawa ke kampung halaman masing-masing bermula jam 9.20 malam.
Sumber: Harian Metro dan Foto: Muhammad Hanif Ruslan
Menghuni rumah yang bersih dan kemas tersusun rapi tentunya memberi satu kepuasan untuk seisi keluarga. Tambah lagi tenang, jika setiap kali menghirup udara disapa pula oleh bau-bauan yang menyegarkan seperti daun pandan, limau nipis, kulit kayu manis dan sebagainya.
Aroma semulajadi ini pula akan memberi kesan pada mood dan emosi untuk lebih tenang dan damai. Penyegar udara yang sedia ada dipasaran mungkin ada yang kurang selesa dan tidak sesuai kerana bimbang ada bahan kimia.
Jadi, ada baiknya anda gunakan bahan-bahan semulajadi ini untuk menghasilkan sendiri bahan pewangi udara bagi mencipta mood istimewa di kediaman anda. Jom semak.
DIY 1 : Daun Pandan
Ambil beberapa helai daun pandan kemudian racik atau hiris halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan.Jadikan seperti pot pouri. Kemudian letakkan di dalam bekas dan letakkan di sudut rumah agar wangian daun pandan merebak. Untuk bauan yang lebih kekal lama, titiskan juga minyak aroma terapi di dalam bekas berisi hirisan daun pandan tadi.
DIY 2 : Kulit kayu manis dan bunga cengkih
Ambil 5 batang kulit kayu manis beserta bunga cengkih dan rebus sehingga mendidih.Apabila sejuk,gunakan air rebusan tersebut untuk mengemop lantai dan kabinet. Rempah ratus ini mempunyai haruman dan kesegaran tersendiri.
DIY 3 : Buah Limau purut
Potong beberapa biji buah limau purut dan letak di dalam bekas berisi air. Biarkan begitu sahaja dan akan dapat rasakan haruman limau purut di segenap ruangan rumah.
DIY 4 : Daun pudina
Rendam beberapa helai daun pudina di dalam bekas dan letakkan di atas meja makan. Daun pudina akan menghasilkan bau yang segar.
DIY 5 : Serbuk Kopi
Masukkan beberapa sudu serbuk kopi dalam bekas kemudian tutup mulut bekas tersebut dengan kain net, ikat kemas. Selain mengharumkan udara di dalam rumah, boleh juga dijadikan sebagai hiasan menarik di atas meja jika dihiasi bersama bunga hiasan dan reben.
DIY 6 : Roti
Ambil beberapa keping roti putih dan letakkan di suatu sudut yang mempunyai bau contohnya boleh letakkan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang enak pada peti sejuk atau pun diletakkan bersebelahan dengan bekas kucing peliharaan. Sifat roti menyerap, jadi bau boleh dikurangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Salam Jumaat yang mulia.. Hari ni saya masak awal , sempat jugak buat live ye.. Bila tak sibuk dengan aktiviti nyanyian saya macam ibu rumahtangga yang lain, memasak didapur.. Alhamdullillah masak yang mudah mudah saja , janji masak dengan kasih sayang..”- Datuk Seri Siti Nurhaliza
PERKAKASAN DAPUR MEMASAK PUN RAIH PERHATIAN.
Wow simple je perkakasan memasak Dato Seri Siti Nurhaliza. Ramai ingat kuali dan periuk berjenama mahal.
Muat naik hantaran terbarunya memaparkan satu video live yang dikongsinya ketika memasak sambal petai di dapur kediamannya.
Gaya yang simple tanpa secalit solekan telah meraih perhatian perminatnya. Bukan itu sahaja, perkakasan memasak yang biasa-biasa tanpa jenama yang mahal membuatkan peminat kagum.
PANGGILAN SWEET!
Namun, ada yang lebih menarik perhatian ketika live, adalah ketika Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K memanggil Dato Seri Siti.
Sedang Dato Seri Siti berbual dengan peminat, suaminya memanggilnya dengan panggilan ‘Darling’. Wow sweetnya!
Lantas, Dato Seri Siti terus mengambil keputusan untuk menamatkan siaran ‘live’ . Dengan sopan dia memohon kepada peminatnya untuk mengundur diri.
Nyata, cara Datuk K itu membuatkan peminat kagum walaupun usia perkahwinan mereka telah sekian lama.
Moga pasangan ini terus bahagian till jannah!
NETIZEN KOMEN KAGUM CARA DATUK K
Meninjuan di ruangan komen, perkongsian Datuk Seri Siti telah meraih perhatian peminat yang meluahkan rasa kagum melihat pasangan bahagian ini. Antara komen netizen adalah
“Dato K panggil ‘Darling’ terus end live. Bagus kak iti, suami no 1..”
“Siti Nurhaliza kalau tak make up..MCM pelajar sekolah menengah..awet mudanya.”
“Mak iti pun pakai kuali tercabut pemegang dah..salute..”
“Sesibuk mana pun tetap layan makan minum suami dan Anak2..itu lah ibu dan isteri yang Terhebat.”