Kanak-kanak perempuan hidap Cerebral Palsy ‘idam’ nak berjalan, “Mama, bila Kakak boleh berjalan?.” Tiada yang memilukan hati apabila Nor Nazlia Yusoff ditanya sebegitu oleh anak perempuannya, Puteri Irfa Mikayla Saiful Nizam, 5, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) Diplegic.
Kanak-kanak Perempuan Hidap Cerebral Palsy ‘Idam’ Nak Berjalan
Pertanyaan itu pastinya membuatkan ibu berusia 35 tahun itu tersentak mendengarnya. Namun Nor Nazlia dari Bukit Rangin, Kuantan berkata, dia tidak dapat menunjukkan kesedihan di depan Puteri Irfa Mikayla sebaliknya perlu memberi semangat kepada anak sulungnya itu supaya tidak berasa kekurangan.
“Mama, Bila Kakak Boleh Berjalan?”
“Kalau tak nak dia berasa ‘down’, saya akan beritahu dia kakak (nama panggilan buat anak) insan terpilih dan istimewa, sebab itu tak sama macam orang lain.
Alhamdulillah, anak faham dan bila pergi sekolah (tadika) dan ada kawan tanya, dia akan beritahu kakinya sakit dan dia istimewa cuma sejak akhir-akhir ini kerap juga dia bertanya.
“Sebagai ibu, saya tak boleh ‘down’ depan dia tapi kena pastikan anak kuat semangat dan setakat ini, penerimaan guru dan murid terhadap anak baik malah tiada rakan mengejeknya,” katanya.
Bercerita lanjut, Nor Nazlia berkata, Puteri Irfa Mikayla dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan berusia 28 minggu hingga ditahan selama dua bulan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selepas kelahirannya.
Nor Nazlia bersama suami, Saiful Nizam dan Puteri Irfa Mikayla serta anak bongsu, Putera Irfan Mikhael. Foto: ihsan Nor Nazlia Yusoff.
Menurutnya, pada awalnya, doktor tidak dapat mengesan kelainan pada Puteri Irfa Mikayla namun dia dan suami, Saiful Nizam Zakaria, 38, menyedari ada tidak kena ketika anak mereka berumur enam bulan.
Katanya, ketika itu, dan suami nampak perkembangan Puteri Irfa Mikalya tidak seperti bayi seusianya kerana masih belum dapat merangkak sebaliknya berguling dan sengetkan badan untuk bergerak.
“Tapi ketika kakak berumur setahun, baru kami dapat pengesahan doktor yang dia menghidap CP Diplegic akibat kecederaan pada otak dan kelahiran pramatang.
“Keputusan itu pun diperoleh hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan memang sedih bila dapat tahu kerana lapan tahun saya dengan suami tunggu kehadiran anak pertama.
“Bagaimanapun, kesedihan itu tak lama kerana akhirnya dapat terima dan keluarga banyak beri semangat untuk kuat membesarkan kakak walaupun tiada pengalaman menjaga anak istimewa,” katanya.
Ads
Nor Nazlia berkata, penyakit dihidapi menyebabkan Puteri Irfa Mikayla tidak dapat berjalan seperti biasa dan bergerak menggunakan alat bantu berjalan atau ‘walker’ dan tongkat.
Katanya, Puteri Irfa Mikayla dilatih menggunakan ‘walker’ sejak berumur setahun lagi dan kini membiasakan diri berjalan dengan tongkat.
“Dia memang tak kuat berjalan sendiri jadi kena berpaut pada ‘walker’ dan tongkat atau berlutut.
“Tapi di sekolah, kakak terang hati kerana cikgu beritahu bacaannya dalam Iqra’ lancar berbanding murid lain, dia pun sudah boleh membaca buku murid enam tahun.
“Selain bacaan al-Fatihah, doa makan dan naik kenderaan, kakak juga sudah menghafaz tiga Qul, doa solat Duha, Qunut Nazilah dan surah al-Mulk yang akan dipasang sebelum tidur,” katanya.
Sebagai ibu, Nor Nazlia hanya mengharap yang terbaik buat Puteri Irfa Mikayla malah akan terus berdoa semoga ada keajaiban buat anaknya itu berjalan seperti insan normal satu hari nanti.
Dia juga berharap impian Puteri Irfa Mikayla menjadi doktor tercapai apabila dewasa nanti.
“Penyakitnya tiada penawar namun saya dan suami cuba ikhtiar selagi termampu. Salah satu rutin dilakukan kini adalah berdiri satu jam sehari di atas alat khas (standing frame) untuk membantunya berdiri.
Ads
“Nampak ada perkembangan positif walaupun proses itu mengambil masa namun terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kakak terutama pengikut TikTok kerana ada juga dari Indonesia.
“Bagi saya, kakak anugerah terindah dalam hidup saya dan suami sesuai dengan makna namanya iaitu anugerah Allah SWT yang membahagiakan serta sangat senang dijaga sejak kecil hingga kini,” katanya.
Sejak beberapa hari, warganet sebak melihat perkongsian pasangan pelakon popular, Amyra Rosli dan Amar Bahrin mengenai anak tersayang, Ayra Aryssa,2, yang dalam keadaan baring terlantar di hospital sejak disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki.
Media sosial milik pasangan ini berkongsi gambar mengenai status kesihatan anak keduanya itu.
Terbaru, Amar Bahrin berkongsi beberapa keping gambar anak di Instagram miliknya. Paling meruntun jiwa apabila badan anaknya tersayang dipenuhi wayar.
Dalam pada itu, rakan artis dan peminat tidak henti-henti mendoakan anaknya kembali sembuh.
“Ramai kawan2 Daddy n Mommy doakan adik.
Semoga Allah makbulkan doa2 diorang utk adik cepat sembuh, diberi kasihatan yang baik, sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan. Dengan izin Allah 🤲🏻 Terima Kasih semua🙏🏻 .
Dalam posting yang berbeza, Amar meluahkan rasa rindu kepada anaknya. Rindu saat melakukan aktiviti di rumah. Mohon anaknya diberikan kesembuhan segera.
Thank you Mama @nelly.rosli tolong jaga adik kat hospital. Mama Nell kata adik dah senyum tgk video tadi. Alhamdulillah.
Daddy tau adik kuat!!! Adik fighter!!! Daddy nak adik fight sampai sihat. Daddy sentiasa doa Allah angkat sakit2 yg adik rasa tu.
Allah beri kesembuhan cepat utk adik. Daddy rindu nak tgk adik & abg jumping on a trampoline kat rumah. Daddy rindu adik so much 🤲🏻
.
أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
.
“Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia dan berilah kesembuhan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dengan kesembuhan dari-Mu, (berilah) kesembuhan total yang tidak menyisakan penyakit.”
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang berbeza, Insta story Amira Rosli memaklumkan mendapat panggilan daripada pihak hospitak bahawa ksigen anaknya telah menurun.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aktiviti mencuci rumah bukan hanya sebelum beraya, selepas beraya juga rumah kita haruslah dicuci bersih. Maklum sahaja pasti dapur dan ruang tamu digunakan sepenuhnya sepanjang beraya.
Tetamu yang datang berkunjung tanpa henti juga membuatkan kita tiada masa untuk mengemas rumah.
Selepas selesai beraya dan sebelum semuanya kembali pada rutin harian ada baiknya kita sental rumah kita habis-habisan terlebih dahulu. Barulah hati rasa lega untuk kembali bekerja seperti biasa.
Sebagai panduan, perkongsian oleh rakan fb kita, Nur Hazwanie Ishak ini boleh kita ikuti. Menarik. Jom buat sekarang.
Tip Cuci Rumah
1. Nak kilatkan lantai rumah sekilat-kilatnya!
Pencuci lantai tu campur dengan cuka dan air panas pastu mop lah lantai tu macam biasa. Nak lagi best letak skit Essential Oil Lavender.
2. Nak bagi habuk tak senang lekat dekat perabot?
Lap perabot pakai softener pakaian dgn kadar 1:10.. 1 penutup softener dgn 10 cawan air. Air putih ye, bukan air sirap atau air kopi tau!
3. Nak bagi rumah bau harum kekal lama.
Campurkan softener dengan cuka then sprayy la umah uols macam pewangi jenama-jenama terkenal tu. Spray kat langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabrik. Bau wangi akan tahan lama.
4. Nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, uols boleh guna sarung bantal terpakai.
Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak dan tak berterbangan. Semuamasuk dalam sarung bantal tu. Cuci dan lap bilah seterusnya.
5. Nak bersihkan lantai bilik air supaya berkilat.
Campurkan 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Lepas tu sental dan cuci macam biasa.
6. Bersihkan Oven
Oven yang kotor dengan percikan kotoran boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat dengan air. Campuran tersebut tuang kat tempat yang terkena kotoran. Biarkan sekejap. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal dan lap macambiasa dengan air bersih.
Okay jom buat sekarang!
Kredit: Nur Hazwanie Ishak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan kekreatifan berkenaan dengan makanan. Ada saja idea yang baru untuk menghasilka karya seni melalui makanan seperti menghasilkan pau bertemakan jalur gemilang.
Wanita ini meluahkan rasa terkilan dengan satu kumpulan media yang dipercayai terkenal, pada asalnya media tersebut membuat permintaan untuk hasilkan “Giant Flag Pau” dan membuat penggambaran dan akan memnyiarkan cerita berkenaan pau itu. Dipercayai mereka satu team bertungkus lumus dalam menyiapkan persiapan untuk menghasilkan ‘Giant Flag Pau’ namun beliau merakan seperti ditipu serta orang tidak menghargai usahanya
Setelah selesai photoshoot dan temuramah, didapati media tersebut tidak menayangkan kisah pau mereka.
“Anyway, kitaorang okay cuma time tu kecewa sikit lah dengan media tersebut sebab effort kita tak dipamirkan! And things like this never happened dengan semua media yang kita pernah kerjasama sebelum ni”
Meninjau ke ruangan komen, ada yang memberikan kata-kata semangat dan menjawab persoalan bagi pihak yang bekerja sebagai media. Kejadian ini terjadi pada bulan Kemerdekaan tahun lepas.
Tidak dinafikan, hasil tangan dalam menghasilkan pau yang bertemakan jalur gemilang ini memang mengagumkan. Mungkin dalam media, sesetangah tempat banyak prosedur dalam menghasilkan sesuatu artikel, ianya bergantung pada kehendak editor ataupun penceritaan yang menarik akan dipilih.
Mungkin rezekinya bukan disitu, tapi bila dah viral di laman twitter, Alhamdulillah rezki datang daipada situ. Apapun memang terbaik hasilnya! kreatif sungguh.