Hidap Cerebral Palsy bukan halangan pasangan OKU bina rumah tangga, keluarga beri sokongan. Majlis perkahwinan pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap Cerebral Palsy baru-baru ini menarik perhatian warga maya. Pasangan istimewa itu melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei lalu.
Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Pasangan OKU Bina Rumah Tangga, Keluarga Beri Sokongan
Perkahwinan Muhammad Shahriel Hakimi Hayuddin dan pasangannya, Aireen Natasha Mohd Zahid menjadi tumpuan di TikTok selepas Muhammad Shahriel Hakimi memuat naik video majlis mereka.
Memetik SinarPlus, Shahriel, 25,berkenalan dengan Aireen Natasha, 21, melalui penstriman langsung seorang sahabat di TikTok tiga tahun lalu. Pertemuan di alam maya tersebut menimbulkan perasaan suka terhadap Aireen Natasha.
“Saya kenal isteri melalui live kawan. Ibarat cinta pandang pertama, dari situ saya mula mendekati dirinya. Pada mulanya saya bimbang mendekati kerana takut keluarga belah sana tidak setuju. Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga isteri menerima hubungan kami dengan hati terbuka,” ujar Shah.
Shahriel mengambil keputusan untuk berkahwin, setelah mendapat sokongan dan restu kedua-dua keluarga,
“Sebulan sebelum majlis, kami telah menyediakan segala kelengkapan dengan bantuan kedua belah keluarga. Kami seperti insan lain yang mahu merasai kebahagiaan. (Selepas video perkahwinan mendapat perhatian) ada yang memberi kata semangat dan ada yang negatif, tetapi saya jadikan ia sebagai motivasi untuk melangkah lebih jauh.
“ALHAMDULILAH KALAU DAH JODOH TAK KEMANA.. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN KERANA MERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAMI BERDUA”- TULISNYA DIRUNGAN KAPSYEN.
“Syukur, orang tua kami memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami anak OKU berkerusi roda untuk menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.
Berkongsi mengenai perubahan dirinya selepas berkahwin, Muhammad Shahriel meluahkan rasa syukur dan gembira kerana impiannya untuk hidup bersama insan tersayang tercapai.
“Mestilah gembira… Dahulu buat apa-apa sendirian, sekarang berdua. Selain itu, tanggungjawab juga perlu saya galas dengan baik. Itu yang membantu membuatkan saya lebih matang dan bersemangat untuk berkeluarga walaupun kami banyak kekurangan diri. Yang penting kami syukur selalu,” ujarnya.
Ads
Shah dan isterinya yang kini masih menetap bersama keluarga bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Saya berniaga dalam talian, manakala isteri tidak bekerja. Walaupun saya berstatus OKU dan agak sukar mencari rezeki, tetapi saya berusaha dengan kemampuan diri untuk membahagiakan orang sekeliling.
“Saya juga mahu membuktikan OKU boleh bekerja seperti orang normal. Walaupun pendapatan tidak banyak, saya bersyukur dapat memberi hasil kepada ibu bapa dan kini menanggung isteri.
Saya berharap dapat memberikan keselesaan dalam menyediakan keperluan untuk keluarga kecil kami ini,” katanya sambil mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Setiap kali menjelang bulan ramadan, pasti lauk ini menjadi salah satu ‘wajib’ ada di atas meja bersama hidangan lain. Namun, kini telur masin sudah menjadi menu biasa. Baik dihidangkan bersama Nasi putih ataupun dijadikan bahan tambahan dalam masakan lain
Mungkin cara penyediaannya yang ringkas serta boleh dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan membuatkan telur masin menjadi pilihan ramai. Terasa keenakkannya bila disalut pada Ketam Masak sambal ataupun Nasi Goreng.
Jika anda gemarkannya, apa kata anda buat sendiri telur masin. Jika tiada telur itik, boleh saja kalau menggunakan telur ayam.
BAHAN-BAHAN:
13 biji telur ayam | dibersihkan
1 cawan garam kasar
2 ½ cawan air
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga larut.
Padamkan api dan biar air garam betul-betul sejuk.
Masukkan telur yang telah dibersihkan ke dalam baling dan masukkan air garam yang telah disejukkan tadi.
Tutup baling dan simpan selama 2 minggu sebelum dicuba.
Sumber: Rasa.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bunga kertas yang sarat berbunga memang jika dilihat cukup indah. Apatah lagi warna bunga-bunganya yang terang menjadikan dari kejauhan lagi sudah nampak cantik dan memukau di laman rumah.
Menambah keunikan pokok bunga kertas sebagai penyeri kediaman, ramai juga antara kita melakukan teknik cantuman tunas dengan tujuan untuk ‘memeriah’kan lagi warna-warna bunga yang terhasil daripada satu pokok bunga kertas yang ditanam.
Untuk yang belum pernah mencuba kaedah ini, disini dikongsikan langkah demi langkah untuk membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Hasnah Jaafar. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Ini perkongsiannya.
Bagi sahabat-sahabat yang bertanya macam mana nak buat cantuman tunas bunga kertas… di sini saya kongsi cara saya ..
Alatan yang diperlukan : Permanent marker, cutter, plastik, tali & white tape pipe
step 1 : Cari pokok ada tunas yang sesuai
Step 2 : Potong tunas yang menjadi pilihan
Step 3 : Hiris nipis tunas tersebut sepanjang 1 inci
step 4 : Belah tunas penanti (yang dibahagian batang pokok) dan masukkan tunas pilihan
Step 5 : Balut dengan white tape pipe hingga menutupi seluruh bahagian belahan.
Step 6 : Tutupkan dengan plastik dan ikat kemas. Tulis kan juga tarikh dan id tanaman.
Tips tambahan..
1. Jangan sentuh tempat hirisan tunas…. pic no 4
2. Buka plastik selepas 3 minggu (waktu petang)
3. Letak ditempat teduh
4. Plastik tak perlu lubangkan
5. Siram pangkal pokok sahaja.
6. Gunakan pisau yang tajam dan bersih
sumber : Hasnah Jaafar via Laman Landkap Keliling Rumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Namanya cukup terkenal dalam industri seni tanah air dek kerana kepakarannya menata rias selebriti tanah air terkenal.
Setapak demi setapak dia mendaki, kini dia mampu tersenyum lebar dengan kejayaan yang dikecapinya.
Akui Dato’ Alha Alfa atau nama sebenar, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, beliau pernah melalui perjalanan hidup yang sukar. Namun, kisah hidupnya cukup menarik dan mampu memberikan inspirasi kepada orang lain.
Baru-baru ini, Dato’ Alha memuat naik satu perkongsian jerih perihnya sebelum bergelar jurumekap dan berjaya seperti sekarang.
Perkongsian tersebut dimuat naik sebagai penghargaan sempena hari jadi ibunya .
“Satu masa dulu, saya memang membesar di rumah pangsa~ ayah tukang kebun, ibu mengasuh..saya duduk di bangi, di kelilingi kawan2 yang kaya raya..saya bersekolah di sekolah yang boleh dikatakan ramai anak2 “elite”..
“Saya ingat satu peristiwa ketika berdaftar di sekolah tersebut,,di sebabkan gaji ayah RM500 time tu,takde sekolah pun nak ambik saya..kebetulan satu sekolah ni,guru besar tu berhati mulia..katanya nasib saya baik sebab ada sorang pelajar tukar sekolah dan dia gantikan saya ke tempat budak tu..
“Bayangkan persekitaran saya kebanyakan anak2 orang kaya pergi sekolah naik keta2 mewah,driver hantar..kawan2 karib saya semua cakap mat saleh dengan parents..susahnya nak sesuaikan diri..diorang outing sana sini saya duk rumah..diorg pakai hp..sy public phone(lagi besar kan ??).
Jelas Alha lagi, daripada situlah dia membuka mata dan enggan melalui kehidupan yang susah seperti itu.
“Sangat susah sebenarnya hidup macm tu..kalau ada barang hilang,mesti kita kena tuduh..kalau bergaduh,mesti kita yang jahat..?? tapi takpe ALLAH selalu ada..target saya tak besar,saya target nak bagi ibu ayah happy diorang nak apa boleh beli pun cukup dah..kalau korang tengok gambar atas tu..ada kereta merah kan?
“Punyalah ayah jaga kereta tu..rasanya berapa kali dah kami tolak keta tu stuck tengah jalan..ada 1 kali ..naik bukit melongsor kembali dan ada 1 kali asap ezos masuk berkepuk dalam keta. Macam-macam kenangan..semua ni sangat mengajar saya kena ubah hidup family kita. Kalau orang tanya nape kahwin lambat,saya nak bagi family saya senang dulu,baru saya nak senangkan diri sendiri,sebab dari takde ape diorang ni yang banyak bantu saya.
Dalam perkongsian tersebut juga, Alha turut menceritakan ada pernah mempersoalkan kerjayanya sebagai jurumekap.
“Ibu penah ngadu,ada orang cakap kat dia “tak malu ke anak jadi pak andam?” saya cakap nak malu apa? lagi malu kalau tak kerja susahkan ibu..ape pun “starting” pekerjaan kite,buat sampai dapat hasil,,kalau tak berjaya, try lagi benda lain jangan sampai putus asa.
Malah akui anak jati Kuala Lumpur ini, berkat doa ibu bapanya dia berjaya seperti sekarang.
“Doa ibu ayah tu sebenarnya magic! benda susah jadi senang..benda takde jadi ada..apa pun banyak pengalaman kehidupan dulu2 yang saya rasa saya masih sama..tengok cara posing n “side” bila amik gamba tu ?????????? so good luck adik2..masa abang ambik gamba kat atas tu,abang tingkatan 2 tak silap..cita2 nak jadi landscaper sebab ayah tukang kebun,so nak amik alih jawatan ayah versi versetail skit???? now jadi lain~so tipsnya mudah, tak ada..buat cara tak ada,jangan push mak ayah sebab nak nampak sama macam depa.jadi diri sendri ❤️happy bday ibu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.