Sebelum ini beliau lahir sempurna seperti orang lain. Sehinggalah usianya 14 tahun, beliau disahkan menghidap penyakit Kanser Tulang. Penyakit tersebut menyebabkan Dr Aizan Sofia Amin 35, berstatus OKU apabila sebelah kaki kanannya terpaksa dipotong.
Selama dua tahun melalui rawatan demi rawatan akibat kanser tersebut, akhirnya anak keempat dari lima beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ini akur apabila sebelah kaki terpaksa dikorbankan demi meneruskan kehidupan.
Bermulalah fasa baru dalam dirinya meneruskan harapan dan cita-citanya sebagai insan berstatus OKU. Kekurangan tersebut bagaimana pun tidak mematahkan semangat Pensyarah Kanan, Pusat Kesejahteraan Manusia dan Masyarakat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk terus berjaya.
“Alhamdulillah, keluarga saya sangat menyokong terutama ibu dan ayah yang sentiasa ada waktu saya sakit sehinggalah sekarang. Malah, semua family saya tak pernah pandang rendah bahkan mereka yang menjadi kekuatan saya sejak dulu sehingga sekarang,” akui anak kelahiran Puchong, Selangor ini.
Jujur mengakui dulu sering menangis akibat pandangan serong masyarakat terhadap fizikalnya, namun semangatnya cukup kental untuk melalui semua itu.
“Saya menangis bukan sebab saya OKU, tetapi disebabkan persepsi negatif masyarakat menyebabkan saya berasa rendah diri. Akibat kata-kata negatif yang sering dilemparkan kepada saya, membuatkan saya tertekan dan terpaksa bekerja keras untuk membuktikan bahawa saya juga berupaya seperti orang lain”.
Ads
“Ketika belajar di United Kingdom dalam Ijazah kedoktoran dalam Disability Studies dari Universiti of Glasgow, Scotland, saya seronok dan dapat melupakan kekurangan diri walaupun bertongkat kerana orang sekeliling masa itu tidak melihat saya sebagai OKU tetapi melihat bakat dan potensi saya melebihi kelainan saya miliki,” katanya menceritakan ketabahannya berdepan dengan masyarakat.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) lantikan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Sesi 2017 – 2018 menyifatkan suka duka diharungi untuk melawan penyakit kansernya, sekali gus kini menjadi titik tolak kepada perjuangannya terhadap OKU.
Ini kerana, beliau tidak mahu generasi berkenaan berdepan dengan pengalaman yang pernah ditempuhi suatu masa lalu.
Ads
“Sebab itu saya menasihatkan ibu bapa dan keluarga supaya terus memberi tumpuan terhadap anak OKU.
“Insan-insan ini sebenarnya boleh menjadi insan cemerlang dan membanggakan ibu bapa sekiranya penjaga memfokuskan pendidikan dari awal. Masyarakat juga mesti menerima dan memberi sokongan kepada OKU untuk menjalani hidup sama seperti orang lain ” katanya yang turut mengakui apabila sudah bergelar OKU akan tertekan sekiranya tidak diberi peluang untuk membangunkan potensi diri terutamanya dalam pekerjaan dan pendidikan.
Ads
Penerima Anugerah Belia Harapan Majlis Kanser Nasional (Makna) berkata, sejak itu dia tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk mencapai impian hidup.
Menurutnya, walau sesukar mana sekali pun dugaan mendatang, penghidap kanser atau mereka yang sudah bebas dari kanser perlu menghadapinya dengan hati terbuka.
“Apa yang penting, tidak sesekali berasa rendah diri kerana di sebalik kekurangan diri, mungkin ada kelebihan tersendiri yang hanya diketahui ALLAH SWT.
“Paling penting, kanser bukan penamat riwayat hidup tetapi ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih bermakna,” jelas Dr Aizan lagi.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah lama kita tidak melihat kelibat pelakon putih gebu ini muncul di kaca televisyen. Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini mengakui memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.
Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.
“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar.
Menurut Zizie pengalaman meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya.
Malah hasratnya untuk kembali berlakon seperti perlu dilupakan buat sementara waktu. “Sejak bekerja ni selalu balik lambat. Ingat nak surprise kan anak-anak tapi akhirnya mereka yang surprise kan kita!
“Macam mana ya mommy yang kena bekerja tinggalkan anak-anak di rumah? “Pengalaman baru untuk saya. Susah. Macam saya, kejap-kejap check cctv. Minta nanny hantar video setiap masa.
“Macam mana nak berlakon balik mcmni. Jawabnya, lambat lagi,” katanya.
Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau memuat naik rakaman video yang menunjukkan anaknya setia menunggunya pulang dari kerja.
Rakaman video berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempunyai pengalaman yang sama ketika mula-mula bekerja dan meninggalkan anak. Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lapan bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.
Sejak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah memberi impak kepada ekonomi, sosial dan emosi.
Virus bahaya ini menyebabkan kerajaan mengadakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak kes jangkitan semakin meningkat.
Lantaran itu telah mengubah corak kehidupan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak.
Sudah pastinya kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif tidak dapat lagi bebas bergerak dan ‘terkurung’ di rumah.
Hati ibu ayah mana yang tidak sedih melihat anak selama ini setiap hujung minggu akan dibawa berjalan-jalan santai bersama keluarga.
Patut kepada arahan kerajaan, pastinya setiap keluarga punya kreativiti tersendiri untuk memastikan keluarga kekal ceria walaupun kekal di rumah.
Menarik dengan cara keluarga ini apabila didapati telah membina sebuah mini cafe di dalam rumah buat anak tersayang.
Hanya mengunakan bahan yang murah dengan modal yang rendah, bapa ini dapat menghasilkan ruang permainan baru untuk anak. Seronok anak dapat bermain sambil melakukan aktiviti di dalamnya.
Dalam pada itu, warganet memberi pujian atas usaha ibu bapa ini yang ingin memberikan keceriaan buat anak.
Seterusnya ikuti perkongsian ini menerusi facebook milik Alya Maryam.
First time bertukang. Nak pergi taman tak boleh, pergi indoor playground jauh sekali.
Jadi kita cuba buat cubby playhouse dalam rumah. Bermodalkan rm300++ ; pine wood 1×1(8ft), pine wood 1×2(8ft), plywood 4x 8ft, cat seamaster 5L undercoat 1L dan wood filler.
Biasanya kalau sebut ketupat pasti terfikir makanan sahaja kan? Sedap kalau makan dengan rendang ayam ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain ketupat makanan, ada juga ketupat meja. Pernah dengar tak?
Ketupat meja merupakan kesenian kayu dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya tangan seni dan power seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Airiel Ibnu Sufian. Dari A-Z buat sendiri sahaja tau! Ikuti penerangannya di bawah.
DIY MEJA MAKAN KETUPAT KAYU
Post kalini abang nak share resepi ketupat kayu yang abang cipta sendiri dengan penuh khusyuk dan tawadhuk.
1. Mula mula kau potong lah papan tu sama panjang semua. Macam yang abang buat ni, semua 7″. Lebar papan kena sama. Abang buat 3.5″ lebarnya. Walaupun panjang dan lebar sama, hati lain lain.
2. Then kau buang lah lebihan-lebihan tepi tu semacam mana kau buang semua kenangan. Ya. Termasuk surat yang penuh bedak dalam sampul surat border merah biru tu. Kalau tak faham, maksudnya kau lahir lambat sangat.
3. Mesti ada yang nak tanya, abang buang lebihan kayu tepi tu dengan apa? Dengan penuh kesabaran dik.
4. Kau nampak abang lembutkan bucu bucu kayu tu? Tu baru kayu. Belum cerita macam mana abang lembutkan hati Akak kau lagi.
5. Then kau buatlah kaki yang kukuh bagi menjamin kestabilan jangka masa panjang meja tu. Tak. Tak ada punchline dekat sini. Janganla berharap sangat.
6. Ukuran meja ni adalah 72″x30″x30″. Ukuran kerusi tu pulak 14″x15″x18″ +32″(backrest).