Apabila dimaklumkan penyanyi dan penghibur serba boleh, Kak Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4, sungguh berita ini cukup mengejutkan kita semua.Bersama kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah dari Majalah Keluarga untuk seluruh keluarga.
Menyentuh tentang kanser ovari, mungkin sebelum ini ada antara kita tidak ambil tahu berkenaan penyakit pembunuh senyap ini. Apatah lagi difahamkan pesakit tidak menunjukkan tanda-tanda yang spesifik dan akan hanya nampak dalam tempuh yang agak lama hingga sedar-sedar sudah di tahap serius.
TANDA AWAL KANSER SERVIK
Kanser ovari atau kanser rahim sering dikaitkan sebagai pembunuh senyap. Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.
“Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah,” katanya.
Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.
“Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma,” jelasnya.
Ads
Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.
Bagaimana tanda-tanda seseorang mendapat “KANSER OVARI”??
1) PENDARAHAN SELEPAS MENOPAUS
2) HAID TIDAK TERATUR & BANYAK
3) PERUT TIDAK SELESA
4) MUDAH LETIH
5) KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Ads
6) SAKIT SEAKAN SENGGUGUT
7) PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA DRASTIK
Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat ada yang menghidap kanser ovari.
Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Sumber :
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan. Public health
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Menghasilkan cili kisar untuk nampak lebih menarik teksturnya, bukan boleh dibuat sesuka hati tetapi ada tipnya. Istimewanya bila kita menyediakan menu dengan menggunakan cili yang dikisar sempurna akan menjadikan hidangan nampak lebih menarik dan sempurna penyediaannya. Untuk itu, ini dikongsikan tips untuk mendapatkan cili kisar yang halus yang dikongsikan oleh Ya Norma dan bolehlah dipraktikan.
RAHSIA CILI KISAR TAHAN LAMA
“hi,assalamualaikum..ok hari ni saya nak share rahsia cili kisar tahan lama kalau simpan dalam peti ais..tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan. Tips ni saya dapat dari MIL saya..bila saya praktikkan sendiri,memang betul tahan lama..yang penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangat..dan paling best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu jerr..”–Ya Norma
Nampak tak hasilnya? Cili tu macam agar-agar kan bentuk dia? Ok, yang ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam, memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut macam agar-agar..
Folow setiap gambar di bawah step by step:
1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan biji..saya gunting nipis dan serong.
2. Letakkan cili yang digunting tadi ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni. Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.
3. Kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip. Kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.
4. Rebus sehingga mendidih ya, api dapur sedehana sahaja..sebab nanti kalau api kuat, air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.
5. Biarkan mendidih seketika. Tips saya,saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.
6. Ok dah selesai tutup api dapur,tapis balik cili tadi tu ke dalam penapis ni balik.
7. Ini penting..kemudian korang basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampaii HILANG warna air basuhan cili tu..ala kalau korang tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah laa..jangan pula korang tunggu sampai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang korang basuh tu cili berwarna merah..dah settle basuh, korang letak dalam belender yer.
p/s : tips basuhan ini penting taw,ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak..tips dari MIL saya juga.
8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR..dengan kuasa bawang aku menghukum mu..hihihihi masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender,potong-pootng besar dulu yaa..jangan lerr p masukkan seketul besor tu pulak..rosak blender hang sat g.
Ikut suka korang la nak letak bawang holland ke bawang besar biasa,kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis..Kali ni cili kisar saya buat tak banyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar.
9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu..agak-agak paras cili tu sudah la air..nanti bila dah blend sekali bawang, memang jadi likat elok.
10. Taraaaa ini lah hasil blender nya,tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah kat rumah sebab itu lah sikit sahaja..ehehhee..
sumber : Ya Norma via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita dan shopping memang tidak boleh dipisahkan disebabkan mata wanita pantang bila ternampak benda yang cantik. Namun tabiat ini tidak digalakkan dalam Islam.
Sebagaimana pesanan oleh pendakwah bebas terkenal tanah air Ustazah Asma Harun menitipkan pesan untuk orang ramai agar menjalani kehiduapan sederhana. Beliau juga berkongsi doa yang harus dijadikan amalan seharian untuk mengawal nafsu membeli belah.
Selanjutnya ikuti pesanan Ustazah Asma Harun.
Tolong wanita sekelian jangan jadi hamba emosi. Jangan jadi hamba shopping. Apa yang kita beli, apa yang kita miliki sama ada peralatan dapur, peralatan rumah, deko dan sebagainya..
Dan saya pernah baca dalam satu kitab yang menyebutkan antara yang banyak memusnahkan manusia hari ini adalah terlalu berlebihan dalam berhiasakan rumah.
Terlalu berlebihan dalam menghiaskan sekeliling rumah. Terlalu berlebihan dalam memperhiaskan pakaian. Terlalu berlebihan dalam memiliki peralatan canggih.
Saya masa baca kitab itu adalah sebuah kitab yang ditulis oleh ulama kontemporari.
Dia sebutkan fitnah akhir zaman, masyaAllah. Dia datang dalam bentuk tipu daya apa? “Ala, rumah ky syurgaku kan. Taklah berhabis untuk rumah. Ala tak pa lah bukan untuk orang lain. Untuk mata sendiri bukan untuk apa.”
Akhirnya puan-puan sekalian tak habis-habis.. kita banyak masuk group, saya pun masuk banyak group. Group deco, group lama rumah, group dapur dan group-group ni tak habis-habis keluar macam-macam iklan. Betul kan?
Amalkan doa ini
Jadi bagaimana kita puan-puan sekalian nak mengawal diri kita. Setiap kali nak membeli atau kita terpesona dengan iklan-iklan ini, puan-puan sekalian Baca lah doa. Doa apa? Doa Hasbullah khafi, surah al khafi ayat yang ke 10.
Bila perasaan rindu pada seseorang yang disayangi kian terasa, hati bagai meronta-ronta untuk segera bertemu bagi merawat rasa rindu yang semakin menebal di hati. Hal ini bukan hanya orang dewasa sahaja tahu merasainya, namun anak kecil juga mengalaminya.
Inilah yang dirasai oleh seorang kanak-kanak ini bila mana setelah sekian lama tidak dapat bertemu datok dan nenek dek kerana larangan rentas negeri.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Puteri Nur Farahanum, ada berkongsi video anak lelakinya dengan berani bercakap dan bersemuka dengan polis, dengan harapan dia dibenarkan untuk pulang ke kampung bertemu datok dan neneknya.
Namun, pihak polis itu cuba menerangkan dengan baik tentang pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan sesiapa pun merentas negeri. Pada mulanya anak ini terlihat cuba memahami dan reda dengan penjelasan tersebut.
Namun setelah masuk ke dalam kereta, anak ini terus menangis kerana sedih tidak dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya. Hal ini telah mengundang rasa sebak dan pilu wargamaya. Selain itu, ramai juga yang bekongsi rasa rindu untuk pulang ke kampung berjumpa insan tersayang.
Semoga tidak lama lagi akan tiba masa dan ketikanya untuk kita semua dapat bertemu insan tersayang untuk melepaskan rasa rindu yang kian menyeksa hati dan perasaan. Sama-samalah kita bersabar dan semoga wabak covid-19 segera berlalu.