Jika ditanya dimana letakkan rasa sedap kuih karipap, selain rasa intinya yang lembut berasa, kurangupan kulitnya juga sangat mempengaruhi rasa. Jadi sebab ini juga, tidak hairanlah anak-anak kita kalau makan karipap akan dimakan bahagian sekeliling klim terlebih dahulu dek kerana kerangupannya.
Pun begitu, menyentuh tentang memastikan kerangupan kulit karipap ini ada orang memang boleh buat. Kalau biasanya hanya sedap ketika panas, namun petua yang dikongsikan oleh Sofea Hariss Firdaus karipap yang dimasak boleh kekal rangup hingga seharian.
Nak tahu apa tip dan petuanya, jom semak.
Rahsia Karipap Rangup Hingga Ke Petang
Sukatan marjerin
Untuk 1 kilo tepung guna 1 cawan minyak dan juga 2 sudu majerin. Gambar kat atas tu cik kelly bancuh untuk 2 kilo ok. Bila minyak dan majerin kita tadi dah panas. Curah kan kat atas tepung tu. Awas yer panas yang amat ni. Gaul pakai sudu dulu.
2. Jenis Tepung
Ads
Pakai tepung yang ini sahaja
3. Sukatan air
Air 350ml untuk setiap 1 kilo tepung
4. Guna air kapur
Ads
Ni la rahsia che kelly buat karipap rangup sampai petang. Air rendaman kapur makan yang jernih macam ni. Setiap 1 kilo tepung masukkan 2 sudu makan air kapur
5. Cara buat mesti betul
Tepung tadi kita gaulkan . Lepas tu letak air dan air kapur tadi. Uli sampai jadi macam ni. Jangan risau kalau tak licin. Janji dah sebati.
Ads
Dah siap uli tu masuk kan dalam plastik macam ni. Tak nak bagi kena angin. 4 jam kemudian boleh la digunakan untuk buat karipap. Tujuan kita buat macam ni nak suruh doh kita tu jadi lembut dan macam berminyak sikit. Ini cara che kelly buat kulit karipap. Lain orang lain caranya
Goreng panas-panas Kalau nak buat frozen cukup goreng separuh masak.
Tauhu yang digoreng kemudian disumbat dengan sayur dan dimakan bersama kuah kacang nyata dapat memberi rasa yang cukup menyelerakan. Sesuai sangat kalau dijadikan menu untuk minum petang bersama keluarga tercinta.
Selain menjadi menu yang enak, nyata tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan, malah ia turut dianggap memberikan perlindungan yang sama terhadap imun tubuh.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan menu berkhasiat dan enak ini untuk keluarga. Resipinya boleh follow resipi yang dikongsikan oleh Shah Shatry di mana difahamkan menu ini disediakan khusus untuk isteri tercinta.
Bahan-bahan tauhu sumbat :
Tauhu basah
Timun
Sengkuang
Lobak merah
Taugeh
Langkah 1 : Tauhu di goreng sehingga masak kemudian di potong segitiga…
Langkah 2 : Tengah-tengah tauhu tu di kelar untuk sumbat sayur-sayur nanti
Timun, sengkuang, lobak merah disagat atau di potong memanjang
Langkah 3 : Taugeh di buang ekornya kemudian celur sekejap dengan air panas… Jangan celur terlalu lama, takut nanti lembik pula.
Langkah 4 : Bahan-bahan sayur ni boleh la di sumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan di kelarkan kat tengah-tengah tu
Bahan-bahan kuah kacang :
Kacang tanah di sangai tanpa minyak kemudian di blend kasar
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
3 btg serai
15 biji cili kering ( nak pedas, lebihkan )
Air asam jawa
Gula merah, gula nisan atau gula kabung
Garam, gula
Air
Minyak untuk menumis
Langkah 1 : Bawang besar, bawang putih, halia, serai & cili kering di potong kasar-kasar kemudian goreng sekejap di dalam minyak.. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan
Langkah 2 : Masukkan bahan-bahan tadi dalam blender, kisar sehingga halus
Langkah 3 : Gunakan minyak lebihan goreng bahan² tadi kemudian tumis bahan² yg di blend tadi sehingga masak & pecah minyak
Langkah 4 : Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah atau nisan beserta air asam jawa
Langkah 5 : Kemudian masukkan kacang tanah yang di blend kasar tadi… Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air… Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana… Pekat atau agak-agak cair sikit
Langkah 6 : Kemudian perasakan dengan garam dan gula… Agak dah ok rasanya, boleh tutup api
Langkah 7 : Siap kuah kacang. Boleh la di makan dengan tauhu yang dah di sumbat tadi
Pasca banjir, di sebalik orang ramai memberi tumpuan untuk sama-sama menghulurkan bantuan dan pertolongan membersihkan rumah buat keluarga yang dilanda banjir, pakar kesihatan turut memberikan amaran tentang bahaya pendedahan dan penularan penyakit bawaan air seperti leptospirosis (kencing tikus), taun dan demam kepialu.
Lantaran itu, sebagai langkah berjaga-jaga Dr Erna Nadia memberi pesanannya di media sosial untuk dijadikan peringatan bersama.
Ujarnya sama ada banjir biasa atau banjir lumpur, kedua duanya boleh menyebabkan sistem kebersihan menjadi lemah dan sukar dikawal.
Gambar: Sumber NST
Dapatkan Single Dose of Doxycycline
Bagi mereka yang mahu menolong sebagai sukarelawan/sukarelawati, dapatkan single dose of doxycycline di klinik berhampiran anda. Ini adalah antibiotik dan ianya adalah ubat terkawal. Tak boleh main beli sahaja ya.
Single dose antibiotik ini adalah salah satu cara untuk prevent penyakit bawaan air seperti kencing tikus atau leptospirosis.
Ya anda mahu membantu namun kesihatan tetap perlu dijaga juga.
Tak Sihat Segera Maklumkan
Bagi mangsa banjir, jika tidak sihat, maklumkan pada sukarelawan/wati yang datang membantu. Jangan diam atau takut. Kita semua mahu membantu anda inshaAllah.
Semoga segalanya dipermudahkan untuk kita dan semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik, amin.
Peminat sawi jeruk masin kini anda boleh sediakannya sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini. Rupanya tidak susah dan apa yang penting bila kita buat sendiri lebih terjamin kebersihannya. Malah kemasinan jeruk sawi juga dapat kita tentukan mengikut kesesuain citarasa seisi keluarga.
Jadi untuk yang ingin mencuba membuatnya, jom ketahui langkah-langkah penyediaan jeruk sawi ini.
Saya kongsi cara-cara saya membuat jeruk sawi pahit. Buat sendiri lebih bersih dan tak terlalu masin.
Cara membuatnya :
1. Sawi pahit dicuci dan dikeringkan.
2. Setelah kering jemur hingga layu. Sawi yang besar dibelah dua supaya cepat layu.
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya.
4. Dah layu.
5. Blend sedikit nasi sejuk bersama garam dengan air secukup. Seeloknya guna garam kasar. Kalau tak ada garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang telah diblend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.
7. Selepas seminggu sayur dah jadi sayur sawi masin