Kasih ibu membawa ke syurga. Pertalian di antara ibu bapa dan anak ialah salah satu hubungan yang paling kuat di alam ini. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. Perhatian dan kasih sayang anak lebih penting kepada ibu bapa berbanding wang ringgit.

Coretan yang dipaparkan PELAKON Lufya Omar ini adalah sempena meraikan hari jadi buat bonda tersayang.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar melahirkan rasa bersyukur dibesarkan dalam sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Beliau menyatakan, biarpun ibunya menghadapi rintangan semasa membesarkan anak-anak, ia adalah pengorbanan yang luarbiasa.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga! Lufya Hargai Jasa Ibu Tersayang

“Kasih sayang dan kudrat ibu membesarkan anak sejak dari sekecil tapak tangan sehingga dewasa dihargai setiap detik kerana ia bukan perkara mudah. MAMA membesarkan kami dengan penuh dugaan dan cabaran yang besar yang memerlukan pengorbanan yang luarbiasa. Tak mungkin kami lupakan detik pahit dan manis dari sejak kami kecil hingga kini MAMA sentiasa melimpahkan kami dengan kasih-sayangnya. .

“Semoga Allah memberikan Mama kebahagiaan di dunia & akhirat, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan yang paling penting menantu-menantu lelaki yang soleh, kacak, bertanggungjawab, homat dan sayang pada MAMA seperti ibu kandungnya sendiri (mama sangat teringinkan anak lelaki sejak kami kecil) Tak lupa juga menantu yang Gagah so boleh pikul mama macam pikul guni beras (Haura) 
.
Kakak gurau je..kakak gurau je.
I ❤ u Mama!!!!

IKLAN

Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita.

Selain meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ibu bapa, nak tahu cara lain bagaimana nak hargai ibu bapa kita.

Jom lihat tips ni.

1. Lemah-Lembut Semasa Berbicara

IKLAN

Pastikan setiap bicara kita lemah-lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia.

2. Gembirakan Hati Mereka

Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan mereka. Gembira di sini terlalu banyak konteks yang boleh dibincangkan. Secara mudahnya, usah sesekali mengguris hati mereka.

IKLAN

3. Doakan Ibu Bapa

Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.

4. Hubungi Mereka Walau Di mana Kita Berada

Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI