Susulan tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tempoh hari telah membolehkan aktiviti rentas negeri berlangsung. Ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung ataupun merentas negeri bagi bertemu insan tersayang dan menyambut hari raya yang tertunda.
Turut berpeluang bertemu dengan insan tersayang adalah pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew. Dalam satu perkongsian, beliau gembira apabila dapat bertemu dengan bapanya selepas sekian lama tidak bertemu disebabkan PKP.
Dalam perkongsian yang dibuat menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, bapanya yang berusia 80 tahun turut membawa nanas dan pisang sebagai buah tangan sekali gus membuatkan pendakwah tersebut berasa begitu terharu.
“Kasihnya Ayah, Bawak Buah Tangan Lagi.” Lama Tak Bertemu, Ebit Lew Terharu Bapa Datang Melawat Bawa Pisang & Nanas!Hari paling indah setelah sekian lama dapat bertemu ayah tercinta. Ayah bawa nenas dan pisang dari kebunnya. Umur dah lebih 80 tahun tapi masih sibuk berkebun. Rajin memang tak ingat. Suka berniaga dari muda. Saya minta doa beliau untuk elewsmart yang akan dibuka nanti.
.
“Kasihnya Ayah, Bawak Buah Tangan Lagi.” Lama Tak Bertemu, Ebit Lew Terharu Bapa Datang Melawat Bawa Pisang & Nanas!Ya Allah inilah nikmat paling indah dapat jumpa ayah. Rajin dan jaga masa. Dua itulah saya belajar betul-betul darinya. Tak boleh duduk diam.
Dari kecil teringat ayah bila balik kerja atau dari mana-mana mesti ada buah tangan. Sampai sekarang pun macam tu. Dapat peluk dan cium ayah tadi rasa bahagia sangat. Rindu nak bawa ayah berjalan-jalan.

“Kasihnya Ayah, Bawak Buah Tangan Lagi.” Lama Tak Bertemu, Ebit Lew Terharu Bapa Datang Melawat Bawa Pisang & Nanas!
Mak kalau ada mesti best. Mereka sentiasa bercinta jer. Ayah dengan mak sentiasa berjalan berdua. Makan mesti berdua. Mak tiada,ayah saya tak makan. Berbual 24 jam non stop agaknya. Tak pernah gaduh. Rasa 24 jam berdua. Kasih sayang mereka berdua menjadi contoh untuk kami adik beradik supaya sayang pasangan.
“Kasihnya Ayah, Bawak Buah Tangan Lagi.” Lama Tak Bertemu, Ebit Lew Terharu Bapa Datang Melawat Bawa Pisang & Nanas!
Dulu mak banyak cakap. Ayah diam sangat dengan anak-anak. Selepas mak pergi ayah kuat bercakap macam mak. Dan selalu bagi semangat dalam dakwah dan berniaga. Saya tanya kenapa ayah kuat semangat sampai sekarang. Katanya hidup ini amanah sehingga kita berjumpa Allah nanti. Tugas saya sebagai ayah terus beri semangat pada anak-anak selagi hidup. Itulah seorang ayah. Rindu mak. Syukur sangat dapat semangat dan doa dari ayah.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI