Kisah ini agak mencuit hati bila mana sang suami dikatakan ‘kantoi’ dengan isterinya yang terjumpa kasut wanita lain di dalam kereta.
Insiden yang berlaku pada Fairuz Fawzi ini membuatkan dia ‘kecut perut kerana dia tidak tahu milik siapa kasut berkenaan yang tertinggal di dalam keretanya.
Ini mencetuskan situasi kelam kabut tapi kelakar bila mana ahli keluarga lain termasuk ibu dan bapanya turut memberi respond.
Ads
Awalnya tiada yang mengakui sehinggalah akhirnya adik perempuan Fairuz yang baru terbaca perbualan di dalam grup keluarga mengaku kasut itu miliknya.
Ads
Kasut ni punca aku tak cukup nafas pagi tadi. Bini tanya kasut siapa aku pun ingat kasut dia. Menggelabah tanya mak tanya semua orang siapa punya kasut. Tenang tenang je adik pompuan aku sorang lagi baru bangun cakap ini kasut dia. Bini gua muka dah tak macam orang dah.
Ads
Ingat adik adik perempuan jangan buat abang korang macamni. Silap silap abang korang ke mahkamah pakai songkok dgn spek mata hitam karang.
Sangka anak Demam, selesema biasa, ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.
Bukan hanya sedih, suri rumah, Aimie Nadia Zahruddin sangat terkejut dan sedih apabila mendapati anaknya menghidapi penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik hingga membahayakan nyawa.
Aimie Nadia, 33, berkata, anaknya, Nur Faziqqyah Alina Mohd Faizul, 8, sering mengalami demam, selesema dan kegatalan pada bahagian hidung sebelum disahkan doktor menghidap penyakit kronik Sinusitis.
“Sebelum ini memang ada perasan dia selalu garu hidung, kalau demam dan selesema sampai sebulan dua kali. Sampailah 28 Januari baru-baru ini, anak mengadu demam, sakit kepala dan sakit di bahagian kening.
“Saya dan suami mula bawa ke klinik berdekatan, kemudian doktor nak rujuk kepada hospital. Ketika itu matanya sudah bengkak sebelah kiri dan ini kali pertama jadi seperti itu.
“Pada 31 Januari, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu matanya sudah membengkak sampai ke dahi dan sampai satu tahap mata sebelah kanan juga membengkak. Bukan itu sahaja, ada ketika yang anak cakap dia nampak mama ada tiga, bermaksud penglihatannya juga terganggu,” katanya.
Aimie Nadia yang menetap di Johor Bahru itu berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana ketiga-tiga bahagian sinus atau rongga bahagian sekitar hidung anaknya telah bernanah.
Jelasnya, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera untuk menyedut buang cecair nanah agar tidak merebak ke bahagian otak.
“Doktor ada cakap kalau lambat untuk pembedahan, takut nanah akan merebak ke otak, kalau nanah sudah merebak ke otak lagi bahaya… boleh pulih tetapi mungkin keadaan tak akan sama.
“Penyakit ini merebak dengan sangat cepat, bayangkan dalam masa empat hari sahaja sudah membengkak dengan banyak,” ujarnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ditimpa penyakit itu, Aimie Nadia berkata, Nur Faziqqyah Alina seperti kemurungan dan tidak dapat menerima kenyataan keadaan mukanya membengkak sebegitu.
“Saya nampak dia banyak diam, kemudian dia cakap, kenapa muka adik macam ini… adik tak mahu muka macam ini.
“Sebagai ibu, saya tak tipu saya banyak menangis, risau tengok keadaan dia macam itu. Saya tidak menyalahkan takdir cuma saya salahkan diri sebab leka. Kenapa masa dia garu hidung, demam banyak kali saya tidak periksa betul-betul?” tambahnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya sekarang, Aimie Nadia berkata, doktor berjaya mengeluarkan cecair nanah yang berada pada muka Nur Faziqqyah Alina dan bengkaknya juga sudah beransur pulih.
Ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi nasihat terhadap ibu bapa agar tidak mengambil mudah kesihatan anak-anak walaupun mereka hanya mengalami demam biasa.
“Jangan sambil lewa tambah lagi sekarang macam-macam penyakit. Mungkin anak demam biasa tetapi kena ambil tahu juga, jangan leka dan rajinkan membaca,” ujarnya.
Rumah adalah kediaman buat keluarga untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Biasanya pasangan yang baru berkahwin akan mengambil masa sebelum membeli rumah.
Namun ada juga pasangan yang lebih rela menyewa berpuluh tahun daripada membeli dengan alasan tidak mahu terikat dengan komitmen berpuluh tahun dan juga bercadang pulang ke kampung membina rumah di sana.
Bagaimana pun setiap keputusan yang dibuat ada pro dan kontranya. Begitulah yang dijelaskan oleh saudara Azizul Azli Ahmad yang bertindak menjelaskan persoalan adaah sewa lebih baik membeli rumah.
_______________________________________________
SEWA LEBIH BAIK DARI MEMBELI? 1. Kita bincang secara baik pemikiran ini agar dapat jawapan yang tuntas dan baik. 2. Jika gaji kita RM5000, median rumah yang baik untuk kita hanya harga rumah sekitar RM390,000 sahaja. (RM5000x12x6.5) 3. Bagi penjawat awam keupayaan meminjam sekitar RM500,000 ini memerlukan gaji sekitar RM4,500 hingga RM5,499. Dalam kelas saya, saya tak galakkan maksimumkan pembiayaan ini. Mereka tahu kenapa 4. Jika kita kekal membayar sewa dengan kadar RM1500 sehingga 30 tahun dengan kadar kenaikkan setiap 3 tahun. Kita sedang KAYAKAN tuan rumah sebanyak RM702,000. “Apakah itu jumlah yang sihat?” 5. Sanggupkah kita berpindah randah bila usia meningkat jika kita tak mampu bayar nanti? 6. Bolehkah kita yang dah selesa tinggal di rumah sewa RM500,000 untuk turunkan taraf hidup dengan rendahkan martabat kita kerumah sewa RM300,000 lepas 20 tahun? 7. Jika dalam tempoh menyewa kita hilang upaya atau meninggal dunia, apakah tuan rumah yang mulia itu akan kekalkan anak isteri kita disitu atau dihalau tinggal dibawah jambatan yang ada permaidani? 8. Kadar pemilikan hartanah bumiputera masih lagi rendah dan mulia, apakah kita masih lagi nak kekal sewa tanpa beli harta.? “Apa pilihan yang kita ada?” cakap memang la senang bro. 9. Beli kediaman yang sesuai dengan median gaji yang betul. 10. Pasaran subsale atau sekunder masih banyak sediakan jenis kediaman bawah RM250,000-RM400,000. 11. Benar, tidak semua hartanah akan naik. Beli hartanah yang betul dan semua orang ‘jatuh cinta’ dan perlukan ia. Hartanah ‘Mass Market’ yang semua orang suka dengan keperluan 3 bilik dan 2 bilik air masih banyak diluar sana. 12. Hubungi agen hartanah berdaftar, mereka ada senarai hartanah yang luarbiasa berdasarkan kemampuan kita. Jika mereka gagal sediakan, cari agen lain. 13. Belian hartanah yang betul jadikan kita komited untuk kekal membayar. Hartanah yang salah boleh jadi punca rumah kita terlelong. 14. Beli hartanah yang hanya telan bawah 35% dari gaji kita. Jika tidak kita mula rasa bahangnya. Dengan RM1,750 setiap bulan, kita hanya mampu beli kediaman sekitar RM350,000 sahaja. Jangan mengada hingga RM500,000. 15. Jangan beli sebab ramai orang beli atau ingin bergaya. Jadikan hartanah sebagai pelindungan keluarga bukannya bebanan kita. Jika saya, lebih baik beli dari menyewa. Takkan dah tua nak pindah randah lagi kemana mana. Mesti nak merasa ada kabinet dapur lawa juga kan? Sekadar pandangan saya yang lemah ini.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malang tak berbau. Anak kepada pasangan usahawan berjaya, Datuk Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Shahida terpaksa dikejarkan ke hospital semalam selepas satu kejadian yang tidak diduga.
Menurut perkongsian Datuk Aliff Syukri, anak kelimanya, Raudah terkena bucu tangga yang tajam sehingga mengalami pendarahan yang banyak.
“Doakan segalanya dipermudahkan. Nak dijadikan cerita ketika saya nak balik kerja saya memang suka rekod video sebab nak tengok moment anak-anak datang dan berlari memeluk saya balik kerja.
“Tapi jadi sebaliknya. Saya terkejut tengah-tengah rekod wife saya menjerit tengah masak. Isteri saya menjerit cakap Raudah punya kepala berlubang kena bucu tangga tajam dan darah memancut-mancut macam air paip,” katanya bercerita.
Menerusi video yang dikongsikan beliau, Raudah yang dipangku sepanjang perjalanan ke hospital itu menangis tanpa henti kerana kesakitan.
Biarpun panik, namun Datuk Aliff berusaha memujuknya untuk tenang dengan kepala yang masih berbalut bagi menahan darah keluar.
Apapun kata Datuk Aliff lagi, dia bersyukur bila mana luka itu tidak terkena tulang kepala anaknya.
“Nasib baik tak kena mata. Masa tu lintang pukang saya lari. Saya dan isteri bawa ke hospital waktu tu Allah saja tahu betapa takutnya saya.
“Doktor cakap kulit kepala dan juga daging yang sudah kena dan hampir terkena dekat tulang kepala,” ujarnya lagi.
Semoga Raudah baik-baik sahaja dan cepat-cepat sembuh seperti sediakala.
Terdahulu, Datuk Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida dikurniakan enam orang cahaya mata.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.