Buat pasangan yang mendirikan rumah tangga andai sudah beberapa tahun berkahwin jika tidak juga dikurniakan zuriat, orang di kiri dan kanan akan mulah lah cakap itu dan ini. Hatta bagi pasangan ini, kecintaannya memelihara kucing juga dijadikan asbab orang bercakap.
Berkongsi kisah tentang kucing dan zuriat, jom kita baca perkongsian ini. Mana yang baik dijadikan sebagai tauladan, mana yang sebaliknya dijadikan sempadan.
Ini perkongsiannya.
Kalau siapa kenal Fluffy, dia mesti akan ada dalam setiap gambar kami. Dia akan ada dibahu bila bergambar. Kami nikah dia pun ada. Kami sanding atas pelamin pun ada.
Selepas 2 tahun kahwin, baru ada rezeki ada baby. Tahun ni alhamdulillah selamat lahirkan baby.
Ads
Tapi… selepas genap sebulan baby lahir, Fluffy tinggalkan kami. Memang sayu sangat rasa.
Masa belum ada zuriat, org selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Macam-macma lagi lah orang cakap. Bila dah ada baby, dan Allah ambik Fluffy, kami fikir, Baby ni seolah-olah pengganti Fluffy. Allah bagi baby, Allah ambil Fluffy. Dua-dua kesayangan kami. Dia dah puas teman kami sepanjang takde baby. Allahu. Memang sedih sgt2. Terasa kehilangan dia.
Ads
Raya kali ni, Fluffy dah takde. Kita cuba letak cucu dia pula kat bahu. Tapi Fluffy tetap tiada ganti.
Ads
Meninjau di ruangan komen, ramai memberi respon di atas tanggapan orang bila ada yang selalu cakap “kau sayang sangat kat kucing. Sebab tu Allah tak bagi rezeki anak”. Netizen rata-rata menyangkal dakwaan tersebut dan meletakkan rezeki zuriat itu adalah kententuan Allah.
Kini, ramai ibu ayah sering mencari petua untuk menjadikan anak taat dan mendengar kata.
Mendisiplinkan anak yang nakal dan hiperaktif sangat mencabar bagi ibu ayah dan juga guru. Apatah lagi jika meraka berada ditempat awam atau ramai orang.
Nak tahu lebih lanjut mengenai cara untuk mendisplinkan anak supaya bersikap baik, ikuti perkongsian guru ini menerusi facebook miliknya, Aminah Mat Yusoff.
Selalunya anak-anak begini jarang dibawa keluar kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, hanya insan-insan yang hebat dan penyabar sahaja boleh menjaga mereka dengan baik..
Tertarik kata-kata seorang ustaz…nak disiplinkan anak-anak yang nakal dan hiperaktif ni bukan sukar… baca ayat 285-286 surah al-Baqarah. Terhenti di situ…
Saya mula mencari maklumat tentang ayat ini…maksudnya, hadith Nabi SAW yang mencerita tentangnya , dan syifa’nya Subhanallah….inilah maksudnya
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali” (285)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.(286)
Ada hadith yang menceritakan tentang 2 ayat ini secara khusus. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Sesiapa yang membaca dua potong ayat terakhir surah Al-Baqarah pada waktu malam, itu sudah mencukupi baginya” Ada ulama’ yang menyerap ayat ini masuk kedalam zikir harian mereka, seperti bacaan Ma’thurat yang telah dikarang oleh Imam Hasan al-Banna.
Apakah maksud mencukupi dalam Hadith Rasulullah saw di atas: 1. Sudah dikira beribadah pada malam itu. 2. Dapat pahala seperti membaca Al-Quran. 3. Menolak kejahatan dan bencana dari Syaitan, manusia serta jin 4. Cukup untuk menambah kekuatan I’tiqadnya
Kehebatan ayat ini terbukti… Apabila tergolong dalam 3 perkara ( solat lima waktu, ayat-ayat penutup surah al-Baqarah dan keampunan bagi ummat yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain) yang dibawa oleh Rasulullah dalam peristiwa isra’ mikraj. Syifa’ nya
Untuk anak yang nakal dan hiperaktif…gunakan cara ini 1. Membacakan ayat ini ke dalam segelas air sebanyak 3 kali dan hembus..air berkenaan diminum 2. Letakkan telapak tangan kanan diubun-ubun kepala anak dan baca 2 ayat berkenaan, kemudian hembus diubun-ubun 3. Boleh juga..baca tiga kali dan hembus dekat telinga sebelah kanan. 4. Sebelum tanak nasi buat satu putaran lawan jam sambil membaca ayat berkenaan pada beras tersebut. Allah SWT lebih mengetahui. Moga bermanfaat untuk semua…..
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara biasalah dalam hubungan kita akan bergaduh manja, dan tiada sefahaman atas sesuatu perkara.
Begitulah lumrah dalam kehidupan rumahtangga. Umum seluruh rakyat Malaysia mengetahui konflik rumahtangga pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana ekoran perkahwinan keduanya dengan Ira Kaza.
Ekoran itu, beberapa posting dan video telah dikongsi oleh pasangan ini yang mengenai rumahtangga mereka. Masih belum menemui titik penyelesian daripada konflik mereka.
Terbaru pengarah filem Mat Kilau, Syamsul telah memuat naik video meluahkan bahawa dirinya ‘menelan’ semua yang diperkatakan oleh isterinya dimedia sosial. Namun akhirnya terpaksa menjawab persoalan termasuk isu ‘block’ telefon Puteri Sarah.
Menerusi video berkenaan Syamsul berdiam diri kerana tidak mahu hal rumahtangganya tular di media sosial. Namun dia tidak menyangka berlaku sebegini.
Puteri Sarah yang memuat naik ‘permintaannya’ itu di Instagram petang semalam turut mendakwa Syamsul masih menyekat nombor telefonnya.
“Jika mahu dilepaskan atau mahu bersama, kita berbincanglah di rumah. Lebih baik kita hentikan membuka aib masing-masing di media sosial. Kita membuka ruang kepada netizen untuk terus menghakimi.”
Syamsul berkata, dia mempunyai sebab kenapa perlu menyekat nombor telefon Puteri Sarah kerana dia tidak suka bergaduh.
Syamsul turut mendakwa Puteri Sarah memarahi dan memaki hamunnya di telefon atau WhatsApp seolah-olah tidak ada lagi rasa hormat terhadapnya sebagai suami.
“Bagaimana kita hendak berkomunikasi jika begitu? Ia memudaratkan jadi saya mengambil pendekatan untuk ‘block’ (sekat) kerana saya tidak mahu hubungan kita bertambah keruh.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
AKUI TIDAK LUPA TANGGUNGJAWAB PADA ANAK-ANAK
Katanya lagi, tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Malah atas permintaan isteri pertamanya, dia sanggup menyediakan dua pembantu untuk memudahkan urusan isteri kesayangannya itu.
“Namun, saya sama sekali tidak pernah tidak menghiraukan awak (Puteri Sarah). Saya cari rezeki untuk awak dan anak-anak. Awak mahu duit saya berikan, malah awak mahu dua orang gaji juga saya sediakan.
“Malah, kita juga ada berkomunikasi ketika saya hendak mengambil anak-anak menerusi orang gaji, ibu saya, adik saya dan adik awak.”
TIDAK SUKA KONGSI HAL RUMAHTANGGA DI MEDIA SOSIAL
Katanya lagi, sejak dulu lagi tidak suka untuk berkongsi hal rumahtangganya di media sosial tetapi memandangkan isterinya memulakan, dia terpaksa bersuara untuk menangkis tanggapan buruk yang dilemparkan.
“Kalau anda di luar sana tidak tahu cerita sebenar, jangan jatuhkan hukum. Anda hanya mendengar dari sebelah pihak saja. Saya diam dan telan namun keadaan bertambah buruk.”
“Saya ada ajak berbincang. Ini dapat dilihat daripada video-video yang saya muat naik sebelum ini. Kita berbincanglah di rumah jangan babitkan orang lain.”
Konflik rumahtangga yang dilaluinya, Syamsul menganggap semua yang berlaku ini adalah ujian Allah SWT terhadapnya.
Mungkin jarang kisah pengorbanan seorang bapa dikongsikan kerana biasanya cerita perjuangan ibu yang sering disebut-sebut. Namun begitu, sebenarnya seorang bapa yang baik akan sentiasa mementingkan yang terbaik buat anak-anak yang dikasihi.
Biarpun terpaksa bersusah atau bergolok-gadai, seorang bapa takkan mempertaruhkan kebahagiaan dan kesenangana anaknya.
Seorang bapa boleh menjadi sangat kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberi kemudahan kepada dirinya dan keluarga. Beberapa hari ini, tular sebuah video seorang bapa yang mengubah sebuah basikal dengan tempat duduk yang selesa buat anak perempuannya. Video ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Hareez Ikmal.
Alhamdulillah Cuaca cantik dari Kinabatangan. Perjalanan kami untuk ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan jem sebab budak baru balik sekolah.
Tengah² sangkut jem ternampak sorang pakcik ni kayuh “basikal unik” bawak anak kecik dibelakang. Auto sedih bila tengok pakcik ni & anaknya.
Hebatnya kasih sayang seorang Ayah ❤️ semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti.
Lelaki itu sedang mengayuh basikal dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang selepas menjemput anaknya dari sekolah. Dapat dilihat bapa ini telah meletakkan tong yang diubah suai sebagai tempat duduk untuk anak meletakkan kaki dan bersandar. Nampak selesa saja anaknya duduk di belakang, siap berbumbung lagi!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.