Tahun baru, apa salahnya kalau kita mulakan awal tahun dengan kehidupan yang lebih sihat memandangkan umur pun dah bertambah, jadi kesihatan juga perlu dijaga supaya terhindar dari sebarang penyakit yang tidak diingini.
Lebih-lebih lagi dalam pemakanan. Memang diakui orang Malaysia sememangnya sukar untuk jauhkan diri dari makanan rujinya, iaitu nasi. Dalam nasi terkandung arsenik, iaitu sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.
Oleh itu, untuk tahun baru ini, apa kata kita amalkan cara memasak yang betul seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Saya kongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurangan dalam nasi yang dimakan di rumah.
1. Basuh beras sampai air basuhan jernih
, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun bahawa kita dudah membasuhnya sebanyak empat ke lima kali. Untuk makluman, arsenik ini larut air, makanya ia akan lebih banyak tersingkir jika kita membasuhnya berkali-kali.
Ads
Nutrisi memang akan hilang sedikit apabila kita membasuhnya berulang-ulang kali tetapi penyingkiran kandungan arsenik adalah lebih penting untuk kita utamakan.
2. Rendam beras
Rendam beras semalaman mampu mengurangkan kandungan arsenik lebih efektif berbanding dengan hanya membasuhnya berkali-kali. Anda boleh merendam beras selama satu malam dan mengurangkan kandungan air sewaktu menanak nasi pada keesokan harinya.
3. Lebihkan air sewaktu memasak
Gaya ini merupakan gaya yang sering digunakan oleh atuk nenek kita ketika menanak nasi pada dahulu kala. Mereka akan lebihkan air sewaktu menanak nasi dan ketika nasi sudah hampir masak, buang air yang berlebihan dan masak seperti biasa.
Ads
Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurangan sehingga 50 peratus. Oleh itu, gunakan air yang banyak semasa menanak nasi dan buang air yang berlebihan untuk menyingkirkan kandungan arsenik tersebut.
4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak
Buat ketiga-tiga langkah yang saya kongsikan sebelum ini dan kaedah ini merupakan cara paling terbaik untuk mengurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.
Ads
Dengan cara masakan ini juga, kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air dan nasi kita akan menjadi kurang kanji dan rendah Glycemic Index (GI).
Saya kongsikan empat kaedah boleh dilakukan untuk mengurangkan kandungan arsenik dalam nasi yang dimakan oleh keluarga kita setiap hari.
Sungguhpun begitu, anda tidak semestinya perlu untuk melakukan semua kaedah seperti yang dinyatakan pada (4). Kalau dapat lakukan satu kaedah pun sudah memadai.
Kadang-kadang, kita tidak sempat untuk merendam beras selama semalaman dan terkejar-kejar untuk menyiapkan hidangan kepada keluarga. Membasuh beras sehingga air basuhan beras menjadi jernih pun sudah dapat mengurangkan sedikit kandungan arsenik kepada tahap selamat.
Yang penting, kita ada usaha untuk menghidangkan nasi yang terbaik buat keluarga kita. Sama-sama kita cuba ya, insyaAllah.
Nak buat donut ni nampak aje mudah tapi jika salah sukatan, keras dibuatnya. Tiada lagi gebus gebasnya.
Sebagaimana resipi ni, mudah sekali ikut sukatan canwan dan daripada pengalaman membuat donut sendiri. Paling menarik disertakan dengan tip untuk pastikan donut jadi lebih lembut dan tahan lama.
Ikuti perkongsian ini.
Tips dan resepi buat donat. Berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi mohon maaf salah silap dan kekurangan. Ada orang pandai, takyah sukat, takyah uli pun jadi. Tapi macam Sis ni kurang pandai, kena sukat, kena uli, baru jadi. Sis cakap awal-awal taw. Resepi ni memerlukan uli-menguli. Tu teknik utama. Jadi yang tak suka menguli, boleh abaikan. Yang suka menguli, bersedialah baca post yang panjang.
Kita mula dengan resepi dulu ye. Setakat ni, resepi Sis pakai satu je. Bahan pun setakat yang ada dalam dapur. Mudah dapatlah kiranya. Dan dengan resepi ni jugak Sis buat crust pizza, pau, roti. Semua boleh. Cuma beza pada lama menguli je. Alhamdulillah. Setakat ni, tak pernah lagi tak jadi donatnya. Resepi tak payah uli pun ada. Tapi Sis selesa resepi yang ada uli2. Suka ber’me’time di dapur. So kalau korang ada resepi takyah uli, dan selesa macam tu, pakai je resepi masing2.
Resepi donat: 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan air suam (jangan panas, nanti yis mati) 1 sudu makan yis (rata, jangan membukit) 2 sudu makan gula (rata) 1 sudu makan marjerin (membukit) Campur kesemua bahan dalam bekas. Sis tak bancuh yis. Campur terus. Bila dah campur, gaul rata dan boleh mula menguli. Nak senang, uli pakai mixer atau breadmaker kalau ada.
Kalau pakai mixer, pakai hook yang bergulung tu. Tapi maksimum 3/4 cawan tepung jelah. Kalau lebih, takut motor mixer rosak. Uli sampai muka doh jadi licin macam telur dikupas.
TEKNIK RAHSIA DONUT CANTIK
Tu rahsia donat cantik dan gebu. Berapa lama nak dapat macam tu? Kalau pakai mixer, 5/7 minit je. Rujuk gambar mixer dan hook dan baca caption ye. Kena ada cara yang betul supaya mixer tak rosak. Kalau takda mixer, pakailah tangan. Ulilah semampu kita.
Lepas uli, bulatkan doh jadi bola dan rehatkan. Masa biasa sejam. Tapi bergantung suhu keadaan sekeliling. Kalau panas, cepat kembang dohnya. Kalau lembap, lambat sikitlah. Asal dah naik dua kali ganda saiz asal, oklah tu. Bila dah kembang, dah cukup masa, tumbuk2 doh untuk buang angin.
Lepastu uli balik dalam seminit dua.Lepastu boleh bentukkan jadi bentuk donat. Pakai acuan boleh. Canai dan tekap. Sis biasa pakai tangan. Timbang doh 75gram sebijik. Pastu bulat2kan jadi licin. Pastu penyek kat tapak tangan dan cucuk di tgh2 dengan jari.
Dapatlah bentuk donat. Lepas bentukkan, rehatkan lagi dalam 30/40 minit. Dah cukup masa, goreng donat. Macam mana tahu dah cukup kembang atau tak? Sebelum goreng, masa angkat donat tu, timang2 dalam tapak tangan ke, kalau rasa ringan dan nampak kembang dah, bolehlah goreng.
GORENG API PERLAHAN Goreng dengan minyak yang panas, tapi api slow. Caranya, panaskan dulu minyak dengan api sederhana atau kuat. Bila minyak dah panas, turunkan jadi api perlahan. Barulah goreng donat. Balikkan sekali je donat tu ye. Supaya tak serap minyak. Bila dah masak, boleh salut dengan gula ke, susu ke, coklat ke, apa2 sajalah kesukaan kita.
Tips:
CAWAN SUKAT Cawan sukat tepung dan air, mesti cawan yang sama. Jangan lain2 saiz. Nanti nisbah lari. Sis pakai cawan metrik. Boleh beli dekat DIY.
CARA BANCUH YIS
Yis. Kalau dah biasa bancuh dengan air dan tunggu berbuih, buatlah cara tu. Cara saya ni cara malas. So kalau tak yakin yis ok ke tak, bancuhlah dulu. Kalo tak berbuih, rosaklah yis tu. Saya selalu check ngan sudu plastik.
Cucuk je sudu tu dalam peket yis tu. Kalo melekat yis, ok lagi tu. Hidup lagi. Air suam kalau tak pasti, pakai air biasa je. Kekadang terlampau panas, mati pulak yis. Uli doh sampai licin kalau nak donat tu cantik dan lembut.
ALAT ULI
Ada orang uli sampai doh jadi elastik macam gula getah. Mmg lembut sangat donatnya. Tapi kalau tak mampu atau takde peralatan yang sesuai, takpelah. Yang penting donat tak keras batu.
REHATKAN DOH DALAM OVEN
Kalau korang jenis yang bahagi2kan doh jadi kecik2 atau timbang doh kecik2 baru bentukkan jadi donat, Sis cadangkan belajar teknik rounding sekali. Rounding bagi cantik. Licin. InsyaAllah, lawa donat. Boleh tgk video rounding dough kat youtube. Rehatkan doh di tempat tertutup dan panas kalau nak doh cepat naik. Sis biasa rehatkan dalam oven je. Tak payah on pun oven tu. Just rehatkan je dalam tu. Sebab tertutup kan. Panas sikit.
GUNA RESIPI SAMA BOLEH BUAT PIZA DAN ROTI LAIN
Guna resepi yang sama, boleh buat pizza, roti, pau. Kalau buat pizza, Sis biasa uli sikit je. Sebab crust pizza tak gebu sangat pun takpe. Tapi kalau nak gebu, ulilah lama. Kalau buat roti, baru Sis uli lama. Sampai elastik dohnya. Nak dapat roti macam kapas kat dalamnya. Resepi lain banyak je untuk roti ni. Tapi Sis ni guna resepi satu ni je.
ROTI TAHAN LAMA, LEMBUT DAN LEBIH SEDAP
Nak sedap lagi, nak roti tahan lagi, kena ada bahan lainlah. Improver ke, softener ke, K Fine Cream ke. Ni biasa orang meniagalah guna. Nak bagi roti tahan lama. Kalo guna improver, guna softener sekali. Tapi kalo guna K Fine, cukup K Fine saja. Sbb lengkap dah fungsi dia. Utk lembutkan roti, bagi tahan. Tepung kalo guna high protein, lagi baik. Tapi sukatan air saya tak pandai sgt utk tepung jenis tu. So sy x dptlah nak ajar. Bahan2 ni semua cari kat kedai bakery. Dan kena guna resepi lainlah ye. Resepi saya simple je. Bagi Sis, donat ni mudah je. Asal cukup cecair dan paling penting cukup uli. Lembutlah dia.
JANGAN TERLEBIH PERAP ELAK DOH JADI MASAM
Lepas bentukkan donat, kita letak atas pinggan. Taburlah tepung dulu biar banyak sikit. Supaya donat tak melekat kat pinggan. Nanti susah nak angkat. Penyek pulak kena tangan kita. Masa goreng, jadi tak lawa. Jangan terlebih perap. Bila terlalu lama perap, doh jadi masam. Bau pun tak sedap. Dan nanti mudah penyek bila nak angkat. Bila goreng, donat jadi keras. So suggested time perap lepas bentukkan jadi donat tu dalam 30 minit gitu. Asal dah kembang, dah ringan dalam tangan, bolehlah goreng.
GUNA SCRAPER ANGKAT DOH DONAT
Satu lagi. Kadang2 ada yang tak berapa pandai nak angkat donat masa nak goreng. Sis cadangkan guna scraper. Boleh tgk gambar kat bawah.
Ada gak lapik dengan baking paper. Angkat baking paper dan terbalikkan donat dlm kuali. Boleh gak. Tetap kena tabur tepung gak atas baking paper tu, sbb mmg melekat gak sikit2.
TRY AND ERROR
Resepi donat ada banyak. Tapi Sis guna mudah camni je. Alhamdulillah sentiasa menjadi. Dan kawan2 Sis yang pernah try pun menjadi gak. Uli kena cukup. Tu penting. Tapi kalau tak jadi, bolehlah explore resepi lain yang mudah dan sesuai dengan kita. Dan tips yang paling berguna sekali, kalau gagal sekali dua, jangan give up. Cubalah lagi. Explore resepi lain pulak. Mana yang sesuai dengan kita. Sis gagal lebih sepuluh kali sebelum faham cara dan jumpa resepi yang sesuai. So jangan cepat menyerah. Sis bukan pakar, penjual donat pun bukan. Cuma seorang ibu yang suka mendonat.
Ni la saja ceritanya. Sorrylah panjang sikit. Sis berkongsi. Kalau kita nak makan sesaja, tak penting sangatlah rupa tu. Asal sedap. Tapi mana tau ada nak buat meniaga ke. Kenalah buat lawa2 kan? Sis harap tips2 ni membantu. Resepi tu bolehlah pakai kalau berkenan. Kalau tak, boleh try resepi lain. Tapi tipsnya biasanya lebih kurang je. Selamat mencuba. Mohon maaf mana2 yang kurang. Last sekali, Sis minta maaf taw kalo korang cuba resepi ni, tapi tak jadi. Bolehlah explore resepi lain. Teknik dan pengalaman pun penting. Makin selalu buat, makin faham, mesti jadi. InsyaAllah.
Kemanisan rasa isi ikan keli yang digoreng rangup memang sukar digambarkan dengan kata-kata buat penggemar ikan air tawar. Cukup menyelerakan jika dimakan, pun begitu bila memikirkan rintangan yang harus dihadapi setiap kali ingin menggoreng, mungkin ada yang berfikir dua tiga kali untuk memasaknya.
Apa tidaknya, ikan keli bila digoreng confirm meletop dan silap hari bulan minyak panas boleh singgah ke pipi.
Lagi satu masalah bila menggoreng ikan keli ini pula suka melekat di kuali dan ini menjadikan hasil gorengan tidak cantik dipandang.
Pun begitu, semua masalah ini dengan mudah dapat diatasi jika ikut petua dan tip yang dikongsikan oleh Zur Ain ini. Terbukti, hasil perkongsian gambar gorengan ikan keli yang telah dimasak memang terbaik. Elok, sempurna!
Nak tahu lanjut apa rahsianya, jom semak.
“Lautan api pun tak sanggup ku redah .. apetah lagi nak goreng ikan keli ni .. boleh berperang weh kat dapur .. hahaha .. tapi sejak hakak dapat tips nak goreng ikan tak meletup hakak dah berani sekarang ..”Zur Ain
Ikan telah siap digoreng.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan bimbang dan buntu nak hidangkan juadah untuk tetamu bila mana balang biskut raya semakin ringan. Ada baiknya anda sambut tetamu yang datang berkunjung dengan sebiji kek buatan sendiri atau sediakan puding istimewa.
Melihat sahaja puding yang disajikan di atas meja pasti gembira tetamu yang berkunjung. Puding Laici Susu antara penyuntik bangkit selera buat semua.
Resipi perkongsian Puan Mastura Razali ini nampak sedap dan ringkas. Jom cuba!
Puding laici susu…semudah a b c. Layan time sejuk baru terangkat .
PUDING LAICI SUSU
Bahan-bahan:
1 peket serbuk agar-agar (10g)
5 cawan air (cawan metrik)
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici
Caranya:
Kredit: Mastura Razali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Derma organ menjadi peninggalan penuh makna Romaizam Marzuan apabila suaminya menunaikan hasrat arwah untuk membantu pesakit lain meneruskan kehidupan.