Minggu ini kecoh di Malaysia tentang kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dek kerana ramai yang memberikan kata-kata buruk tentang beliau, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur orang ramai yang gembira’ sehingga mengeluarkan kata-kata hina kepada individu tersebut.
Menurut ustazah, dia terkilan melihat orang Islam khususnya menghina sesama sendiri di media sosial dengan perkataan yang kasar dan tidak sopan.
“Ramai yang bergembira semalam, cukup mengeluarkan kalimah syukur tanpa menghina individu terbabit. Undang-undang telah tertegak, apa keburukan berlaku pada dia kita tak boleh rasa gembira dengan ayat seperti padan muka, rasakan.
“Kebaikan pastinya pernah dibuat, jangan dinafikan perkara ini mustahil semuanya jahat dan keburukan,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram Anne Ngasri.
Ads
Tambah Asma’, umat Islam di Malaysia tidak perlu mengagungkan politik sehingga saling bermusuhan sesama saudara seagama.
“Tak perlu kita timbulkan fitnah lain kerana ketidakpuasan hati kita, musuh Islam tepuk tangan lihat kita bergaduh sesama sendiri dan orang bukan Islam pula mengeratkan hubungan mereka.
Ads
“Sebagai orang beriman kita tak boleh menghina atau kita tak boleh bergembira di atas kecelakaan orang lain lebih-lebih lagi saudara sesama Islam kita, tak kira siapa, bahkan orang itu pernah menghina dan fitnah kita,” pesannya.
Sehubungan itu, Asma’ mengajak orang ramai untuk mendoakan Najib agar beliau dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik.
Terdahulu, Najib gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
Kecoh di media sosial mengenai pergelutan peguam Samirah bergaduh dengan jurugambar media (video) di mahkamah.
Difahamkan suasana di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam gamat seketika apabila petugas media dipercayai dihalang merakam gambar oleh seorang peguam dipercayai mewakili Samirah Muzaffar yang hadir bagi mendengar keputusan peringkat pendakwaan membunuh suaminya, Allahyarham Nazrin Hassan empat tahun lalu di Mahkamah Tinggi hari ini.
Dikatakan peguam berkenan telah menjerit dan meminta supaya diberi laluan selain cuba menolak jurugambar yang melakukan tugasan di lokasi. Akibat tidak puas hati dengan tindakan peguam itu, jurugambar media yang ditolak telah membalas dan berlaku pergelutan namun dihalang beberapa individu. Kejadian itu berlaku ketika Samirah bersama beberapa peguam lain tiba untuk menaiki lif ke mahkamah tersebut, kira-kira pukul 9.05 pagi.
Dalam pada itu, kejadian itu telah menarik perhatian mantan editor, Norman Radzuan menerusi facebooknya berpendapatan perkara itu tidak harus berlaku. Ia melibatkan etika seorang jurugambar semasa bertugas. Ikuti lanjut pandangan beliau.
Jika saya masih Editor saya salahkan jurugambar. SIAPA BERSALAH PEGUAM ATAU JURUGAMBAR?
Jurugambar ‘hempuk’ kepala peguam siapa yg bersalah? Beginilah jika mengikut mahkamah majistret jurugambar tu bersalah tetapi jika mengikut mahkamah sesyen peguam tu bersalah…so kita tunggu mahkmah rayuan buat keputusan muktamad.
Ok serius. Semalam viral kes jurugambar memukul peguam dgn kamera. Berulang kali saya melihat rakaman kejadian tersebut dari pelbagai video. Ya sikap peguam itu agak kasar (kurang diplomasi) kpd jurugambar.
Peguam ini kurang profesional dlm berbicara dgn jurugambar atau bahasa lainnya melakukan provokasi walaupun dia berniat utk melindungi anak guamnya. Tapi saya melihat lebih tidak profesional sikap sebilangan jurugambar. Saya rasa tiada keperluan pun utk berebut rebut mengambil gambar closeup berulang kali. Apatah lagi peguam dan anak guamnya memakai mask… jadi reaksi wajah tidak dpt. Snap byk mana pun tetap keadaan yg sama.
Akhirnya berita anda sendiri yg menjadi perhatian berbanding dgn kes mahkamah tersebut. Gambar atau video kalian yg menjadi pertikaian dan berita. Atau dlm istilah lainnya wartawan ambil berita wartawan. Kalian cipta berita sendiri di mahkamah. Lain yg patut dibuat liputan… anda pulang bawa berita sendiri.
Mungkin kadang2 terlebih seronok bersama rakan2 jurugambar berkerumun camtu atau dlm bahasa lainnya over. Saya lihat mereka terdiri dari anak2 muda yg agak excited dgn tugasan mereka. Sdgkan gambar yg akn dimuatkan di dlm akhbar nanti hanyalah sekeping. 50 keping snap gambar tetap tanpa reaksi.
Yang pelik yang pakai kamera DSLR tu ambil sampai depan muka tu dah kenapa? Cukuplah 10 kali snap dan tak perlu pun berkejar sampai ke pintu lif utk apa??? Kalau ambil gambar di pintu lif boleh jual ratusan ribu akhbar?
Lainlah anak guam tersebut ingin ditemubual.16 tahun saya dlm bidang kewartawanan rasa kadang2 situasi begini byk kelucuannya. Tak dinafikan ada juga rakan-rakan jurugambar ketika itu yang terover terutama yang masih baru. Sampai lupa ganti film atau terover pakai film (era 90an masih gunakan film).
Ada juga dulu era 90an seorang jurugambar pergi ikut operasi ‘maknyah’. Bila polis dan pihak jabatan agama kejar mak nyah… dia pun sibuk kejar.
Balik office tanya gambar dia (jurugambar) kata lupa snap sb over excited buat kerja org lain. Kita nak ambil berita pulang tanpa berita. Akhirnya dia mendapat gelaran khas di pejabat.
Sejujurnya jika saya masih antara editor. Saya akan menegur gaya kerja jurugambar saya jika mereka berada dlm kejadian tersebut. Mengapa sampai halang laluan, mengapa perlu berebut rebut, mengapa sampai kamera depan muka dan sampai perlu memaki dan memukul peguam tersebut.
Ya benar peguam tersebut kurang diplomasi tetapi kita kena bekerja secara profesional. Di luar negara ramai atlit, artis, org politik ambil kamera campakkan ke lantai.
Kita kena saling hormat menghormati. Ya tugas kita perlu gambar tetapi lihatlah situasinya bagaimana. Lagipun zaman ‘abang’ dulu… kami atas budi bicara boleh minta gambar dkt rakan2 di Utusan, Berita Harian, Star, Sun dan lain-lain.
Maaf ya jika saya menegur… jika rasa betul teguran ini harap jgn lakukan lagi. Saya doakan peguam itu tidak saman kau dik.
Enggan bergantung harap kepada bidang seni semata-mata, pelakon yang juga ayah kepada Zahirah MacWilson kini beralih kepada penjualan baja.
Sebelum ini, Zainol Macwilson turut aktif menjual buah harumanis. Jujur mengakui tidak malu untuk mencari rezeki dengan cara apa sekali pun sejak penggambaran dihentikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Zainol memuat naik gambarnya dan baja-baja yang dijual menerusi laman instagramnya
“Salam hari minggu semua! Saya rasa belum terlambat utk saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi pada para pelanggan yang telah sudi melanggan harumanis dengan saya baru-baru ni.
“Sekarang pula dengan PKP, shooting pun dihentikan. Jadi saya beralih ke penjualan baja pula!“Yang penting, kita cari rezeki yang halal dan tak perlu nak rasa malu atau pun segan! Buat masa ni, khusus untuk warga Perlis saja,” katanya lagi.
Dalam keadaan ditimpa musibah wabak COVID-19, telah ramai ahli keluarga menjadi korban. Lebih menyedihkan dengan sekelip mata telah ramai anak-anak kecil menjadi yatim piatu, isteri menjadi balu, dan tentunya kehidupan yang dilalui menjadi sukar bilamana insan tempat bergantung pergi buat selamanya.
Lantaran itu inisiatif yang ditawarkan perlulah diuruskan permohonan oleh waris pesakit Covid-19. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung. Ini berikutan permohonan bagi bantuan khas untuk individu yang terkesan dengan COVID-19 dilihat masih rendah berbanding jumlah kes baharu dan kematian yang dilaporkan meningkat setakat ini.
Memetik laporan Harian Metro, setakat ini, hanya 4,311 waris atau kira-kira 25.07 peratus yang memohon untuk bantuan khas itu berbanding korban Covid-19 dicatatkan semalam, yang berjumlah keseluruhan 17,191 kematian.
Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, permohonan untuk bantuan itu adalah rendah.
“Hanya 4,311 waris yang menghantar permohonan untuk Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19.
“Maksudnya ada 12,880 (74.93 peratus) waris yang belum hantar permohonan. Nadma menyeru waris supaya membuat dan menghantar permohonan untuk bantuan yang sudah disediakan kepada warganegara sahaja ini.
“Saya dimaklumkan, ada juga waris yang merasakan tak perlu memohon bantuan ini sebab ahli keluarganya yang meninggal dunia (akibat Covid-19) di hospital, diuruskan kemudian dihantar oleh ambulans atau pun aset kerajaan hingga dikebumikan dengan tiada kos yang dikeluarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media maya Tabung Covid-19, Anda Tanya Nadma Jawab menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac 2020 untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik.
Dana Tabung Covid-19 adalah sumbangan daripada kerajaan, institusi Diraja, anggota pentadbiran, sektor korporat dan individu prihatin yang disalurkan kepada pemohon Bantuan Khas Hilang Pendapatan dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian.
Mengulas lanjut, Dr Aminuddin berkata, bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19, RM16.2 juta sudah disalurkan membabitkan 3,235 waris.
“Sementara itu, RM22.2 juta Bantuan Khas Covid-19 sudah disalurkan membabitkan 16,722 pemohon. Ia insentif bantuan RM100 sehari bagi pesakit terjejas punca pendapatan.
“Apa pun, secara keseluruhannya, permohonan adalah sangat kecil berbanding jumlah kes baharu serta kematian harian yang dicatatkan dalam negara,” katanya.
Garis Panduan Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Nadma
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...