Selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), pelakon Jalil Hamid memaklumkan doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung di Hospital Serdang, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam setelah mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital.
“Semalam, saya dah dibenarkan pulang. Awalnya saya sesak nafas. Pernafasan saya tak lancar. Selepas pemeriksaan dan rawatan, pihak hospital memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung,” katanya.
Menurutnya, dia sepatutnya ditahan di hospital untuk rawatan namun dia memberi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.
“Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka.
Ads
“Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
“Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil.
“Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah,” jelasnya.
Ads
Kini, Jalil hanya menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Di hospital, doktor jalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah dan mereka akan maklumkan saya, bila tarikh saya perlu hadir semula ke hospital untuk rawatan susulan.
Ads
“Sekarang, di rumah saya perlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau,” ujarnya.
Kareena Kapoor beri gaji RM6,000 kepada pengasuh anak, tak kisah keluar belanja besar. Demi kesejahteraan anak, pelakon Kareena Kapoor sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membayar gaji pengasuh anaknya.
Isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu menggaji pengasuh anaknya, Lalita D’Silva, melebihi gaji kakitangan kerajaan iaitu mencecah RM6,000 sebulan.
Isu jumlah bayaran upah kepada pengasuh berpengalaman ditanya seorang hos popular, Arbaaz Khan kepada Kareena pada sebuah program televisyen.
Katanya, kebajikan dan kesejahteraan Taimur Ali Khan yang kini sudah berusia tujuh tahun tidak boleh diukur dengan wang ringgit.
Biarpun tidak mengesahkan angka dibayar kepada wanita terbabit, daripada perbualan itu jelas menunjukkan khabar angin mengenai gaji besar kepada pengasuh terbabit benar.
Difahamkan RM6,000 hanyalah gaji pokok, belum termasuk bayaran kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan mahupun upah tugasan sampingan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Sejak memasuki bulan Julai, didapati sebahagian harga barang mulai naik harga. Tinjauan di media sosial mendapati ramai warganet mengeluh mengenai kenaikkan harga barang.
Ada yang berkongsi gambar harga barang-barang tertentu dengan paparan harga. Ada juga mengeluh duit RM50 sekeping untuk satu barang sahaja. Pelbagai lagi keluhan.
Namun kenaikkan harga ini tetap berlaku dalam ekonomi negara. Sebagai pengguna ketika ini tiada cara lain untuk mengawal ia berlaku. Cara paling pantas adalah berbelanja secara berhemah supaya bajet keluarga masih dapat di kawal.
Ikuti perkongsian tip mengenai kewangan yang dicadangkan oleh Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad agar menjadi panduan bersama.
Saya bawa isteri beli barang dapur semalam. Memang terasa sangat harga barang kering naik harga.
“Sebenarnya setiap hari kami tukar harga barang bang. Barang sampai mesti harga baru”.
Cerita staff yang kerjanya susun susun barang sahaja.
Buatlah pilihan yang baik ketika nak beli barang. Pilih yang benar benar perlu sahaja.
1. Kurangkan makan diluar, harga makanan luar semakin mahal.
2. Beli barang yang kita selalu pakai dan habiskan.
3. Sekarang bukan zaman cuba cuba makanan lagi, makan untuk kenyang bukan sebab makanan viral.
4. Jangan bazirkan sumber makanan yang ada. Biar kurang jangan berlebih lebih baik.
5. Pembaziran makanan waktu majlis kenduri perlu dihentikan. Buat kecil biar bermakna, bukan besar dan membazir.
6. Waktu gawat begini, pastikan kita ada aset yang mudah ditunaikan.
7. Jaga baik baik aset yang beri aliran tunai seperti Rumah sewa, perniagaan dan sebagainya.
Kawan kawan,
Selain jaga keluarga kita kena banyak berdoa.
Moga dipermudahkan urusan kita menjaga keluarga kami.
Peniaga Tunggu Masa Naikkan Harga
Dalam pada itu, akhbar Kosmo juga membuat liputan mengenai kenaikan harga. Apa yang pasti, kita memastikan berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.