Seorang wanita bersama dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini, hari ini. Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi dengan semua tiga beranak itu ditemui maut di tingkat bawah premis.

Kebakaran Rumah Kedai, Ibu Terkorban Dengan Dua Anak. Ditemui Maut Di Tingkat Bawah Premis
Sumber foto: Berita Harian

Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor dengan kebakaran mencetuskan asap tebal kerana membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.

“Difahamkan ketika kejadian, wanita bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berada dalam rumah itu.

“Pada mulanya, wanita terbabit bersama dua anak lelakinya berjaya keluar daripada rumah. Namun sebaik menyedari anak perempuannya masih berada dalam rumah, wanita itu dengan ditemani seorang anak lelaki masuk semula ke premis, namun ketiga-tiga mereka gagal keluar,” katanya.

Artikel Lain:

Gurauan Kain Putih Jadi Kenyataan, Adik Sarjan Faridah Dedah Whatsapp Kakak Sebulan Sebelum ‘Pergi’

IKLAN

“Satu-Satunya Kenderaan Kami Ada” Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital!

65 Murid Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Kuetiau Sup, Kantin Sekolah Diarah Tutup

Kebakaran Rumah Kedai, Ibu Terkorban Dengan Dua Anak. Ditemui Maut Di Tingkat Bawah Premis
Sumber foto: Berita Harian

Mohd Faris berkata sehingga kini punca kebakaran serta dan nilai kerugian masih disiasat.

Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Seri Balik Pulau bersama dua jentera dengan dibantu BBP Balik Pulau.

IKLAN

Sementara itu seorang mangsa yang terselamat iaitu anak kedua daripada tiga beradik, dilihat pitam beberapa kali dan masih terkejut dengan kejadian.

Kebakaran Rumah Kedai, Ibu Terkorban Dengan Dua Anak. Ditemui Maut Di Tingkat Bawah Premis
Sumber foto: Berita Harian

Polis mengesahkan identiti tiga beranak yang maut dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Noorul Bowjiya Saida Mohamed, 58, dan dua anaknya iaitu Mohammmad Ibrahim, 33 dan N Rahbiah Jasmin, 19. Sementara anak lelakinya, Abdul Rashideen, 29, terselamat dalam kejadian itu.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, Noorul Bowjiya adalah seorang balu dan tinggal bersama tiga anaknya yang masih bujang dan mereka sekeluarga mengusahakan perniagaan menjual peralatan permaidani dan perabot.

Sumber: Berita Harian 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI