Kira-kira 65 murid sesi pagi di Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya di sini menerima rawatan selepas disyaki mengalami keracunan makanan pada Isnin.

65 Murid Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Kuetiau Sup, Kantin Sekolah Diarah Tutup
Murid yang mengalami keracunan diberi rawatan awal

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Zubir Othman berkata, kesemua murid tahun empat, lima dan enam itu dikatakan mengalami gejala keracunan iaitu sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Menurutnya, kesemua mereka didakwa mengalami simptom berkenaan selepas dikatakan makan kuetiau sup semasa waktu rehat.

“Mereka dikatakan mengalami gejala selepas makan kuetiau sup.

“Pihak sekolah kemudiannya menghubungi talian kecemasan MERS 999 selepas ramai murid mula menunjukkan simptom keracunan lebih kurang pukul 12 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi.

Artikel Menarik:

“Saya Sayang Motor Tapi Lebih Sayangkan Ibu.” Pemuda Sanggup Jual Y15, Kumpul Duit Pembedahan Emak

IKLAN

Patutlah Kulit Licin Berseri, Rupanya Zarina Anjoulie Amal Bawang Putih Sebelum Tidur!

Dr Say Bimbang Anak Ketiga Turut Ada Autime, Lega Perkembangan Anak Terkini!

Jelasnya, pihak sekolah menyediakan kelas khas untuk dijadikan lokasi rawatan awal oleh kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan staf Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda.

IKLAN

“Tujuh murid kemudiannya dibawa untuk rawatan lanjut di Zon Kuning HSAH dan dilaporkan stabil,” katanya.

Menurut Zubir, pihak PIBG dan pentadbir sekolah mengucapkan terima kasih kepada kakitangan HSAH dan PKD Kuala Muda atas tindakan segera memberikan rawatan kepada semua murid terlibat.

Katanya, kantin sekolah berkenaan diperintahkan tutup sementara selama tiga hari bermula Isnin bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

IKLAN

Sumber: Sinar Harian 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI