Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai. Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam.

Namun kata bapanya, Mohd Azlan Ishak, dia juga tidak tahu tindakannya bersama isteri, Norhidayu Halim, yang membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran menaiki motosikal itu tular di media sosial.

Katanya lagi, dia bukan meraih simpati ramai sebaliknya motorsikal itu adalah satu-satunya kenderaan yang mereka ada untuk membawa anaknya berulang alik ke hospital.

Difahamkan anak mereka, Mohd Aariz Zafran yang berusia 11 bulan itu terpaksa memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik serta beberapa masalah kesihatan lain.

“Satu-Satunya Kenderaan Kami Ada” Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital!

“Kami memang sentiasa berulang-alik ke hospital dengan menunggang motosikal sahaja membawa Mohd Aariz bagi mendapatkan rawatan dan pada hari kejadian, hanya ada RM12 dalam poket sebab banyak hari tidak bekerja.

“Ia merupakan satu-satunya kenderaan yang kami ada walaupun sedar anak kami yang kurang sihat tidak sepatutnya dibawa menaiki motosikal namun kami terpaksa kerana tiada kereta,” katanya berkongsi kisah mereka.

Tambahnya lagi, dia hanya meraih pendapatan harian sebanyak RM50 sehari dengan bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan di Kuala Kedah.

IKLAN

Sementara itu isterinya, Norhidayu berkata, masalah kesihatan anak lelakinya mula dikesan doktor ketika berusia dua bulan sewaktu membawa abangnya, Iman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, 9, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Ketika membawa Iman yang turut menghidap sakit kronik termasuk jantung berlubang, saya melihat keadaan Mohd Aariz agak pelik apabila ada lekuk di dadanya ketika bernafas lalu meminta doktor memeriksa keadaannya.

“Jadi, sejak itulah Mohd Aariz perlu memakai mesin CPAP sepanjang masa dan dia akan sukar bernafas sekiranya tidak memakai alat bantuan pernafasan ini,” katanya.

“Satu-Satunya Kenderaan Kami Ada” Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital!

Menurutnya, anak lelakinya perlu memakai mesin berkenaan kerana menghidap pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit paru-paru kronik, gerd dan saiz limpa besar.

Disebabkan itu katanya, Mohd Aariz bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan susu untuk meneruskan hidup.

IKLAN

“Kami tidak mampu beli susu khas dan cuba berinya nestum namun Mohd Aariz tidak boleh menjamahnya disebabkan keadaan kesihatannya.

“Kalau makan juga makanan ini dia akan mengalami gastrik,” katanya.

Tambah suri rumah itu, selain Mohd Aariz dan Iman, dia juga memiliki seorang lagi anak lagi iaitu Ahmad Hafizi, 17, yang menghidap cerebral palsy, Ahmad Amirul Amin, 14, dan Nur Rabbiatul Husna,4.

Tambah Mohd Azlan lagi yang bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan dengan pendapatan RM50 sehari, dia amat berterima kasih kepada semua yang sudi membantunya meringankan beban keluarga terutama anaknya yang tidak sihat.

“Ada rakan beritahu kisah kami sekeluarga dapat perhatian ramai dan kini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Jadi, saya berterima kasih teramat atas keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

IKLAN

MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Sumber: Sinar Harian

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI