
Nak simpan duit ni memang banyak caranya. Salah satunya kena jadi seorang yang kedekut tapi kena cerdik merancang.
Terutama hal pembelian kereta. Ramai yang ambil mudah tanpa sedar sebenarnya ia bantu untuk booster tabungan anda.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian tuan Azizul Azli Ahmad mengenai perancangan kewangan aspek kedekut untuk membeli kereta.
KEDEKUT YANG CERDIK
1. Saya ada seorang sahabat. Suami isteri bekerja sebagai doktor perubatan. Anda boleh bayangkan gaji keduanya selepas 5 tahun bekerja. Saya fikir mungkin mencecah 9K sebulan untuk keduanya tak termasuk dengan “menoreh” di malam hari atau di hujung minggu di klinik-klinik swasta.
.
2. Apa yang menariknya, si Zaman (bukan nama sebenar) ni sangat KEDEKUT. Namun saya seronok lihat dia dengan idea kedekutnya. Di saat para doktor yang lain mula tukar kereta. Ada pakai City, Civic, Perdana, Preve, Vios dan ada juga yang pakai Alphard. Dia hanya membeli sebuah kereta Kelisa 2nd untuk kegunaan suami isteri. Ada juga sebiji motor kapcai bawah 110cc untuk kegunaan ke Masjid dan Surau serta ke kedai runcit.
.
3. Saya pernah tanya si Zaman ni. Kenapa tak pakai kereta yang mewah dan besar sikit. Anak dah masuk 2 orang dah. Doktor-doktor lain kebanyakkan kereta mewah, cikgu-cikgu pun sama naik dengan doktor dari segi berkenderaan ni.
.
4. Dia jawab pada saya, kereta Kelisa dah habis bayar. Buat 5 tahun sahaja. Suami isteri kerja di tempat yang tak jauh sangat. Suami naik motor isteri pandu kereta. Nak balik kampung pun, masih dalam negeri yang sama dengan tempat bertugas. Kelisa dah cukup untuk balik berziarah.
.
5. Saya tanya lagi. Kalau nak jalan jauh-jauh? Nak bawa anak-anak dan keluarga mertua macamana? Mampukah Kelisa nak bawa ramai-ramai? Jawapan yang sangat KEDEKUT dia berikan pada saya.
.
6. Kerja sebagai doktor cuti tak banyak dan tidak semudahnya untik ambil. Boleh jalan-jalan namun bukan untuk tempoh yang panjang. Jadi katanya “aku sewa Alphard”. Dalam 3 hari sekitar RM1000 kalau pandai bodek dengan owner kereta. Wah! Tentu rugi. Baik kau beli sendiri Zaman.
.
7. Caranya begini untuk KEDEKUT. Kalau beli Alphard 2nd untuk tahun 2012. Harga sekitar RM189K. Kalau buat loan 9 tahun. Mahu dalam RM2K sebulan nak kena bayar. Sedangkan Dr Zaman hanya pergi kerja dengan motor. Orang rumah dengan Kelisa. Maka si Alphard ni akan tersadai di rumah. Digunakan beberapa kali sahaja dalam seminggu. Bahkan untuk long distance hanya beberapa kali sahaja sebulan. Rugilah katanya.
.
8. Walaupun dia hanya sewa Alphard dengan harga RM1000 untuk sekali sewa. Namun itulah harga yang dia kena bayar sekali untuk setahun iaitu hanya pada percutian keluarga. Sedangkan owner Alphard bagi kegunaan individu perlu bayar bulan-bulan walaupun pandu sekejap-sekejap dan jarang-jarang. Roadtax kena tanggung, service kena bayar, tayar kena ganti. Wah, sangat KEDEKUT si Zaman ni.
.
9. Lebihan gaji bulanan dia dan isteri mula menambah eset positif. Sudah ada kediaman peribadi, tanah bendang yang dibeli dan di sewakan, melabur dalam amanah saham dan juga lain-lain demi masa depan.
.
10. Keluarga akan terus berkembang katanya. Nanti anak dah ramai kita fikir pula cara lain untuk selesakan keluarga. Nasihat dia untuk saya dan saya kongsikan buat semua. Jangan tambah aset yan menjadi liabiliti dalam hidup semata-mata untuk jaga apa yang orang nak kata pada kita. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
.
11. Idea ni memang sangat KEDEKUT namun jika kena gayanya Kedekut sudah jadi CERDIK. Pentingnya aliran tunai yang sihat dalam kehidupan kita. Idea ini tak semestinya tepat 100% dengan kita namun boleh diubah suai.
.
12. Saya? Saya hanya test drive Nissan Serena.
Kredit :
Nazmie Samarahan
* Saya ubahsuai nama dan jalan cerita sebab si zaman sentiasa buka FB saya.. haha
gg

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Menurut Dr Sheikh Muszaphar, malam tadi bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana anak kembar mereka secara tidak sengaja terjatuh atas perut isterinya itu.
“Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat.
“Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam. Biasanya kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan.
“Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Saya lihat Dr Halina menangis.
Dalam pada itu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menasihati semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.
“Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam.

Jelas ibu kepada sepasang cahaya mata ini, anak sulungnya yang ketika itu baru mencecah usia setahun kerap menangis dalam suatu tempoh lama hingga membuatkannya risau.
“Dari momen D (Diana) keluar rumah, sampai D balik, Muhammad takkan berhenti menangis sampai pernah hilang suara! Masa tu D sampai hampir lupakan nak kerja takut anak jatuh sakit..,” tulisnya menerusi kapsyen.
Namun isteri kesayangan Farid Kamil akhirnya dapat menarik nafas lega apabila situasi berkenaan semakin baik apabila anaknya menunjukkan perubahan positif.
“Kalau dia nak minum botol atau tidur, kalau Ibu takde, bear akan teman, jadilah bantal busuk. Sampai harini.
