Bila sebut tentang roti kentang, siapa sahaja yang tak kenal atau tak tahu tentang kewujudan roti ini. Roti ini sangat sesuai dimakan begitu saja ataupun dicicah bersama air panas.

Kali ini, dengan resipi yang dikongsikan oleh Rosmawati Abdul Wahab anda boleh buat sendiri roti kentang yang lebih lembut dan gebu di rumah. Bukan itu sahaja, resipi kastard yang dikongsikannya juga dapat menambah lagi rasa sedap roti ini.

Roti Kentang

Kegemaran Anak-Anak! Wanita Ini Kongsi Resipi Roti Kentang Kastard Lembut Dan Gebu!

Bahan-Bahan:

  1. 150gm kentang (Potong kecil-kecil)
  2. 125ml air
  3. 350gm tepung tinggi protein/ tepung roti
  4. 100gm tepung gandum
  5. 100gm gula kastor
  6. 3/4 sudu teh garam
  7. 6gm/2 sudu teh mauripan
  8. 2 biji telur
  9. 60ml air
  10. 2 sudu besar susu tepung
  11. 60gm butter/marjerin yang telah disejukkan

Kastard

Bahan-Bahan:

  1. 3/4 cwn susu segar
  2. 2 sudu besar tepung kastard
  3. 2 sudu besar gula kastor
  4. 1 sudu teh butter/marjerin
  5. 1/2 sudu teh esen vanila

Cara-Cara:

IKLAN

– Campurkan tepung kastard dan gula. Kacau rata.

– Masukkan susu dan kacau dengan whisk sehingga sebati. Masak guna api slow sambil kacau sehingga pekat.

– Tutup api, masukkan mentega dan esen vanila. Kacau rata dan boleh paipkan kastard ketika masih suam.

– Rebus kentang lebih kurang 20-25 minit atau sehingga empuk. Lenyekkan dan biar sejuk.

– Campurkan 350gm tepung tinggi protein/ tepung roti, 100gm tepung gandum, 100gm gula kastor, 3/4 sudu teh garam, 6gm/2 sudu teh mauripan, 2 biji telur, 60ml air, 2 sudu besar susu tepung dan juga kentang yang dilenyek tadi. Guna mixer low speed dan uli sebati.

IKLAN

– Masukkan 60gm butter/marjerin yg telah disejukkan sedikit demi sedikit. Tukar kepada medium speed. Uli sebati sehingga doh lembut dan elastik.

– Matikan mixer, taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh dengan tangan sekejap. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap selama sejam.

– Selepas sejam, uli lebih kurang 5 minit dan bahagikan doh kepada 40gm. Dapat lebih kurang 23 biji.

– Gunakan loyang 8″x8″. Setiap loyang muat 9 biji doh. Rehatkan doh lebih kurang 45 minit.

IKLAN

– Sebelum bakar, sapu permukaan doh dengan telur yang dipukul dan boleh paipkan kastard di atasnya.

Kegemaran Anak-Anak! Wanita Ini Kongsi Resipi Roti Kentang Kastard Lembut Dan Gebu!Kegemaran Anak-Anak! Wanita Ini Kongsi Resipi Roti Kentang Kastard Lembut Dan Gebu!

– Panaskan oven dan bakar 190° selama 17 minit, api atas bawah. Pindah tray bawah, tmbah lagi 3 minit. Keluarkan roti dari loyang ketika masih panas.

Kegemaran Anak-Anak! Wanita Ini Kongsi Resipi Roti Kentang Kastard Lembut Dan Gebu!

Info Tambahan:

– Guna mixer standard yang majoriti kita guna di rumah. Tukarkan kepada dough hook untuk menguli adunan.

Sumber: Rosmawati Abdul Wahab

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI