Kegembiraan hanya sementara, kesedihan pula menerpa. Begitulah situasi yang dialami oleh graduan ini ekoran penemuan mayat ayah tercinta setelah hilang dilaut baru-baru ini. Khabaran duka itu, mengejutkan anak mudah ini bertapa, kasih sayang ayah hingga hujung nyawa. Mencari rezeki demi membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak tanpa menghiraukan bahaya mendatang. Sebak dengan perkongsian Faiz Mechi  yang merakamkan momen berlatarbelakangkan pantai  dengan memakai baju graduasi bersama arwah ayah dan ibu. Moga arwah ayah Faiz Mechi ditempatkan bersama orang beriman.

_______________________________________________________________

Kegembiraan Sementara, Kesedihan Pula Menerpa. Hadiah Terakhir Untuk Ayah!

HADIAH TERAKHIR UNTUK AYAH !!

IKLAN

APRIL 2018
Dalam beratus-ratus gambar, gambar ini sangat istimewa bagi aku. Gambar sebuah keluarga pesara tentera/nelayan dan suri rumah bersama anaknya. Tiada berlatar belakang kan studio gambar, cuma berlatar belakang di tempat ayahku mencari rezeki untuk keluarga.

Terukir senyuman kedua ibu ayah ku ketika ini. Anak yang dibesarkan dari kecil hingga dewasa kini telah menamatkan pelajaran di universiti. Ayah dan ibu lagi bertambah gembira kerana aku telah mendapat pekerjaan tetap ketika ini. Sekarang aku dah boleh berdikari dan membalas jasa ibu ayah aku semula.

IKLAN

Namun ia hanya hasrat yang sementara. 28 November 2018, tersentak hatiku mendapat berita ayah hilang di lautan ketika mencari rezeki untuk keluarga.. Allah.. 2 hari aku menanti ayah, namun ayah tidak dijumpai oleh pasukan menyelamat. Berkat rezeki doa dan takdir Allah S.W.T., ayah timbul di permukaan jam 12.45 pagi setelah 2 hari misi pencarian. Allah takdirkan seorang nelayan untuk menjumpai ayahku di lautan. Ayah selamat dikebumikan pada waktu Asar, Hari Jumaat, 30 November 2018.

Terima kasih ayah sebab membesarkan Faiz sampai ke hari ini. Segala pesan dan ilmu yang ayah berikan Faiz tak akan lupakan. Faiz dan Salmi janji akan jaga ibu sampai bila-bila.

IKLAN

Saya Muhammad Faiz Bin Md Rasid, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam mencari ayah dan juga mendoakan arwah ayah saya. Maaf kepada semua pihak kerana saya tidak dapat reply semua ucapan di whatsapp dan sosial media namun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas keperhatinan dari tuan2 dan puan2 sekalian. Segala jasa baik tuan2 dan Puan2 tidak dapat sy balas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan2 dan puan2.

Assalamualaikum

Al-Fatihah
PW U 1 (B) Md Rasid Bin Md Jizan (1966-2018)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI