Semua yang terjadi dalam hidup kita ni, semuanya ketentuan Allah. Terutamanya soal jodoh, semua antara kita telah ditetapkan pasangan masing-masing cuma siapa, cepat atau lambat semuanya rahsia Dia.
Misalnya bagi pasangan mempelai ini, meskipun pengantin lelaki ini merupakan seorang insan kurang upaya, tetap menjadi pilihan si suri hati untuk menjadi pilihan hidup.
Detik indah penyatuan dua jiwa itu dikongsi oleh seorang photographer di aplikasi Tiktoknya iaitu Alang Nordin. Dalam rakaman tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki bergerak dengan menaiki skateboard untuk masuk ke kawasan dewan. Walau bagaimanapun, Haziq Samrat sama sekali kelihatan tidak kekok dan tampil yakin sewaktu bersalam untuk upacara akad nikah.
Ads
Sementara itu, mempelai wanita yang dikenali sebagai Miera pula sudah tersenyum manis sedondon menyarung persalinan serba putih di atas pelamin. Malah mereka berdua juga sempat mengadakan sesi photoshoot sesi outdoor bersama seusai majlis diadakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui cukup sebak melihat pasangan berkenaan. Malah ramai yang memuji keikhlasan pengantin wanita dan juga keluarga menerima pasangannya dengan cukup baik.
Selagi hidup di dunia ini, kita memang tidak boleh lari daripada terus diuji. Ada orang kata, dengan ujian itulah juga yang menjadikan diri seseorang menjadi dewasa dan lebih matang . Namun ujian yang datang bukanlah mudah untuk ditempuh, silap percaturan tidak dapat diurus dengan baik dan menjadikan hidup merana sepanjang hayat.
Lalu tidak hairanlah setiap kali melihat anak-anaknya diuji dengan pelbagai dugaan, mak-mak kita dulu akan memberi nasihat yang cukup pendik namun besar maknanya, ayat keramat itu adalah “Sabar, banyak-banyakkan bersabar.”
Memahami lagi erti sabar ini, melalui perkongsian Puan Raudzah Arippin di akaun fbnya membuatkan terkesan di hati. Apatah lagi jika kita sendiri sedang lalui ujian hidup. Memang benarlah, sabar itu kuncinya dan harus dijaga rapi.
Ini Perkongsiannya.
Ketika ke Kedah tempoh hari, saya berjumpa sahabat lama saya, Sumayyah Abd Rahman. Mayyah, sahabat baik saya sejak kami sama-sama belajar di UPM dulu (1996-2000).
Kami duduk berbual lama juga. Lalu Mayyah bercerita perihal pemergian arwah ibunya. Dan salah satu perkara yang dia cerita ini, buat saya berfikir dalam.
“Uda, dulu mak aku selalu pesan, kena sabar”
“Tapi masa tu aku tak faham. Aku fikir sabar tu, sebagai sabar macam biasa”
“Tapi bila mak aku dah tak ada, baru aku faham, sabar yang mak-mak kita pesan ni sebenarnya lebih besar dari perkataan sabar tu sendiri. Ia sesuatu yang ‘beyond’ dari sabar, yang kita tak akan faham selagi kita tak alami ujian yang sebenar dan berfikir betul-betul”
Lalu saya pun terdiam.
Telah berulang kali saya mencatatkan sebelum ini, begitu jugalah pesan emak pada saya, lebih lagi bila suami saya jatuh sakit. Sakit yang berat.
Emak tidak pernah beri nasihat panjang berjela. Emak cuma pesan,
“Sabar. Sabar banyak-banyak”
Dan sabar yang emak maksudkan rupanya, sama sahaja dengan apa yang emak Mayyah pesan.
Ia bukan sekadar bersabar dari perasaan sedih. Tapi lebih dari itu. Sabar itu satu nasihat positif yang akan memberi kesan kepada seluruh tindakan, dan juga emosi kita.
Saya merenung semula banyak hal.
Tuhan menetapkan, setiap jalan ada likunya. Malah kita menyangka mungkin Tuhan akan mengurangkannya bila kita sudah rasa ujiannya sudah maksimum. Tetapi tidak. Dia akan tetap menguji. Dan tetap juga, sabar itulah yang perlu dijadikan teman baik.
Banyak kali saya gagal juga sebenarnya. Bergelut mengurus kehidupan, dan mengurus emosilah yang sangat berat. Saya jadi cepat marah dan tidak tahan dengan tekanan. Sebab itulah agaknya mak selalu pesan suruh sabar. Ia bukan senang. Tidak.
Sabar dalam menghadapi ujian hidup yang berat, memerlukan rasa sabar itu jauhhh lebih besar dari emosi sedih, perit dan payah, itu tidak sama dengan sabarnya engkau bila selipar hilang masa solat Jumaat.
Dan saya fikir, sabar itu benar benar diperlukan dalam mengurus emosi. Emosi yang berat, yang negatif.
“Ya Uda. Bila hang kata pasal cabaran sebenar adalah cabaran mengurus emosi tu, aku sangat setuju. Itulah cabaran sebenar hidup kita.” Kata Mayyah sebelum kami berpisah pada hari itu.
Begitulah.
Pesan emak saya dan emak anda semua juga barangkali, “Banyak-banyak bersabar” itu tetap akan menjadi nasihat pendek yang mengesankan.
Usah berfikir negatif dengan pesan itu. Ia sebenarnya pesanan ringkas penuh bermakna, yang jika kita dalami maksudnya, ia akan mengawal seluruh tindakan dan fikiran kita kepada yang lebih baik. Mendorong perasaan supaya lebih bertenang.
Itu saja. Moga faham maksud saya. Terima kasih ya baca sampai habis.
Nak masak organ dalaman binatang seperti ayam dan lembu, kenalah cuci sebersih-bersihnya. Misalnya bahagian perut, usus dan sebagainya.
Semalam tular seorang wanita memuat naik gambar sup perut yang dibelinya, tetapi tidak dibasuh dengan bersih. Pada awalnya, dia menyangka lemak perut, tetapi rupanya tahi lembu!
Ketika kejadian, sup tersebut berbau busuk selepas dipanaskan. Setelah diperiksa, pasti anda akan kembang tekak dibuatnya.
Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai org kata sedap.
Jadi kita pun terliur try lah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.
Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada 2 ketul perut bulat penuh taik.
Call peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terkejut dengan peniaga yang sambil lewa dalam penyediaan makanan. Malah ada juga yang perkongsi pengalaman sendiri berdepan dengan situasi sama seperti ini.
Tentunya cuti hujung tahun yang lalu ramai antara kita menghadiri majlis kenduri kahwin. Umumnya, dalam majlis perkahwinan akan ada ada pemberian duit salam kaut, iaitu duit pemberian ikhlas tetamu yang diundang kepada tuan rumah.
Pun begitu dengan kekerapan menghadiri majlis kahwin yang diadakan, timbul juga beberapa persoalan tentang berapakah yang ‘wajar’ bagi wang ‘salam kaut’ harus diberikan?
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meskipun tiada nilai tetap untuk dimasukkan ke dalam sampul tersebut, lazimnya tetamu faham sendiri untuk meletakkan sejumlah wang bagi tujuan untuk membantu meringankan sedikit kos yang ditanggung oleh tuan rumah. Barangkali dengan melatakkan RM10-RM20, atau pun RM5 dirasakan paling wajar.
Namun lain pula kisahnya yang terjadi pada seorang individu ini selaku tuan rumah apabila membuka isi sampul yang diperolehi daripada salah seorang tetamu yang bertandang di majlis perkahwinan, bukan wang yang diisi tetapi lipatan tisu semata-mata.
Jelasnya lagi, memang sebagai peganjur majlis tidaklah mengharapkan apa-apa daripada tetamu. Namun perbuatan tetamu seperti dengan memasukkan tisu tandas ke dalam sampul, ujarnya membuatkan hatinya terguris.
Berbalik pada tujuan kita undang tetamu untuk apa… Adakah untuk jamu tetamu atau mengharapkan pulangan-Netizen
Menjengah di ruangan komen , rata-rata warganet melihat daripada sisi positif dengan bersangka baik walaupun ada sebahagiannya turut berasa kecewa dengan tindakan tetamu tersebut.
Arwah abah aku pon pernah dapat macam ni. Berbalik pd tujuan kita mengundang tetamu untuk apa. Adakah untuk menjamu tetamu atau mengharap pulangan.
Pernah dapat camni. Kami gelak je. Takda apa sangat la. Bukan semua berduit. Niat sedekah insyallah rezeki bertambah 😇😇
bersangka baik jer awak,maybe dye xde duit waktu tu,nk salam kosong takut malu..maafkan dia ya
pnh kena mse mjlis kwen,salam keruk..jmpe tisu n kad kwen blik simpan dlm smpul..tula x bgi pn xpe kot,just mkn jla..
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...