Datin Almy Nadia menitipkan doa dan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Nur Afrina Arianna yang kini genap 7 tahun.
Ibu kepada empat cahaya mata yang juga isteri kesayangan Dato Fizz Fairuz ini memuatnaik ucapan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Assalammualaikim good morning semua. Dear my twin nur afrina arianna Selamat hari jadi wahai anak mama, kejap ja rasanya dah 7 tahun.
“kakak nnt besar baca tau, mama sayang kakak sangat2 tau, mama sentiasa doakan kakak panjang umur,sentiasa dimurahkan rezeki.
“Menjadi anak yang solehah buat mama n papa dan menjadi kakak yang baik, menjadi contoh yang sempurna buat adik2 dan semua. Happy birthday nana mama very love u @fizzfairuzofficial,” ujar Almy lagi.
Sebagai ibu tiada doa lain selain berharap si anak Arianna atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu menjadi seorang anak yang solehah dan kakak yang baik kepada adik-adiknya.
Sekadar makluman, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.
Ads
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lain bernama Nurr Afrina Aurora, 6, Nur Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah yang baru sahaja dilahirkan pada Disember lalu.
Ibu mana yang tidak risau kalau jam dah mencecah tengah malam, tetapi anak gadis masih belum pulang ke rumah!
Itulah yang dirasai oleh penyanyi Sharifah Zarina yang menunggu anaknya, Athalia Deena Khamis lalu yang berdepan detik cemas selepas sesat ketika mencari jalan pulang ke rumah.
Perkara ini dikongsikan oleh Sharifah Zarina sendiri menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.
Difahamkan Athalia yang baru selesai menghadiri sebuah majlis gagal menjumpai jalan pulang disebabkan aplikasi waze tidak boleh digunakan kerana telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.
“Saya hairan dah pukul 12:30 malam dia tak balik-balik, saya dah panik dan risau waktu itu. Saya check guna aplikasi Friends Finder dia berada di Kepong, waktu itu saya anggap dia guna jalan belakang.
“Tapi saya hairan kenapa dia lama sangat dekat situ tak bergerak, saya rasa dia habis bateri, rupanya memang betul dia habis bateri dan wayar caj telefon pula rosak ketika itu. Malam tu juga nak rosak, tak pernah-pernah rosak.
“Dia kata dah hampir sejam pusing dekat kawasan sama, anak saya sesat di kawasan tersebut selama sejam rupanya, Allahuakbar,” katanya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, penyanyi yang hits dengan lagu Langit Ketujuh itu menjelaskan akhirnya Atahlia berjaya sampai ke rumah selepas dibantu oleh seorang penghantar makanan.
Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya itu memanjat rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada individu tersebut yang dikenali sebagai Muhd Zul Naim kerana membantu anaknya.
“Athalia berhenti dekat satu stesen minyak dia pinjam telefon dekat orang di situ. Mula-mula ada yang tak bagi pinjam sebab khuatir dia penipu kan.
“Kemudian ada seorang abang grab food, dia sudi beri pinjam. Bukan itu sahaja tau, abang itu sanggup hantar dia balik sampai depan rumah. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap apa.
“Saya sampai mesej abang itu minta nombor akaun nak upah sebab dah bantu anak saya. Saya cakap dengan dia susah nak cara orang baik macam itu zaman sekarang ni.
“Dia kata ikhlas, dia hanya minta saya doakan dia dapat lebih banyak order lepas ini,” jelasnya.
Pada akhir video tersebut, Zarina turut menadah tangan dan menyebut nama Muhd Zul Naim lantas mendoakan kesejahteraan buatnya.
Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Sudah tentunya kita mahukan pasangan yang baik dan sedap mata di pandang.
Semua insan, sama ada lelaki atau perempuan, pasti punyai ciri-ciri yang diidamkan oleh pasangan masing-masing. Begitu juga dengan lelaki keterunan cina ini, Adam Kelvin yang berkongsi kisah menarik mengenai kenapa dia memilih wanita melayu berbanding keturunan asalnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Antara sebab kenapa saya pilih perempuan Melayu sebagai isteri:
1. Kasih sayangnya pure. Sebagai lelaki chinese, saya memang tahu sebenarnya mengahwini perempuan cina bukan option utama. Haha.. maintenance tinggi woo.. Kemudian, kebanyakan saya jumpa, kalau ada duit banyak, sayanglah suami dan anak. Tapi kalau suami tak ada duit, sayang tu akan defisit sama dengan nilai duit. Atau mungkin lagi kurang. Haha..
Tapi tak semua ya. Tapi kami selalu dididik macam tu. Money is everything. Cash is a king. Dah terbiasa dengan mindset macam tu. Tak dinafikan mostly mereka datang dari family yang kaya. Takkanlah ayah mereka nak kahwinkan anak perempuan mereka untuk susah bersama suami? Pasti cari yang sama taraf.
Perempuan melayu ni, kasih sayangnya sejati. Sekali sayang, kebanyakannya ikhlas dan setia hujung nyawa. Til jannah orang kata. Kalau tak sayang suami pun, kasih sayang mereka terhadap anak tak pernah luntur.
2. Mata cantik. Tahu tak sebenarnya raaammmaaai lelaki cina diluar sana lebih sukakan perempuan melayu. Sebab bermata cantik. Bulat dan besar. Nampak lebih berseri. Itu antara sebab kenapa ramai wanita cina sanggup pakai contact lens yang besar-besar untuk nampak comel. Sedangkan perempuan melayu tak perlu semua tu. Dari sudut raut wajah pun, perempuan Melayu memang lebih cantik berbanding perempuan Cina. Perempuan Melayu cantiknya, fuhhh.. memang masyaallah! Masa saya bawa balik wife saya jumpa family, mereka semua cakap wife saya cantik. Haha.. tapi wife saya tak percaya. Dia selalu rasa dirinya tak cantik. Haih. Tapi mereka takut nak berkahwin sebab kekangan agama dan budaya. Huhu.. Tapi saya dengar, lelaki melayu suka amoi jugak ya?
3. Pegangan agama Perempuan melayu ni mempunyai pegangan agama yang kuat. Mereka pandai menjaga diri dan mendidik anak. Itu antara sebab kenapa saya pilih wife saya dari kampung. Sebab dia pandai jaga diri dan banyak ilmu agama yang dapat saya belajar bersamanya. Perempuan bandar ketika tu, saya takut nak dekati. Saya takut high maintenance jugak.
4. Sanggup susah senang bersama Masa merisik wife saya dulu, saya beritahu yang saya tak mampu nak sewa rumah. Saya kata hanya ada bilik dan sebuah motor saja. Actually saya nak uji tahap mana bakal wife saya dapat terima keadaan saya. Surprisingly, mak mertua saya totally okay!
Beliau kata, asalkan saya berusaha untuk majukan diri dan cuba usaha bagi yang terbaik buat keluarga, tak ada masalah. Semua orang bermula dari bawah. Masyaallah. Tabarakallah. Alhamdulillah. Wow!
Tapi sebenarnya masa tu saya dah beli rumah dan kereta sebelum berkahwin. Saya saja sembunyikan perkara tersebut sampailah lepas berkahwin, baru saya reveal. Memang itu matlamat saya. Cuba memiliki rumah diusia muda dan ayah saya sering tanamkan mindset kepada saya, sebelum kahwin wajib beli sebuah rumah untuk bina family.
Saya tak nafikan, jiwa wanita melayu ni memang kental. Susah macam mana sekali pun, jangan harap nak tinggalkan suami. Sanggup bergadai emas untuk bantu suami.
Akhir sekali.. Ramai tau kawan-kawan chinese saya nak berkahwin dengan perempuan melayu. Cuma mereka masih tak nampak keindahan Islam tu macam mana. Doakan mereka agar dapat hidayah ya suatu hari nanti? Adam Kelvin Suka belajar perbezaan budaya dan cuba meraikan kegemaran wife saya.
Bulan Ramadan akan bermula esok dengan jamuan berbuka puasa bersama keluarga selain solat Tarawih secara berjemaah di rumah setelah wabak Covid-19 masih belum berakhir.
Inilah masa mengadakan pahala solat terawih berjemaah, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga.
Ikuti pandangan menerusi FB Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai solat terawih di rumah dengan lanjut.
HUKUM MELAKSANAKAN SOLAT TARAWIH DI RUMAH BERSAMA KELUARGA
Soalan:
Assalamu’alaikum, memandangkan kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, minta pihak tuan jelaskan berkenaan hukum mendirikan solat sunat tarawih di rumah. Terima kasih.
Jawapan :
Sebagai kesimpulan, kami akhiri kenyataan kami ini dengan beberapa noktah yang berikut :
• Dibolehkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah. Ini lebih utama dengan mengambil kira suasana Perintah Kawalan Pergerakan pada waktu ini.
• Berkenaan dengan tatacara pelaksanaan solat tarawih di rumah pula, kami nyatakan seperti berikut :
• Waktu untuk mendirikan solat tarawih secara berjemaah adalah sebaik sahaja solat Isya’ selesai didirikan dan tempoh pelaksanaannya boleh dilakukan sehingga terbitnya fajar.
BACAAN SOLAT
• Solat dipimpin oleh seorang lelaki dewasa, sama ada ayah atau anak-anak lelaki. Bacaan di dalam solat adalah dengan membaca mana-mana surah yang mudah dan juga bacaan surah yang dihafal. Meskipun begitu, jika imam ingin membaca bacaan Al-Quran di dalam solat tarawih dengan melihat mushaf di hadapan, kami berpendapat hukumnya adalah harus seperti yang telah kami jelaskan secara panjang lebar dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-303: Hukum Melihat Mushaf Al-Qur’an Ketika Solat yang boleh dibaca di pautan berikut https://bit.ly/2VpSrGV
• Boleh untuk memilih sama ada hendak melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat mahupun 20 rakaat iaitu dipisahkan setiap dua rakaat dengan satu salam. Dalam masa yang sama, keadaan dan kemampuan keluarga hendaklah diraikan dalam hal ini.
SOLAT WITIR
• Kemudian setelah selesai solat tarawih secara berjamaah, dirikan lah juga solat witir secara berjemaah. Mengenai tatacara pelaksanannya, rujuk artikel kami Al-Kafi #1393 : Tatacara Solat Witir Yang Afdhal yang boleh dibaca menerusi pautan berikut https://bit.ly/3cForML
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.