Setiap kesukaran hidup, mengajar kita menjadi seorang yang matang dan berdikari untuk menhadapi cabaran yang mendatang. Sebagaimana keperitan hidup anak ini, yang kehilangan ayah tercinta kala usianya masih kanak-kanak, ibu pula pemegang kad, orang kelainan upaya sehinggakan pernah dikenali sebagai anak nakal pada usia 10 tahun sudah berani tak pulang ke rumah serta tidak hadir sekolah berbulan-bulan lamanya.
Setelah pemergian ayah, anak ini dan ibunya tinggal bersama datuk di kampung dengan menjalani kehidupan serba kekurangan. Namun, ia bukan alasan untuk anak muda ini patah semangat. Kini beliau mengorak langkah berjaya dalam bidang sukan. Sebagaimana perkongsian Puan Natipah Abu yang merupakan sukarelawan yang turut membantu menyediakan keperluan keluarga asnaf ini. Kisah ini sungguh inspirasi untuk menjadi kita ibu bapa yang cakna dalam mendidik anak.
Seperti yang selalu Kak Pah sebut di sini anak-anak kami datang dari berbagai latar-belakang. Pernah kandas sekolah sebelum diambil bersama kami itu bukanlah perkara asing lagi. Justeru itu, kami tidak mengharap banyak dari mereka. Dapat ke sekolah tanpa melanggar disiplin pun sudah cukup membanggakan kami. Ada pihak rumah anak yatim yang apabila kes dirujuk kepada mereka , akan bertanya pegawai JKM “ budak ni berapa A ? “ . Sedangkan kami pula , menerima seadanya selagi dia bergelar anak yatim atau asnaf.
Ads
Dulu anak nakal
Hafiz,
Arwah ayahnya pernah terlantar akibat angin ahmar sebelum pergi. Dia sudah menjadi anak nakal yang selalu ponteng sekolah bahkan kadang-kadang tak balik ke rumah sejak usia 10 tahun.
Apabila ayah meninggal .. dia pernah berhenti sekolah selama berbulan-bulan. Dia dan ibunya yang juga pemegang kad OKU itu, tinggal dengan arwah datuk dan nenek.
Kami menerima amanah menjaganya ketika dia berumur 11 tahun, tak lama selepas arwah ayah menghembuskan nafas terakhir.
“ Tok wan ni kalau nampak kereta masuk ke lorong rumah Tok Wan ni … kereta duk hujung sana lagi , tok wan di sini, ketaq nak pengsan dah. Takut cikgu mai cari Tok wan
nak habaq apa pulak tentang Hafiz ni … “
Ads
Begitulah fobianya arwah datuknya yang Kak Pah kunjungi beberapa ketika sebelum meninggal dunia tahun lepas akibat kanser .
Setelah empat tahun berlalu
Ads
Hafiz telah berjaya membuktikan bahawa setiap insan punya kelebihan. Andai diberi peluang dan tunjuk ajar dengan kasih-sayang .. masih punya masa depan yang gemilang.
Hafiz mampu menjadi seperti hari ini juga berkat sokongan teguh dari Mama Zaharah Mohamed Khir dan Abang Shah Akish Akasha , juga guru-guru dan mereka yang ada disekelilingnya.
Bakat sukannya mula menyerlah apabila dia melangkah ke sekolah menengah. Kini …. telah terpilih mewakili daerah setelah menang pingat emas dalam lari 200 meter dan 400 meter serta gangsa bagi 4X4.
Hafiz akan membawa nama SEK MEN KEB SG LAYAR dan DAERAH KUALA MUDA YAN dalam pertandingan peringkat negeri di Stadium Darulaman pada 11 Mac nanti.
Biarpun dalam kesibukan membuat persediaan ke Johor .. kami tidak lupa untuk menghargai kejayaannya. Semalam .. kami mencari kasut sukan yang dihajatkannya di beberapa buah kedai di Sg Petani malangnya tiada dan hari ini .. kami akan mencari lagi.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa bahawa setiap anak itu, ada potensi diri yang harus digilap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Akhirnya persoalan terjawab sama ada sekolah diteruskan atau sebaliknya setelah penularan kluster sekolah.
Ekoran penularan itu di beberapa buah negari hingga negeri Selangor hari ini terpaksa menutup 79 buah sekolah akibat pengesan jangkitan covid-19.
Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia semakin matang menghadapi situasi Covid-19, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Jidin telah mengumumkan operasi persekolahan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara di tutup selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mei depan.
“Petang tadi saya berkesempatan bertemu pengamal media bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan KPM.”
“Antaranya adalah mengenai cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas cuti perayaan nanti.”
“Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.”
Katanya lagi, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.
Tegasnya, dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.
Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.
IBU BAPA TARIK NAFAS LEGA
Melihat kepada ruangan komen, rata-rata melahirkan rasa syukur dengan keputusan bijak dan tepat pada masanya.
Sumber: Facebook Dr Radzi Jidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rumah yang cantik, wangi dan kemas idaman seorang.
Jika rumah semak dengan bau yang kurang segar, boleh buat kita stress.
Menarik dengan sharing seorang wanita tentang 4 petua wangikan rumah.
Nak tahu, ikuti perkongsiannya.
Jom wangikan rumah…sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me 1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum 2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba! 3.Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi! 4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat Mencuba
Kredit : nik zainah muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setelah berteka teki status kehamilan usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa akhirnya mengesahkan bahawa dia sedang hamil anak kedua.
Menurut Neelofa, usia kandungan sudah memasuki trimester kedua. Katanya, perjalanan hamil untuk anak kedua ini lebih mudah berbanding anak pertama dahulu, Muhammad Bilal.
“Iya, doakan yang terbaik untuk saya. Rasanya semua dah nampak kan? Usia kandungan half way to go. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebab ada anak kecil lagi. Tapi syukur semua doakan saya.” Katanya.
Neelofa berkata demikian ketika majlis pelancaran Warisan yang diadakan di butik Naelofar, KL East Mall, pagi Selasa.
Dalam pada itu, pemilik nama dia Noor Neelofa Mohd Noor menyatakan dia tidak mengalami sebarang alahan selain bersyukur perjalanannya dipermudahkan.
“Dari anak pertama lagi memang tak memilih gender. Alhamdulillah, tidak ada alami alahan teruk. Ini pun dah anak kedua. Jadi sudah biasa dan tahu untuk mengatur semuanya.
“Persiapan semua dah ada dah. Siap semua untuk sambut bayi kami” tambahnya.
Terdahulu, desas-desus Neelofa hamil anak kedua mula diperkatakan selepas video yang menampakkan perubahan pada fizikal terutama bahagian perut menjadi tular dalam laman sosial.
Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.