Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus idaman semua wanita, walaupun sudah meningkat usia. Malah, siapa yang tidak ingin cantik dihadapan suami secara semulajadi.
Oleh sebab itu, ramai yang sanggup ke pusat kecantikkan untuk rawatan wajah setiap bulan agar wajah sentiasa cantik dan sihat.
Namun, mendapatkan kecantikkan di spa, wanita juga boleh melakukan penjagaan wajah secara secara alami dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rak dapur.
Menerusi perkongsian seorang wanita ini sungguh inspirasi. Hanya menggunakan bahan seperti timun, kunyit dan asam jawa sudah memadai untuk penjagaan wajah yang sempurna.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun. . Aritu sorang sobat citer, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Ya Aulohhh mendidih rasa kulit kata dia.
Amende laa. Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.
Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu.
Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kene yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!
Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural2 limau pun tak semua boleh ngam.
Macam masker pakai 3 bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat.
Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi toksah kelam kabut sangat bereksperimen memacam kat kulit. Tau dah nak cantik raya.
Dah alang langsir baru, baju baru tudung baru. Kang best kulit pun baru. Bersih, cerah, jeragat, parut kokoh nempel tu jadi pudar. Ahh gitew.
Kenapa 3 bahan, cemana nak buat & berapa kerap pakai, nakti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit.
Berminat nak terai tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.
Masih ingatkah anda tentang beberapa petua kecantikan yang sering diajar oleh ibu atau nenek kita semasa kita mengenjak ke alam remaja? Pantang di lihat jika ada jerawat di wajah anak cucunya, akan segera diambil bahan-bahan alami seperti pucuk jambu batu, daun pandan, telur, tepung dan sebagainya untuk menghasilkan bahan merawat kulit wajah agar kembali bersih dan berseri.
Jadi tidak hairanlah orang dulu-dulu memang memberi tumpuan dalam penjagaan kecantikan wajah. Malah jika dilihat pada kosmetik yang digunakan pula, mereka menggunakan produk yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Dan antara bedak yang popular di masa itu adalah bedak batu atau juga dikenali dengan bedak nyonya untuk digunakan sehari-harian bagi menjaga kulit wajah tampil cantik.
Bagi anda yang tidak mengenali produk yang penuh dengan nostalgia ini, ayuh baca perkongsian Marina Seringat yang telah menggunakan bedak nostalgia ini. Siapa sangka produk ini menjadi ‘penawar’ masalah jerawat yang dialaminya. Jom semak!
Tips kurangkan pertumbuhan jerawat yang suka tumbuh tanpa rela!
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama.
Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan. Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
Haaa rahsianyaaaa bedak nilahhhhh!
2 minggu berturut sebenarnya kulit ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan
Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Hihih
Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!
Bahan-bahan :
1/2 sudu bedak nyonya
Sedikit air suam
Cara-caranya:
1. Campurkan air suam dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress)
2. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
3. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
4. Cuci dan rasakan perbezaan!
*Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir.
Suatu ketika dahulu, kisah dan namanya mejadi bualan ramai. Ibarat cerita fairytale, mendapat jodoh dengan anak raja, namun kisahnya bukan dongengan sebaliknya realiti.
Bertemu jodoh dengan Yang Amat Mulia, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membawa beliau ke dunia yang alam rumah tangga yang bahagia.
Bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan di Singapura ini cukup manis orangnya. Perwatakannya yang sopan santun sesuai dengan raut wajahnya yang cukup anggun dan lembut.
Membuatkan ramai terpikat memandangnya. Itulah personaliti yang ada pada Cik Puan Julita Aishah yang cukup disayangi ramai.
Begitupun kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga dan lama tidak muncul dikhalayak.
Namun, dalam satu perkongsian di laman instagram baru-baru ini, ssuuk tubuh Cik Puan Julita tetap manis dan anggun seperti dulu.
Penampilan berhijab dengan mengenakan busana baju kurung memperlihatkan sisi sopannya tidak pernah berubah. Apatah lagi wajahnya, tetap awet muda dulu dan kini.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.