Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus idaman semua wanita, walaupun sudah meningkat usia. Malah, siapa yang tidak ingin cantik dihadapan suami secara semulajadi.

Oleh sebab itu, ramai yang sanggup ke pusat kecantikkan untuk rawatan wajah setiap bulan agar wajah sentiasa cantik dan sihat.

Namun, mendapatkan kecantikkan di spa, wanita juga boleh melakukan penjagaan wajah secara secara alami dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rak dapur.
Menerusi perkongsian seorang wanita ini sungguh inspirasi. Hanya menggunakan bahan seperti timun, kunyit dan asam jawa sudah memadai untuk penjagaan wajah yang sempurna.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Kiub Ais pencerah Kulit. Campuran Kunyit, Asam jawa & Timun.
.
Aritu sorang sobat citer, ada try campur limau nipis dan soda bikarbonat untuk buang parut. Ya Aulohhh mendidih rasa kulit kata dia.

Amende laa. Guna limau nipis saja pun Kakdell sendiri hampir rasa nak pi sembam muka dalam ais, inikan campur soda bikarbonat.

IKLAN

Tajam tuuu siap boleh putihkan lantai tandas ganti clorox tau dak. MOHON istighfar banyak dekat yang bagi resepi diy macam tu.

Kulit jenis tebal no worries la sangat. Kene yang kulit nipis sensitif tu. Eh senget jugak!

Nak mudah cuba buat masker lembut mesra kulit ni dari jenis berasid cam tadi. Sebab natural2 limau pun tak semua boleh ngam.

Macam masker pakai 3 bahan ni. Hanya timun, kunyit dan asam jawa inshaallah boleh sangat.

IKLAN

Niat melawa cara alami tu comel dah. Tapi toksah kelam kabut sangat bereksperimen memacam kat kulit. Tau dah nak cantik raya.

Dah alang langsir baru, baju baru tudung baru. Kang best kulit pun baru. Bersih, cerah, jeragat, parut kokoh nempel tu jadi pudar. Ahh gitew.

Kenapa 3 bahan, cemana nak buat & berapa kerap pakai, nakti boleh baca kat gambar. Kat situ Kakdell ada ringkaskan serba sikit.

IKLAN

Berminat nak terai tapi tak pasti bila nak buat tu boleh la share dulu tanak bagi hilang ya.

RUJUK GAMBAR

Kiub Ais Pencerah Kulit Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Ini Rahsianya Nak Kulit Wajah Cantik Dan Sihat.
Nak senang buat banyak dan bekukan. Cara nak buat simple sangat. Bersihkan kunyit hidup, kupas kulit dan parut dengan penyagat bagi halus. Parut timun dan gaulkan sekaligus dengan asam jawa. Boleh pakai terus. Lebih tu boleh letakkan dalam bekas kiub ais macam ni then bekukan. Kakdell punya ni dapat 12 ketul kiub so tahan lah untuk sebulan pakai untuk ramadhan ni.
Kiub Ais Pencerah Kulit Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Ini Rahsianya Nak Kulit Wajah Cantik Dan Sihat.
Timun
Sebab dia bersifat sooting dan boleh sejukkan kulit so dia boleh hilangkan eye bag yang berkilo bawah mata tu. Boleh kurangkan sunburn dan jeragat jugak. Lagi 1 dia banyak air jadinya sangatlah bagus dalam kerja nak lembabkan kulit sambil elak kemunculan kedut semua tu
Kiub Ais Pencerah Kulit Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Ini Rahsianya Nak Kulit Wajah Cantik Dan Sihat.
Kunyit Sebab dalamnya ada kurkumin, ada anti-inflamasi & antioksidan yang kuat. Nanti dia kurangkan pengeluaran minyak, melanin berlebihan dari dalam kulit. Sebab tulah nape dia tersangat bagus dalam nak cerahkan kulit. Dah cerah tu nanti sekali pakej pudar parut dan jeragat datangnya. Seronok tu dia tolong kulit dari hilang keanjalan. Stilll jadik tegang awet muda sokmo gitu. Ehh nak helokkan jerawat pun boleh tau. Beat kan
Kiub Ais Pencerah Kulit Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Ini Rahsianya Nak Kulit Wajah Cantik Dan Sihat.
Asam jawa.
Salah 1 sebab Kakdell pilih Asam jawa ialah sebab dalamnya ada alpha hidroksil asam yang fungsi dia untuk mencerah. Antara kerjanya bantu gelupaskan sel-sel kulit mati.
Lembut, mesra selamat dekat kulit nak banding dengan limau nipis yang soooo tajam tu.
Kiub Ais Pencerah Kulit Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun. Ini Rahsianya Nak Kulit Wajah Cantik Dan Sihat.
Kakdell festime awal pakai tu buat 4 hari berturut. Lepastu baru minimakan 3x seminggu. Sebelum pakai tu muka cuci bersih dulu siap siap bagi tanggal segala minyak, kotor, mekap semua. Kang bazir. Lelah pakai saja tapi zat tak boleh resap masuk kulit sebab awai awai lagi dah kene block kat permukaan. Pakai tu pulak perapnya 20 minit cukup. Takyah tunggu sampai jadi kering keras rasa macam nak merekah. Dan jangan ngade nak ulang bubuh balik. Kang overdose karang. Tak bagus. Nak bilas karang pakai pencuci jenis lembut moist tak keras. Sebab apa tau, takut dia hilang kan nutrien yang ditinggalkan masker tadi. Pesen kakdell simple. Masa cuci tu terus guna sabun natural Detox Soap yangg sooo BERSAKA tu. Lembut sangat dan langsung tak keringkan kulit. Bertahan lembab adalah. Lagi 1 dalam sabun tu sendiri pun dah ada kunyit gak. ❤❤ Cuma 1 nak pesan. Redho je lah erkkalo ada kesan kunen kunen sikit muka tu. Dah nama masker kunyit kan? Lawa apa muka kaler gold. Mewah tuuuu

Selamat peloleh raya berjamaah ya korang.😘

Posted by Riana Samad on Monday, 6 May 2019

Siap. Bekukan dalam peti ais. Selamat mencuba!

Sumber: Riana Samad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI