Tak sah kalau tidak singgah membeli setiap kali melalui kawasan yang menjual air. Tambah-tambah lagi air kesukaan anak-anak. Walaupun mungkin sedap, tetapi hati-hati kerana air yang dibuat diluar sana lebih manis.
Buat ibu-ibu yang ingin memikat hati anak-anak supaya tidak membeli air diluar, apa kata anda sediakan sendiri di rumah. Lebih mudah, jimat dan paling penting dapat dikawal terutama sekali penggunaan bahan pewarna mahupun gula di dalamnya.
Jom cuba AirSunquick Ala Vitagen yang dikongsikan oleh Saleha Maarof.
Selamat mencuba.
AIR SUNQUICK ALA VITAGEN ANAK TAK BEREBUT MINUM ?
Opss, nanti dulu. Kalau pun korang memang dah ramai yang tahu, sokay jee tau.
Sal kongsi resepi air sedap ni pada yang belum tahu keasyikkan air ni. lagi-lagi musim panas yang amat ni. Subhanallah terik kan.
Sekali sal try, anak anak kata, sedap nyaaa mama. Nak lagi nak lagi. Asben sal pun kata sedap laa. Eksaited laa sebab kita try jadi kan hehe.
Rasa pun best. Ikut citarasa tau kalau tak suka manis tu. Jangan kata air potong kaki lak. Terpotong bebetul nanti baru tau hehe.
Bahan bahan
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Cara buat yang mudah.
1. Sediakan air suam suam je. Just nice tak panas tak sejuk untuk elakkan susu pecah.
2. Yang sal baca katanya masukkan susu dulu. Kacau bagi sekata elok.
3. Letak ais dulu, baru letak pati sunquick tu.
4. Boleh perasakan tahap manis dia. Kalau manis lagi tambah je air ye.
Siappp. Sedap minum time panas ni tau.
Sempena nak puasa ni sal bantu mak mak hidangkan air yang sedap buat sendiri untuk anak anak kita. Jadi jimat sikit duit takyah beli air kan hehe.
Ada jugak kata kalau buat air strawberry pun boleh ikut cara ni. Pun sedap dieorang kata. Korang try jela dulu k. Tak salah cuba.
Moga resepi mudah air ala ala vitagen ni boleh buat anak anak puas minum tak berebut tak cukup cukup kan beli 5pek tu hehe.
So sal izinkan korang share air sedap manis diminum ketika dahaga dan panas ni.
“Kalau Chiness Sebut Stim, Maksudnya Guna Method ….”-Lelaki Ni Kongsi Rahsia Orang Cina Buat Nasi Ayam Hainan!
Tidak dinafikan untuk menyediakan Nasi Ayam Hainan lain orang lain caranya. Jika anda ingin kelainan bolehlah mencuba menyediakan mengikut resipi yang dikongsikan ini.
Menurut perkongsian Azrul Azamzi , cara stim ayam untuk mendapatkan ayam yang lebih lembut dan berasa mengikut cara orang Cina masak berbeza dengan orang Melayu.
“Kalau chinesse sebut stim bukan stim dalam steamer. Mereka guna method slow simmer.. Mereka guna method slow simmer,” jelasnya.
Jadi untuk mengetahui rahsia mendapatkan menu Nasi Ayam Hainan yang asli, lelaki ini berkongsi resipi selepas berjaya ‘menuntut’ dengan kawan sepejabatnya yang berbangsa Cina.
Langkah Penyediaannya:
1. Ayam mestilah dalam suhu bilik, bukan yang baru keluar dari icebox kedai aceh mahupun esbox korang tu.
2. Kerat halia tua, akar ketumbar, dan daun bawang. Masukkan dalam periuk berisi air.
3. Air mestilah tenggelamkan ayam.
4. Jerang air tersebut untuk rebus ayam bagi menggelegak. Kemudian celup ayam 3 kali, tiga kali di sini untuk bagi the whole kulit tegang macam lepas cucuk botox. 3 kali di sini bermaksud 1 kali celupan angkat kejap bagi air boiled balik dan celup balik.
5. Gunakan api yang paling rendah, tiada aktiviti rebusan yang menggila-gila, tenggelamkan ayam. Dan bagi dia rilex mandi-mandi dalam 30 ke 45minit bergantung pada size ayam. (Ini teknik slow simmer). Api masih ada tapi dia tak menggelegak.
6. Lepas settle angkat terus celup dalam air sejuk!
7. Ambil minyak-minyak yang terapung di atas untuk nasi, dan guna air rebusan untuk nasi juga.
8. Kerat halia, masukan daun pandan dan sikit je serbuk kunyit. Dan garam.
9. Untuk hainan cili, kau pi gugel sendiri! Bukan susah mana pun.
10. Untuk kicap siraman ayam, kicap cair, halia dan hujung putih daun bawang sahaja cincang gila halus dan sedikit minyak bijan.
11. Cara buat kicap, kau campur bahan di atas dalam mangkuk kaca pyrex yang mahal korang tu. Ambil 3 camca minyak, kau panaskan minyak tu, kendian masuk dalam campuran kicap kau tu. (Ni yang paling best, dia masak dalam mangkuk tu). Lepas tu siram la atas ayam kau tu.
12. Sup pula, boleh sediakan macam-macam cara, nak letak lobak masin boleh, tak nak pun takpe, campak sikit stok ayam knorr ikut tahap darah tinggi korang tu.
Sejak PKPB ni, ramai dah mula mengeluh tidak tahu nak masak apa untuk hidangan keluarga. Maklumlah hari-hari masak, mood memasak kadang kala ke laut. Tetapi pastinya nak masak, kita memilih hidangan yang simple tapi sedap.
Salah satu hidangan yang enak adalah lauk paprik. Menerusi perkongsian resipi oleh Khas Fena telah tular sejak semalam sehingga lebih 4K share dalam tempoh 24 jam. Beliau berkongsi cara rahsia menjadikan paprik ayam menjadi lebih sedap. Jom ikuti perkongsian ni.
Siapa suka horder lauk paprik kalau makan kat kedai. Lepas try resepi ni you will say no more to kedai punya paprik. Ahakks. So konpiden kan.Tak caya nanti try buat ikut sebijik macam ni, di jamin laki hampa makan nasik bertambah. Ke laki ku sorang ja makan bertambah.
Bahan-bahan
Ni je bahan bahannya, simpe je kan. Tapi rasa lagi sedap 44x dari kedai meriah. Kedai meriah tu tempat kami selalu makan malam-malam.
**Sukatan bahan-bahan ini rujuk kepada cara penyediaan di bawah.
CARA PENYEDIAAN
First panaskan minyak banyak sikit. Sebab apa kena banyak? Kita nak tumis cabai kering blend lepasni.
Bahan tumis: 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia Serai sebatang diketuk
Bila bahan tadi garing boleh masuk 3sdm cili blend okeh
Masak sampai garing camni sampai pecah minyak.
Lepastu masuk ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain jugak tapi make sure potong kecik kecik
Masak sampai ayam kecut, atau sampai nampak masak lah
SOS PENYEDAP RASA, INILAH RAHSIANYA!
Masuk pulak sos
Bahan sos:
2 sdm sos cili
2 sdm sos cili thai
1 sdm sos tiram
1 sdm sos ikan
1/2 sdm kicap manis
Masuk air panas setengah mangkuk. Alaa tu kan pakai mangkuk sos tadi sebab tu lah air kaler tu
Biarkan mendidih kejap.
Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Jangan lupa 6 biji cili padi diketuk, masukkan sekali.
Last jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun tu yaa.
Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba.
Memang power resipi ni macam di kedai siam! Mesti cuba masak!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.