Mungkin ada di antara kita tiba-tiba tekak ni teringin pula hendak merasa enaknya kek. Hendak dibeli, mana ada kedai kek dibuka pagi-pagi begini. Lagipun bukankah hari cuti sebegini, elok sangat kalau kita dapat sediakan sendiri.
Resipi Kek marble ini contohnya hanya menggunakan 5 bahan yang mudah dan pastinya ada ramuannya telah tersedia di dapur anda.
Ads
Nak tahu apa resipinya, ayuh semak satu persatu sebelum kita memulakan ‘aksi’ memasak di dapur. Resipi ini dikongsi oleh Nur Hidayah Dayah Via MAHN.
1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
2. Masukan telur, pukul lagi.
3. Last sekali masukan tepung dan bahagi dua adunan. Satu dicampur coklat dan satu lagi asli. Lapiskan adunan dan bakar dalam suhu 190 selama 40 minit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terasa lama tidak merasa keenakan masakan kenduri dan tiba-tiba boleh buat kita rasa teringin hendak menikmatinya.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan menu istimewa untuk keluarga untuk sama-sama merasa keenakan hidangan ala menu kenduri kahwin yang simple dan enak ini.
Resipi dikongsikan oleh Nur Aisya ini nampak begitu menyelerakan dan bolehlah dicuba.
Ini perkongsiannya.
Nasi carrot dengan ayam masak merah orang kawin
Ayam masak merah tak boleh masak selalu.. Bila makan je bapak ko cakap rasa macam nak kawin lagi… Tapi ayam masak merah mama ko memang padu.. Lagi gelap lagi sedap uiii…. Done angkat bakul bersama lemak-lemak mama ko….
Saya masak yang paling simple.. Barang semua ada kat rumah
Nasi carrot
Bahan-bahan:
Beras basmathi (rendam 30 minit toskan.. Letak dalam rice cooker)
Carrot 1 btg (direbus dan diblend)
Tomato 1 biji dan dibuang biji ( rebus bersama carrot dan blend)
Kiub ayam 1
Bawang besar dihiris
Halia dihiris
Daun pandan 2 helai
3 sekawan
Majerin dan minyak masak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Letakkan majerin dan minyak masak ke dalam kuali. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia.. Tumis sehingga garing.. Kemudian masukkan daun pandan..tumis bersama…
2. Masukkan carrot dan tomato yang telah diblend.. Dan masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.
3. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi berisi beras.. Kalau basmathi sukatan 2 cup beras 4 cup air.. Kalau beras biasa.. Sukat seperti masak nasi biasa.
4. Tekan je.. Tunggu sehingga masak.
Ayam masak merah
Bahan-bahan:
Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
3 sekawan
Tomato dibuang biji dan hiris
Daun pandan
Cili kering blend bersama bawang putih dan merah
Sos cili
Bawang besar hiris
Gula merah (suka gula merah jenis dulu2 tu.)
Cara-caranya:
1. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan daun pandan.. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris
2. Masukkan cili blend tumis sehingga garing
3. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah
4. Masukkan ayam yang telah digoreng gaul sebati beberapa minit..
Siap!!
Sumber : Nur Aisya via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Haji, dan bila bercakap tentang itu sudah tentu ada yang membayangkan tentang agihan daging korban yang diterima dan bolehlah nanti dimasak untuk dimakan bersama seisi keluarga.
Menyentuh tentang daging, sebenarnya ada beberapa petua yang boleh dipraktiskan sebagaimana dikongsikan oleh No Or ini di akaun fbnya.
Minggu depan wangilah bau dapur rumah kita dengan bau rendang. Macam macam menu rendang dah tersenarai ni. Tinggal lagi nak pilih je.
Sebut pasal rendang ni, tentulah ada nak guna daging kan. Hari ini Cik No nak kongsilah sikit, petua pasal nak lembutkan daging.
Petua nombor 1 ni untuk korang yang guna daging sejuk beku.
1. PETUA LEMBUTKAN DAGING YANG BEKU
– Hanya gunakan 2 periuk besar yang dibuat dari steel. Caranya :
1. Telangkupkan periuk, punggung periuk hala ke atas.
2. Letakkan ketulan daging beku itu atas punggung periuk tersebut.
3. Kemudian ambil 1 lagi periuk dan himpitkan. Dengan cara letakkannya atas daging tadi.
Insya Allah, daging akan cepat lembut dan sedia untuk dihiris.
Dah hiris tentulah nak masak pulak iye dak. Ni pun Cik No ada petua tau nak bagi daging tu cepat lembut. Okey, jom baca.
7 PETUA LEMBUTKAN DAGING DALAM MASAKAN
1. Tangkai daun betik Campurkan masakan dengan tangkai daun betik. Dipercayai cara ni dapat melembutkan daging dengan cepat.
2. Buah betik muda Kupas dan buang biji. Potong dan masukkan bersama ke dalam masakan itu.
3. Carik daun pisang Ada yang kata kena guna daun pisang Abu. Mungkin daun pisang apapun boleh kot. Caranya, carik-carikkan daun pisang dan campurkan ke dalam masakan.
4. Guna buah keras Tumbuk lumat buah keras dan di campurkan bersama masakan
5. Daun nangka Ni kalau ada pokok nangka kat belakang rumah, boleh la ambil beberapa helai dan campurkan ke dalam masakan.
6. Batang ubi kayu Ni pulak untuk orang yang ada pokok ubi kayu. Boleh potong dan bersihkan batangnya dan masukkan ke dalam masakan yang sudah mendidih.
Biarkan 10 hingga 15 minit, kemudian keluarkan batang ubi kayu tu.
7. Batang tebu Kalau ada tanam tebu kat tepi rumah, memang kena sangat dengan petua ni.
Ambil sebatang tebu, kupas kulit, potong kecil dan masukkan bersama masakan.
Haaa cukup la dulu 7 petua tu. Nanti korang boleh la cuba sendiri. Cuba pilih mana satu yang berkenan di hati dan yang mudah.
Kalau sebut tentang mi sanggul, rasanya orang dari utaqa mesti familiar dengan mi yang teksturnya nipis dan lembut ini. Bukan sahaja rasanya lebih sedap berbanding mi kuning, malah mi sanggul ini lebih tahan lama kerana ia adalah jenis kering.
Jadi bila nak makan, tinggal masak sahaja. Boleh buat stok banyak dalam almari, sedia untuk masak bila-bila masa sahaja!
Selalunya, untuk mi sanggul ini orang akan goreng seperti kita goreng mi biasa tu! Yang membezakannya, ada sesetengah orang akan masak bersama udang kering bagi menaikkan lagi rasanya.
Tapi untuk resipi ni pengguna dari facebook, Nurul Ateekah guna udang hidup! Nak tahu macam mana rasanya? Meh tengok, dan jangan lupa untuk cuba!
RESIPI MI SANGGUL GORENG BASAH
Bahan-bahannya:
2 paket mi sanggul (direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan )
Udang (dicuci bersih)
4 biji telur
4 ulas bawang putih (dikatok)
1 biji Tomato (belah 4)
Kucai
Taugeh
7 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
Kicap Manis
Garam
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak , tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2 . Kemudian , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang . Gaulkan dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram , sos cili , sos tomato , kicap manis dan serbuk perasa. Gaulkan sekata.
5. Masukkan tomato, dan pecahkan telur didalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mi sanggul, taugeh dan kucai . Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika .
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Mudah je kan! Cara memasaknya sama sahaja macam menggoreng mi kuning. Anak-anak mesti suka lah mi sanggul goreng basah ini. Tak pandang mi kuning dah lepas ni. Selamat mencuba!
Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 diumumkan oleh KPM menerusi Kalendar Akademik 2026 melibatkan sekolah Kumpulan A dan B. Semak tarikh cuti sekolah dan tempoh cuti penggal Aidilfitri.