Terasa lama tidak merasa keenakan masakan kenduri dan tiba-tiba boleh buat kita rasa teringin hendak menikmatinya.

Jadi apa kata hari ini anda sediakan menu istimewa untuk keluarga untuk sama-sama merasa keenakan hidangan ala menu kenduri kahwin yang simple dan enak ini.

Resipi dikongsikan oleh Nur Aisya ini nampak begitu menyelerakan dan bolehlah dicuba.

Ini perkongsiannya.


Nasi carrot dengan ayam masak merah orang kawin

Ayam masak merah tak boleh masak selalu.. Bila makan je bapak ko cakap rasa macam nak kawin lagi… Tapi ayam masak merah mama ko memang padu.. Lagi gelap lagi sedap uiii…. Done angkat bakul bersama lemak-lemak mama ko….

Saya masak yang paling simple.. Barang semua ada kat rumah

Nasi carrotAyam Masak Merah Di Kenduri Kahwin Memang Sedap, Rindu Nak Merasa Ni Resipinya!

IKLAN

 

Bahan-bahan:

Ayam Masak Merah Di Kenduri Kahwin Memang Sedap, Rindu Nak Merasa Ni Resipinya!

Beras basmathi (rendam 30 minit toskan.. Letak dalam rice cooker)
Carrot 1 btg (direbus dan diblend)
Tomato 1 biji dan dibuang biji ( rebus bersama carrot dan blend)
Kiub ayam 1
Bawang besar dihiris
Halia dihiris
Daun pandan 2 helai
3 sekawan
Majerin dan minyak masak untuk menumis

IKLAN

Cara-caranya:

1. Letakkan majerin dan minyak masak ke dalam kuali. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia.. Tumis sehingga garing.. Kemudian masukkan daun pandan..tumis bersama…
2. Masukkan carrot dan tomato yang telah diblend.. Dan masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.
3. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi berisi beras.. Kalau basmathi sukatan 2 cup beras 4 cup air.. Kalau beras biasa.. Sukat seperti masak nasi biasa.
4. Tekan je.. Tunggu sehingga masak.

Ayam masak merahAyam Masak Merah Di Kenduri Kahwin Memang Sedap, Rindu Nak Merasa Ni Resipinya!

Bahan-bahan:

IKLAN

Ayam Masak Merah Di Kenduri Kahwin Memang Sedap, Rindu Nak Merasa Ni Resipinya!

Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
3 sekawan
Tomato dibuang biji dan hiris
Daun pandan
Cili kering blend bersama bawang putih dan merah
Sos cili
Bawang besar hiris
Gula merah (suka gula merah jenis dulu2 tu.)

Cara-caranya:

1. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan daun pandan.. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris
2. Masukkan cili blend tumis sehingga garing
3. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah
4. Masukkan ayam yang telah digoreng gaul sebati beberapa minit..

Siap!!

Ayam Masak Merah Di Kenduri Kahwin Memang Sedap, Rindu Nak Merasa Ni Resipinya!

Sumber : Nur Aisya via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI